Followers

Thursday, February 28, 2013

....Sausage Egg Roll/Sosej Gulung Telur Bersos

Assalamualaikum ...


... good morning peeps :-) quick entry for this morning - just want to share yesterday's meal for kids dinner - yup... for their simple n fast to cook meal .... Sausage Egg Roll



all u need is sausage ( i use chicken sausage - RAMLY ) about 7 pcs - i baked them in the oven with some butter and i used 4 eggs ( lightly beaten n seasoned with salt & pepper ) for wrapping the sausages.


then i prepared the sauce .. also very quick and simple recipe;

Ingredients ( for sweet sour sauce )
3-4 shallots
2 garlic
1 inch ginger
(*** all the above either u slice them thinly or u can blend them together)
(A) - bring to fry the above till turned brownish and sweet smell starts to fill your kitchen -_^

4 tbsp chilli sauce
4 tbsp tomato ketchup
1 tbsp oyster sauce ( optional )

4 tbsp oil ( to cook )
salt and sugar to taste

(B) - add the sauces and cook till all ingredient incorporated + salt n sugar to taste ...
(*** cook the above ingredients as u normally do with your 'tumis' ...)

and the sauce is ready for the sausage egg rolls in tomato sauce ... :-)



.. and the kids just loved it ^__^


Monday, February 25, 2013

Red Velvet Cheese Cake

Assalamualaikum ...


.... ada kelainan sikit pada Red Velvet Cheese Cake ini sebabnya lapisan antara kek adalah adunan cheese ( tiada campuran butter ) dan frostingnya sahaja di badan kek daripada Buttercream cheese ... so, kiranya pada kek ini ada 3 rasa iaitu Red Velvet Cake, Cheese Cake (ber'vanilla') dan Buttercream cheese frosting ...


... boleh nampak ketara perbezaan cream cheese pada lapisan kek dan cream cheese pada atas kek ...



 


..yummm yummm ... bagi yang berdiet - boleh rasa sedikit aje .... -__^

.. hanya RM70.00/kg saiz 7" loyang


Kelas Mini Pavlova

Assalamualaikum ...



Hanya RM70.00 sahaja utk Kelas Mini Pavlova ini - semi hands on. Call or SMS @012-5745187 
- kelas hari biasa pun boleh ( atas permintaan )
- pelajar min. 1 orang ( pun jalan ... :-) ), max 3 orang
 ( jika panggilan tiada berjawab sila tinggalkan terus pesanan ringkas via sms ya - kekadang saya ni sibuk dgn urusan lain ... - __^ )

Sunday, February 24, 2013

Mini Pavlova

Assalamualaikum ...


... terlalu penat badan ni dan dah terlalu mengantuk sangat ( 11:16pm@24/2/2013 ) .... cuma nak kongsi juadah minum petang ramai2 kami di rumah Atok Wahid aka Tok Ed aka Pak8 .... ( tak mampu nak tulis panjang dah ni ... hurmmm alahai mata ... )



Mini Pavlova untuk juadah minum petang yang santai2 @ simple only ^__^


Mini Pavlova yang dibentuk 'rosette'






Wednesday, February 20, 2013

Cream Puff with Coconut Creamcheese filling

Assalamualaikum ...



 ...nak layan jangan tidur petang lagi hari ini - saya cepat2 ke dapur dan rajinkan diri membuat cream puff ni .... tak buat banyak hanya separuh bancuhan sahaja. Resepinya saya google dan terus google dan hampir 99% sama sahaja resepinya - well, copy & paste .. what to expect kan ... :-)

so, i decided to share resepi dari Blog Cik Mat Gebu kita tu ....SINI atau http://www.tiffinbiru.com/2010/10/cream-puff-with-custard-cream.html sila la klik utk melihat resepinya ya .... :-)




- Yang nak saya kongsikan hanyalah resepi krimnya ... haaaa - yang ini memang ORIGINAL dari dapur saya ya .... ORI tau ... sbb saya kan 'hantu cheese' = bab2 krim ni must come from cream cheese and the taste .... wallllaaaahhhhh ... manis2 masam gitu ....eerrrrmmmmm sedapppp ....




Coconut Cream Cheese filling
150gm cream cheese
75gm butter/margerine
3 tbspn Hawaiian Coconut ( terdapat di kedai barang2 kek )
3-5 tbspn icing sugar
1/2 tspn vanilla essence

- putar dgn hand-mixer ke semua bahan2 (kecuali Hawaiian coconut) di atas hingga sebati dan mesra kemudian barulah dimasukkan Hawaiian Coconut dan kacau hingga mesra ... itu aje, kemudian boleh disapu sebagai inti cream puff kita tu .....

- selamat mencuba ^___^


*** psssttt - policy saya, saya cuba mengelak dari COPY & PASTE resepi dari rakan2 blogger ke dalam blog saya ... saya cuma sertakan LINK saja untuk rujukan anda sekiranya berminat utk mencuba resepi tersebut .... ( kredit saya utk mereka )

sekiranya resepi itu hasil olahan dari saya ... ya, baru saya perturunkan di sini .... harap maklum


Tuesday, February 19, 2013

Rendang Ayam Rosemary

Assalamualaikum ...


...hari ni mereka masakan lagi .... pergi ke pasar pagi tadi tak jumpa pulak daun kunyit ... parah tuh! kat pasar tak da daun kunyit ... kekadang kalau ada berjual, 2 helai besar kecik daunnya mencecah 50sen - 70sen ... kat KL tak tau la plak berapa harganya .. mesti lagi mahal kan ... pernah cuba tanam tapi tak mau hidup, asyik kena makan dgn ulat daun jer ... hmmmmm

...dah lama tak buat rendang ayam ( kat umah ni - anak2 semuaaaa muka ayam..! :-( ikan lansung tak pandang ... bila masak berkuah, kuah kontang, tinggal la ketul2 ikan tak bermakan .. bukannya murah pun ikan2 sekarang ni .. ), tu yang teringin nak makan tu ... saya memang kalah dgn rendang ayam, mau 2-3 pinggan saya layan tanpa disedari .. lebih2 lagi kalau MAK yang masak ... pakat ratah2 je isi ayam tu ... heheheeee .....

...takpe, takda daun kunyit pun takpe - serai ada utk bagi bau wangi rendang tu kan ... tapi kan, dalam fridge ada lagi daun ROSEMARY segar/fresh ...so, tak salahkan saya masuk dalam rendang ayam tu ... ;-) hihihihi...

so, jadilah Rendang Ayam ROsemary macam kat bawah ni :-)


...resepinya senang saja macam kita masak Rendang Ayam ( Perak ) cuma daun kunyit digantikan dgn herba Rosemary dan saya tambah 1/2 cawan susu segar ke dalam masakan bersama 1 cawan pati santan utk daging ayam bahagian dada penuh .... ( maksudnya saya hanya guna separuh ayam bahagian dada ke atas yang bersama 2 kepak tu ... )

...anak2 memang bertambah2 makan dan nasi tengahari tadi mmg tak berbaki lansung ... ^__^ alhamdulillah

Sila klik kat link bawah ini untuk RESEPI RENDANG AYAM SIMPLE saya ...
http://daridapurrin.blogspot.com/2011/08/1h1r-rendang-ayam-simple.html



Monday, February 18, 2013

Spicy Hot Potato Wedges ... ala2 KFC ( resepi )

Assalamualaikum ...


... sampai sekarang perut terasa-rasa hangatnya - petang tadi saya buat sebagai kudap2 ..... cuma - ter... very the Spicy Hot Potato Wedges ... masa ke Tesco baru2 ni saya tengok kentang2 Uncle Sam besar2 belaka dan panjang dan murah .. tu yang beli dan ingat nak buat kudap2 ni ... anak2 pun suka sangat apatah lagi saya ada beli 'Cheese Powder' keluaran Bumiputera ... so, meme' menjadi la Potato Wedges ala2 KFC tu ... :-)



...selamat mencuba dan save budget dari membeli ... kan ....



Sunday, February 17, 2013

Red Velvet Cupcake

Assalamualaikum ...


.... tempahan dari Cikgu Zarina ( kawan adik ) - anak2nya memang suka sangat dgn Red Velvet ni - bila lama tak makan - dorang minta emaknya tolong order kan :-) Timakasih semua ...



1 box of 6pcs of RV cupcake = RM20.00
2 boxes of 6pcs RV cupcake  = RM36.00/only


Kelas Asas Dekorasi Cupcake Fondant





Assalamualaikum ...




SIMPLY SWEET & CHEEZY @Syaza lil’ Kitchen



Kelas Asas Dekorasi Cupcake Fondant

Masa : Kelas Satu Hari, bermula 9.00am – 1.00pm
Hari   : Hari Biasa ( atas permintaan ) / Sabtu / Ahad
Yuran 1  : RM150.00
Yuran 2 : RM180.00 ( termasuk starter tools – 3 alatan )
Peserta  : Min 1 orang, Max 3 orang

Topik :
  • Pengenalan kepada Fondant atau ‘Sugarpaste’
  • Demo – Bagaimana membancuh fondant dari mula
  • Resepi fondant
100% hands-on :
  • Mewarna fondant/sugarpaste
  • Bagaimana menutup cupcake dengan fondant
  • Mempelajari menghias 9 biji cupcake dengan 3 jenis design ( seperti di atas )
-          3 jenis bungaan ( rose, daisy, 5-petals )
-          3 jenis figurine ( angry bird, ladybird, butterfly)
-          3 jenis bebas ( termasuk alphabets, ‘cherry on cupcake, hat/topi )
- Ready-homemade cupcake disediakan sebanyak 9 biji untuk setiap Peserta.
- Ready-homemade Fondant juga disediakan untuk setiap Peserta.
*** Dekorasi cupcake fondant yang sesuai dan mudah yang boleh dijadikan set hantaran pertunangan atau perkahwinan atau majlis harijadi atau sebagai buahtangan dan sebagainya.


Wednesday, February 13, 2013

...Pavlova dihatiKU

Assalamualaikum ...
 
.... satu lagi tempahan Ana utk familynya di Ipoh - iaitu PAVLOVA .... 'kna, pavlova sedapppp....' kata adik Ana kepada kakaknya Ana di FB .... :-))

.... saya sarankan kat Ana supaya order 2 biji sekali Pavlova ni ( 8" size) ... sebab 'rakyatnya' ramai di rumah orangtuanya ( rumah adik beradiknya berkumpul ) ... sebabnya pun Ana ada bagitau yang selalu kek yang dia order tak cukup utk 'second helping' ... tht's why la saya suruh order lebih takut ada yang tak merasa ....





 Thank You again ....




...Rainbow Cake

Assalamualaikum ...


... permintaan Ana agar dibuatkan sebiji Rainbow Cake utk menjamu/belanja adik beradiknya di Ipoh ( dianya tak balik Ipoh cuti panjang baru ni ... kirim kek-kek je sebagai pengganti diri - bagusss gitu :-))



It is Rainbow cake with 6 colors, frosted and layered with Buttercream cheese - crazily delicious..! the cake is using Chiffon cake recipe ( not sponge cake recipe ).




Kek Lobak Merah untuk Harijadi

Assalamualaikum ...


..sebenarnya si mama yang nak makan kek carrot ni ;-)  Kak Longnya ada pilihan kek sendiri dia berhajat iaitu Kek Aiskrim Baskin & Robin ....

Tima kasih Shima atas tempahan ini ... dah 19 tahun anak dara sulungnya ... tapi budaknya ... alahai kecik molek aje ... and sweet too :-) dan kebetulan keknya pun nampak sweet juga ....

 

...senyum :-)... tak kata apa-apa ... senyummmm




...sekadar perkongsian...


Choc Moist Cake for Birthday Boy - Vishal Kurup


 Assalamualaikum ...


ok ... for the next few entries/posts, i will share the cakes photos - the orders came from a few regular customers a.k.a dearest friends - they have been very supportive towards my baking 'setahun jagung' bznz ..^__^ thank u alls ...

this birthday cake - Choc Moist Cake was for my good friend's ( of old school ) Shanti for her only son - Vishal Kurup - thanks dear Shanti ...

- the cake has to be colorful, vibrant colors - must have 'Ultraman' on it too .... cute..!


Thank You Both - according to Shanti's feedback on FB, her son and his friends really enjoyed eating the cake and they had so much fun @ Vishal's birthday party celebrated at PapaRich Restaurant in AEO P.Putih

Lapis Oreo Blueberry Cheese Cake ( Chilled ) - Resepi

Assalamualaikum ...


...masih lagi dalam mode : tersengih2 @ hati berbunga2 macam ada taman ... heheheheh ( stop it Rin ..!! ) - nak tahu kenapa kena baca entry/post sebelumnya ;-)

ok - move on to the 'tajuk' di atas ... saya ni kan hantu cheese cake tu yang sinonim dgn nama blog saya/identiti saya ... baru2 ni tengok ada stok cream cheese yang berbaki dari tempahan sebelumnya dan rasa dah lama tak mereka resepi baru dan kebetulan adik minta buatkan sebiji kek simple utk makan2 di rumah keluarga ... so - saya mereka lah resepi Lapis Oreo Blueberry Cheese Cake ... it is all about basic .....



Basic Base
- 1 packet of biscuits (any bics will do) - dihancurkan
- 125gm butter dicairkan
- sedikit kekacang atau grated candy coconut ( Hawaiian coconut ) - utk menambah perisa pada base biskut

** gaulkan sebati kesemua bahan2 di atas dan masukkan ke dalam spring form ( loyang saiz 8 inci ) - tekan2 padat ke dalam loyang tersebut, ketepikan dgn menyimpan di dalam peti sejuk.

Basic Filling ( cream cheese part )
- 375gm cream cheese
- 3/4 cawan gula kastor
- 200gm whipped cream ( pukul hingga kembang & kental )
- 150ml plain yogurt
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu kecil jus lemon
- 1 sudu besar gelatine dan dimasukkan ke dalam 1/3 cawan air - biar hingga gelatin kembang kemudian larutkan gelatin tersebut secara 'double-boiled'.

Cara penyediaan bahan asas:-
** putarkan cream cheese dan gula di dalam mangkuk hingga sebati dan gula hancur kemudian masukkan esen vanila dan jus lemon serta larutan gelatin - putar lagi hingga mesra. { baru perasan tertinggal 'plain yogurt - masukkan sekali ya...}Masukkan whipped cream yang telah dipukul kembang ke dalam adunan cream cheese dgn cara kaup-balikkan menggunakan spatula hingga mesra.

** bahagikan adunan cream cheese ini ke dalam 2 mangkuk berasingan.

Oreo Filling
- 1 1/2 bungkus biskut oreo 'original'
- 1/2 bungkus dipatah-patahkan kasar ( ikut suka ) dan dimasukkan ke dalam adunan cream cheese yang siap dibahagikan dua tadi.
- * tinggalkan 4 keping untuk dijadikan hiasan atas kek
- 1 bungkus lagi dikeluarkan creamnya dan dihancur-hancurkan biskut tersebut

Blueberry Filling 
1- 2 sudu besar blueberry filling dimasukkan ke dalam adunan cream cheese ( di atas tadi ), selebihnya gunakan untuk menghias atas kek nanti.




Cara-cara penyediaan Cheese Cake

- keluarkan  base biskut, masukkan ...
1. Lapisan cream cheese pertama - masukkan Oreo filling terlebih dahulu
2. kemudian masukkan/tabur rata penuh serbuk biskut oreo ( biskut yang telah dihancur2kan tadi )
3. Lapisan seterusnya - masukkan Blueberry filling, ratakan
4. Akhir sekali - hiaskan atas kek dgn lebihan Blueberry filling serta biskut Oreo

** sejukkan di dalam freezer selama 4-5 jam atau semalaman sebelum dipotong ^__^



- Selamat  mencuba...! Kalau tak cuba, pasti mengigau nanti ... hehehehe ;-)

P.S. psssttt ... boleh jugak menempah kat SS&C kalau malas mencuba - tq


Tuesday, February 12, 2013

.... gembira sangat ! disebabkan Kak Azlita_Aziz

Assalamualaikum ...

haaaa ... itu lah first entry tuk malam ni - sebabnya sebelum ni saya tertanya2 sapa la yang akan menjadi atau mengikut blog saya ni lagi sbb dah terhenti pada '72' suatu tempoh yang lama .. well, it is not a big deal pun sbb bukannya saya ada 'traffic' cuma kekadang teruja jugak nak tau sapa yang sudi mengikuti blog kerdil saya ni ... tau - tau, jap tadi saya scroll ke bawah ... ada new member ... hah..! Azlita Aziz ...???? terus saya cek icon tu .. betul ke ni? ... saya klik kat blog "Masam Manis"http://fromintankitchen.blogspot.com/ ... cek nama betul2 ... eh, betul la .. Azlita Aziz ... aaaaaaaaaaa - suker suker suker nya...!! :-)))) Thanks so much Kak Ita - u have no idea how honoured i felt right now ...

saya peminat tegar hasil kerja air tangan kak Ita ... apatah lagi senifotografinya - mmg tak terikut saya .. but all my salute to her .... her food artwork .. the best ever to me ..!

...bila Ben Ashaari http://www.benashaari.com/ 'join member' kat sini pun saya dah teruja sakan sama ... hehehehehe

... ok ok - cukup dah terujanya ... terima kasih banyak2 .... semua :-)


- check out my next entry lepas ni .....

Sunday, February 10, 2013

... Happy Chinese New Year 2013

Assalamualaikum ...

... sekarang ni kan...kita diajar, dididik setiap hari di media massa tentang 'ke-Malaysian-an' kita di negara kita ni kan ... - so, hari ni saya nak ucapkan la Gong Xi Fa Cai pada kaum Tionghua yang meraikannya ... ( kalau tak, tidak 'Malaysian-nya' saya ... gitu? )

.."biru ke ... hitam ke .... kuning ke ... hijau ke .... kita kan Malaysian kan ...?"



^___^



...'Red Velvet and Butter Marble Cheese Cake' for Gong Xi Fa Cai

Assalamualaikum ...


....malam ni 'makan busat' la kita ... hehehehe - bukan kita tapi diorang yang merayakan Tahun Baru Cina esok - Tahun Ular Air rupernya ... harap jangan dibelit atau terbelit atau berbelit2 ya ... ( apanye...? ntah ... :p )

.... nak share photo kek GXFC tempahan dari Eita untuk rakan Tionghua dia - thanks ya ...!




...... enjoy!

Thursday, February 7, 2013

.... Choc Pistachios E'clairs

Assalamualaikum ...


ha'ah la.... dah lama berhajat sangat nak buat E'clairs tapi takda masa yang sesuai utk mencuba resepi cuma baru2 ni baru berkesampaian membuatnya setelah berulang2 kali membelek buku resepi 'Cheesecake' dan mata terhenti kat resepi E'clairs ni ...



 .... yang ini saya buat -

Instead of Hazelnuts ( as per the original recipe ). i used Pistachios becoz i just like the color of the nuts - Green gitu ^__^







... kalau rajin cuba la - boleh juga google search for recipe in Bahasa ...



Tuesday, February 5, 2013

...di Majlis Resepsi Perkahwinan Nana Jasmay & Fathuddin

Assalamualaikum ...


... tanggal 2.2.2013, Sabtu - selamat lah sudah dia bergelar isteri kepada sang suami - biar dihimpit kontroversi sebelum malah sesudah majlis pernikahannya, dia sudah pun sah menjadi milik Fathuddin dan majlis persandingannya di Dewan Merdeka PWTC pun berlancar dgn meriah ... so simple and yet so sweet to me .... takda lebih2 pun - macam wedding orang lain jugak .... mmg keluarga mereka ni - simple and sempoi jer .... and they still humble to-date - tak hadap apa2 pun .... kita doakan saja kebahagiaan pasangan pengantin baru ni ya .... ^__^

.... bersama dengan keluarga besar dari Ipoh ...


... rangkuman di sekitar majlis berlansung ....

 ... we're not ready yet ... ;-)  

... Tahniah N & D, moga berbahagia dan setia hujung nyawa ...


Friday, February 1, 2013

....Carrot Cake Walnut lagi ....

Assalamualaikum ...


.... minta maaf, memang terasa lemau nak tulis pepanjang malam ni .... mengantuk pun ( awai lagi plak ... ) ia, just nak share sebiji kek lobak merah a.k.a Carrot Cake Walnut yang ditempah oleh Ajie on behalf cousin dia and nak dibawa ke KL kalau tak silap ...





...selamat malam, moga esok menjanjikan hari yang membahagiakan .....


buat adik sepupuku LJ ( Nana Jasmay ) - Selamat Pengantin Baru ....


Moga berbahagia hingga akhir hayat ... amin ... ZZZzzzzzzzzzz .......



Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant