Followers

Wednesday, October 12, 2011

...Quick Meal & Simple - Nasi Ayam

..hari yang santai - tiada perkara yang mendesakkan sebab dah settle sebahagiannya semalam tapi memikirkan nak mem'baking' hari ni, saya masak simple je - Nasi Ayam dan yg membuatkannya lagi simple sebab saya simplified kan lagi .... :-)

selalunya saya sediakan dulu stok ayam/sup ayam untuk dijadikan air rebusan nasi ayam tapi kali ni saya tumiskan siap2 segala bawang2 dan rempah ratus seperti kulit kayu manis dan bunga lawang ke dalam periuk kemudian dimasukkan beberapa bahagian daging ayam dan tumis bersama hingga naik bau selepas tu saya masukkan beras yang dah dicuci dan ditosksn sebelum ini - kacau sebentar dan akhir sekali masukkan air mengikut sukatan beras - tambahkan sedikit garam untuk menaikkan rasa nasi tersebut - SIAPPPPP...

- tumisan bawang kecil, bawang putih, halia bersama
kulit kayu manis dan bunga lawang dan ayam ( utk
wangikan lagi nasi tu boleh tumis sekali 1-2 serai
...kemudian masukkan beras dan tumis bersama
seketika sebelum dimasukkan air biasa mengikut
sukatan beras
....lauk pauk untuk nasi ayam ni - ayam goreng la kan, salad pulak selalunya kita letak timum dan tomato potong atau kekadang daun salad kemudian kuah sup ayam dan cili cicah .... tapi kali ni - saya nak senang lagi saya buatkan sup ayam kacang buncis - sekali harung dalam periuk - 2 in 1 ... saya ni jenis nak senang dan cepat .... nak kejar masa la katakan ... di samping tu jugak hari ni ( sebab teringin ) saya buat tumis cili tempe' goreng bersama kacang dan ikan bilis + tofuu goreng ... pakat ratah je lah...

Menu tengahari yang ringkas dan cepat

...sebelah petangnya saya buat cupcake cokelat ... see u in next entry.

No comments:

Post a Comment

Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant