Followers

Friday, September 30, 2011

...... Buahtangan/Door gift ( Budget ) - Choc Moist Cupcake

SESIAPA yang berminat utk menempah cupcake dalam mengambil kira budget masing2 untuk sebarang majlis - saya ada menyediakan cupcake pada harga yang berpatutan. Sila rujuk pada contoh di bawah...

Ini adalah COKELAT MOIST CUPCAKE (paling digemari)
Paperliner bersaiz 'S'
simple topping ( seperti dragress/almond nibs)

Paperline saiz 'S'
Packaging sebegini hanya RM0.70 sebiji
Minimum order 30 biji
Packaging ber'casing' flat atau dome-RM0.90/biji
Minimum order 30 biji


...a bowl of Mee Rebus Udang ( Prawn Yellow Noodles)

...errr... nope nope ... i had 3 bowls of the noodles..!! hahahahaha .... memang favourite lebih2 lagi bila masak sendiri dan puas hati.... dan dah tentunya resepi seringkas yang mungkin tapi tetap sedap berperisa...

actually, i cooked the dish this morning as 'brunch' ... my kids sometimes don't like to take lunch after came back from school, i guessed they had enuff with the rice kut ... esp. kalau lauk tak kena selera dorang pada masa itu..:-{ penat i masak jer kalau dorang tak nak makan... so, kekadang i pelbagaikan masakan utk tengahari and since i mengidam nak makan mee rebus so - saya merajinkan diri memasaknya hari ini. Resepinya sempoi banget .....


saya hanya gunakan :- 
- 7 ulas bawang kecil
- 3 ulas bawang putih
- 1.5 inci halia
- 5 biji cili merah
** (semua bahan2 di atas di'blend' sekali)
- satu paket perencah mee bandung ADABI ( sebagai penambah perisa )

Bahan2 lain :-
- 2 paket mee kuning ( dicelur)
- 5 biji kentang ( direbus dan dikisar halus )
- 1/2 kati udang sederhana besar ( digaramkunyitkan sedikit, digoreng & dikisar halus)
- air asam jawa secukupnya
- air kosong secukupnya
- garam dan gula secukupnya

Bahan2 hiasan/rencah :-
- sayur sawi
- taugeh
- daun sup & daun bawang
- bawang goreng
- taufoo ( digoreng dan dipotong kecil )

Cara masaknya :- tumis bahan2 yang dikisar di atas tadi hingga naik bau kemudian masukkan perencah ADABI - tumis lagi. Masukkan udang kisar diikuti kentang rebus yg dah dikisar halus - tumis lagi kemudian boleh lah dimasukkan air mengikut sukatan pekatan kuah yang dimahu...dikuti air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.


Bila kuah dah masak dan mee sudah dicelur, bolehlah dihiaskan untuk dimakan bersama bahan2 hiasan/rencah seperti di atas .... rasanya pasti meletup - ringkas aje kan? Boleh juga dimakan bersama telur rebus .... :-)

Thursday, September 29, 2011

1H1R - Masak Lemak Rendang Udang & Homemade Chicken Ball

...resepi ni kira paling ringkas - resepi orang 'busy'/tak cukup masa/malas pun ada - hahaha ...
Untuk resepi Bebola Ayam :
saya gunakan minced chicken dari RAMLY BURGER
about 500gm
digaulkan bersama garam, gula, serbuk kari, ALL SPICE,
black pepper, white pepper hingga mesra kemudian
masukkan 2-3 sudu makan (agak2 ya) TEPUNG JAGUNG
gaul mesra lagi kemudian bulat2kannya.
Boleh lah digunakan di dalam masakan SUP kita atau
dimasak di dalam SOS SPAGHETTI pun boleh dan
rasanya sedapppp
***btw, minced chicken meat ni boleh kita buat
sendiri dgn membeli isi ayam dan mince/blend
sendiri di rumah....:-)
Resepi untuk Udang Masak Lemak Rendang
Bahan pentingnya : 1/2 kilo udang
santan dari 1 biji kelapa
3-5 sudu makan cili paste
1 helai daun kunyit dicarik2
1 batang serai diketuk2
garam, gula & asam keping ikut rasa
CARAnya : masukkan semua bahan2 ni
di dalam periuk - gaul perlahan sentiasa
agar tak pecah lemak santan ...dah masak,
hidang panas2 dgn nasi

1H1R - meneruskan perkongsian masakan harian

Assalamualaikum semua, .... saya - di sini meneruskan perkongsian masakan harian saya di 1H1R - bermanfaat untuk anak2 saya kelak ... kut ini dapat saya warisi kepada mereka.

.kerabu pucuk paku, taugeh & kerang memang menjadi kesukaan kami anak beranak. dalam anak2 yang besar jarang makan sayuran tapi bila dibuat kerabu sebegini - licin... and the recipe is very simple as usual...

Bahan-bahannya:-

5 biji bawang kecil dihiris nipis
2 biji Cili merah dan 5 biji cili padi dihiris nipis
2 sudu makan kerisik kelapa
1 kati kerang yang tlh dibuang cengkerangnya

RM0.50 - RM1.00 taugeh
2 ikat pucuk paku
( Bahan2 ini hendaklah dicelur dulu bersama air
dgn sedikit garam)

Gaulkan semua bahan2 di atas tadi dan tambahkan
garam, air asam limau nipis & gula utk perasa
secukupnya

Monday, September 26, 2011

..nana jasmay @ our cousin's wedding reception

...assalamualaikum - selamat pagi - good morning ..... :-) kita senyum dulu -
pepagi ni tetiba teringin pulak nak mencuba resepi tiramisu - yess ... tiramisu - tak pernah cuba lagi buat tapi nampak sedap apatah lagi bercream cheese bagai.... google resepi tiramisu - kebanyakan version kita tidak menggunakan telur/eggless dalam resepi bila dilihat pada recipe antarabangsa, well... the original recipe of tiramisu uses eggs and mascarpone cheese - tak kisahlah kan janji sedappp dan menjadi...
insyaAllah - will make this tiramisu and add to my home cafe' menu...

anyway, back to entry's title - weekend baru2 ni saya bersama2 keluarga dari Ipoh turun ke Putrajaya ( berkonvoi 3 kereta) menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya ERNAWATI & AZWARDI pada 24.09.2011. Meriah majlisnya yang diadakan di Taman Botani Putrajaya berkonsepkan Garden Wedding - ramailah saudara-mara dekat dan jauh datang memeriahkan majlis ... :-)

di sana, berjumpalah kami dgn keluarga si cantik manis Nana Jasmay - yang dah lama kami tidak berjumpa, last jumpa Nana & family pun masa wedding kakak sulungnya Dilla ... Nana adalah dua pupu saya, bapa kami adalah sepupu ... masa kecik2 dulu hingga remaja Nana selalu jugak ikut balik bercuti/bertandang ke rumah keluarga kami di Ipoh tapi sekarang bila dah besar ni dah jaranglah baliknya apatah lagi orang seperti dia sekarang yang sentiasa sibuk dgn kerjayanya ... alhamdulillah masih maintain sopan dan hormat budaknya ... sentiasa ceria:-)

btw, Erna ( pengantin ) adalah sepupu Nana, mama Erna & Babah Nana adik beradik, both are my second cousin...

Sweet & Beautiful Erna & Handsome Azwardi

Eldest Bro ( in white), Hubby, Sister In Law & Me

...with cousins, sisters & cheerful Uncle (Su)

Me & Nana

Hubby, Anis (Sis), Azmin (Sis), Me & Izan (SIL)

Sweet Nana

En. Hby & the lil' kiddos

...Forever Loving Mom & Dad

Nana & Me

Me, Mak, Nana, Maksu, Pak Ed & Wah

Friday, September 23, 2011

...Happy Birthday NURKHAIRINA

...."mmmm.... lebih kurang bunyi sama dengan nama aunty aza yea" ... Nurkhairina adalah anak perempuan kepada sahabat baik saya Pn. Hjh. Wan Maizura ( yg telah bertandang ke rumah terbuka hariraya baru2 ni ). Harilahir Nurkhairina yang ke - 12 tahun adalah pada 21.09.2011 haritu, namun dia meminta untuk dibuatkan cupcake sebanyak 50biji untuk dibawa ke sekolah pada Jumaat ini dan meraikannya di sana... wbgpun, terimakasih pada Wan yang telah sudi membuat tempahan dari aza ya .....:-)

I glazed the cuppies with blueberry sauce first....
Chocolate Moist Cupcakes with Choc Buttercream
frosting and 5-petals flower fondant
Happy Birthday Nurkhairina - 12 years old

50 pcs cupcakes ready to deliver

Thursday, September 22, 2011

....kembali bersepah dapurku / my messy kitchen

....well of course am not going to post the messiness photos of the kitchen here .... hehehehehe - tapi memang ... bila kembali ligat di dapur dgn tempahan yang masuk - sebbaik satu sahaja - itu pun dah macam tongkang pecah jer dapur ku .....

anyway - on 21.09.2011 was my hby's birthday - he doesn't fancy cakes or any sweet-sweet things so instead i baked him cheesecake topped with fruits and chocolate drizzles - that was all. the 'cutting cake ceremony' was done quite late at nite also .... :p ( dia tak betah sambut2 birthday ni - saya aje yang beria-ia menyambut / mengingati everybody's birthday sebab MAK saya tak pernah tak sambut harijadi kami adik beradik = walaupun hanya dengan sebiji kek ) even wedding anniversary pun mak sambut bersama ..

teringat suatu kisah ketika remaja sekolah dulu ( agak sedih jugak ) - bapak saya hendak menyambut ulangtahun perkahwinan-nya ( kalau tak silap ), so dia pun ke pekan menaiki bas ( we don't owned any car at the time - with six siblings and 8 mouths to feed, my parents have to think several times to own a car ) untuk membeli sebiji kek bagi meraikannya dan pada masa yang sama - cermin matanya patah kalau tak silap saya la so bapak tidak berkaca mata masa tu .... nak dijadikan cerita masa dia nak menuruni tangga bas - dia tersilap langkah maka terlepas la kotak kek tersebut...:-( .... so, anda pun sedia maklumlah apa yang jadi kat kek tu .... rosak ....
sampai di rumah dia pun menceritakan perihal yang terjadi kat dia - agak bebal perasaannya ketika itu - ia lah dgn tanpa bercermin mata - kek pulak jatuh rosak .... sedih la dia ... kami semuanya hanya senyap jer

so, to my parents any special date means celebration ... that shows LOVE and CARE -
itu yang nak saya terapkan pada jiwa anak2 saya - tentang kasih sayang, keperihatinan dan pengorbanan ... no matter how 'hantu' ( naughty ) they are - MAMA BABAH tetap ingat dan sayang semuanya sama rata ...

...ini la cheesecake encik suami -

plain ( vanilla ) cheese cake with fruits topping
and chocolate drizzles

Monday, September 19, 2011

Cerita Aidil Fitri II

...bila badan dah sihat segar bugar terasa nak menjamu orang lagi, so baru-baru ni ( 18.9.2011) sempena harijadi anak dara saya yang ke 15 tahun, saya ke dapur lagi memasak sensorang utk jamuannya .. but actually kan ... it was more to my open house invitation - whereby i invited my kawan2 sejak zaman sekolah lagi datang beraya .... :-)

( sorry ... malas nak tulis pepanjang .... )

menu : Nasi Bukhari, Ayam Masak Hitam Manis,
Spagetti bersos cendawan dan ayam,
s-mini cupakes : red velvet & choc moist

Cousins & my younger son

my cousin Zarif  diapit anak2 buah ( my sons ),
belakang my sister's son

my sister, cousin & uncle

En. Hubby diapit mak dan adik saya

My friends - Shima and Anida datang beraya
bersama keluarga masing2 - meriah sangat..! and
it was their 1st time & mine beraya di rumah saya

...sememangnya duduk bersantai bersimpuh bercerita
sambil menikmati juadah..

bertudung biru , kawan sekolah juga - Hjh Wan Maizura
datang per1 kali bersama keluarganya

Anida dan tuanrumah

Teman, Yuslina (Yus) yg datang akhir sekali bersama
keluarganya

..bersama bergambar dengan keluarga Shima ( yang rajin menempah kek)

Anak dara sedang menjamu rakan2 tusyennya...

errr.....nama je tokey kek - nak buat kek birthday elok2
utk anak pun tak cukup masa ... sempoi je keknya tapi
SEDAPPPP ...;-) ( btw, frosting yg agak sememeh tu
kerjatangan anak dara saya ya ... bukan saya..hihihi )

cupcake on cake .... cakecupcake


Cerita Aidil Fitri I

....sebetulnya saya tidak sihat menjelang Syawal kerana menyiapkan tempahan biskut raya yang banyak namun hujung minggu Syawal minggu pertama saya gagahkan jugak membuat jamuan Raya utk adik beradik dan keluarga dua-2 belah pihak... memasak ni satu terapi tau .... biarlah tak sihat dan penat macamana pun bila juadah habis dimakan dan mendapat pujian ( wlu tak mintak ) - it's worth it ....



..menu cuma NASI TOMATO dan BIHUN TOM YAM AYAM 

... kelas hiasan kek ( kelas tengok jer )

... terima sms dari kawan baik yg mengusahakan kedai kek dan bakery yang mengajak ke kelas hiasan kek - asas - so, saya pun mengiyakan kedatangan dan ianya hanya RM45.00 sahaja.

RIZQIN Products bertempat di cawangan Maju Rapat, Ipoh Perak - kembali mengadakan kelas kek dan hiasan kek bermula 16.09.2011 baru-baru ini. Dari masa ke semasa saya akan memaklumkan di blog saya untuk kelas selanjutnya...

Pemilik dan pengusaha Rizqin Product adalah Puan Adlina Ismail yang telah menceburi bidang ini lebih 15 tahun....





...sayang pulak gambar sendiri tak pulak teringat saya nak rakamkan ..... hhhmmmm


Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant