Kek Hantaran Fondant

Kek Hantaran Fondant

Followers

Showing posts with label recipes. Show all posts
Showing posts with label recipes. Show all posts

Sunday, December 20, 2015

Resepi Churros dengan Sos Butterscotch

Assalamualaikum ...


... fall in love with Churros lately - makan panas-panas, rangup di luar dan lembut di dalam ... yummm ... lebih-lebih lagi dip dengan sos butterscotch yang lemak berkrim .


Churros with dipping Butterscotch Sauce

Recipe courtesy by Martha Stewart website - click here
and i've made copy here - thank you

Ingredients



Directions



  1. In a medium saucepan, combine 1 cup water, butter, sugar, and salt; bring to a boil over medium-high heat. Reduce heat to low, and sift in flour, stirring for 1 minute. 

  2. Transfer flour mixture to bowl of an electric mixer fitted with a paddle attachment. On low speed, add eggs, 1 at a time, beating until incorporated after each addition; spoon mixture into a pastry bag fitted with a large open-star tip. 

  3. Heat 4 to 5 inches oil in a large Dutch-oven until it registers 325 degrees.on a deep-fry thermometer. Holding pastry bag a few inches above the oil, squeeze out batter, snipping off 4-inch lengths with a knife or kitchen shears. Fry, flipping once, until deep golden brown all over, about 4 minutes. Using a slotted spoon, transfer churros to a paper towel-lined baking sheet to drain. 

  4. Roll churros in confectioners' sugar. Serve immediately with Chocolate Dipping Sauce. 

    Churros in castor sugar n cinnamon

    Plain Churros


Monday, November 30, 2015

Resepi Mamee Kari Udang

Assalamualaikum ...


.... confirm sedap terangkat sebab guna leftover kuah kari udang ...!

Senang jer resepinya main campak-campak bahan yang ada jer. JOm ... tengok apa resepinya.


Resepi Mamee Kari Udang (tiada sukatan khusus)

1 paket Mamee Kari ( rendamkan dgn air panas utk melembutkannya sedikit )
1 mangkuk kecil kuah kari udang (lebihan/leftover)
5 ekor udang sedang (atau lebihan dari kari udang kita) - dicuci bersih
1 biji telur
Air secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
Sayuran : sedikit taugeh, daun bawang dan daun sup
Perasa : sedikit garam dan sedikit perencah kari Mamee

Cara membuatnya :- selalu kita isikan air dalam periuk dan terus masukkan maggi bila air dah panas kan, untuk resepi ini ... kita bancuhkan separuh (atau semua kalau suka) perencah kari tersebut dgn sedikit air utk dijadikan pes dan tumiskan sekejap jer di dalam kuali kemudian terus masukkan udang, tumis lagi seketika hingga udang tersebut separuh masak kemudian masukkan kuah kari udang dan air secukupnya ... biarkan menggelegak seketika dan bolehlah dimasukkan mee mamee kita bersama taugeh dan akhir sekali pecahkan sebiji telur ke dalam kuah kari tu dan masak sekejap je lagi. 
Angkat dan hidangkan bersama daun bawang dan daun sup.
Dah siap untuk dimakan.

* Selamat Mencuba *



Sunday, February 8, 2015

Resepi Spaghetti Bolognese Cheese

Assalamualaikum ...

...dah melepasi pukul 1.00 pagi tika ini, mata dah mengantuk tapi semangat nak update blog tengah panas, macam rasa nak bercerita panjang tapi ... malas pulak nak menaip - sooo ... tutup la bab nak bercerita ya ...

...apa kata kita layan bab resepi makan2 je la, dah masuk hari Ahad dah pun ni - cuti hujung minggu ni pakat2 la rajin sikit ke dapur - masak simple2 pun jadi lah asalkan tak kuar makan di luar ... kut dapat save budget sikit kannn.... 

...kita berspaghetti je hari ni k ... anyway ... dah lama saya masak menu spaghetti ni dan dari sari ke sari saya nak share di blog dari tahun lepas lagi, kesudahnya ... baru la ni gatei nak kongsi sbb rasa sangat dah terabai blog saya ni, tak banyak entri... huhuhu...

.... let's check out the pic and the recipe 



... seenak nama diberi - Spaghetti Bolognese Cheeze

Bahan-bahannya :- Untuk makan 4 orang

Bahan utama untuk membuat sosnya : Isi ayam secukupnya yang dicincang atau dikisar halus
1 paket spaghetti (San Remo) - direbus bersama 1 sudu besar garam dan sedikit minyak masak
1 botol sos spaghetti (Kimball - perisa cendawan)
2 labu bawang Holland - dipotong dadu kecil-kecil
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 - 1 cawan parutan keju cheddar atau parmesan
garam secukupnya
1 sudu teh gula
minyak sayuran/minyak zaitun secukupnya untuk menumis

2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1/2 cawan air rebusan ayam atau air panas sahaja pun boleh

*dried herbs - optional
1 sudu kecil rosemary kering
1 sudu kecil basil kering
1 sudu kecil oregano kering

*sayuran : semua dipotong dadu kecil-kecil - optional juga, mana2 yang ada
1 biji tomato
1 batang celery
1/2 batang carrot sederhana

*sedikit cilantro atau daun saderi utk hiasan

Cara memasak:-

- rebus spaghetti bersama sedikit garam dan sedikit minyak masak hingga masak dan lembut kemudian toskan airnya. Hidangkan di dalam mangkuk.

- untuk membuat sos yang enak, tumis bawang holland dan bawang putih hingga naik bau ( jgn garing ya)
- kemudian masukkan isi ayam yang telah dikisar - tumis lagi hingga sebati dan naik lagi baunya.
- Masukkan semua herba kering dan juga sayuran yang telah dipotong dadu ... kemudian
- masukkan pula sos spaghetti kimball pilihan hati bersama sos tomato dan sos cili - kacau sebati lagi -
- masukkan sedikit demi sedikit air rebusan ayam atau air panas untuk mendapatkan kepekatan sos yang dikehendaki ... ada orang suka berkuah banyak macam anak2 saya ... saya lebihkan sikit air
- juga masukkan garam secukupnya dan juga sedikit gula untuk mengimbangi rasa masam2 sos tersebut
- akhir sekali masukkan 1/2 cawan parutan keju cheddar atau parmesan - kacau hingga mesra dan bolehlah ditutupkan api ...

- hidangkan bersama sedikit parutan keju dan daun saderi di atas spaghetti tersebut.














SELAMAT MENCUBA .... jangan tak mencuba pulak sebab senang bangatttt dong resep-nya.




Saturday, June 14, 2014

Resepi Roti Sarang Lebah - Bee Hive Bread

Assalamualaikum ...


.... roti sarang lebah ni saya buat last week masa adik saya dari Kuantan pulang cuti sekolah di Ipoh ...  rasanya yang mempelopori roti sarang lebah arab ni adalah Sis Lydia Honey yang duk kat Arab nun .. ada jugak saya google/fb dia ...sapa rasa rajin nak tengok dan buat sendiri, ini saya dah copy paste resepinya bulat2 dari facebook Lydia ... kalau saya just tag fb dia - jenuh lak korang nak scroll down mencari resepinya ....

hasil dari dapur Rin ...ya


CREDIT TO : LYDIA HONEY - BIG TQ SISTA..

Bee hives mini buns with butterscotch sauce, pumpkin seeds & almond flakes. Dough resepi dari chef manal..tapi lydia add pumpkin seeds, almond flakes and butterscotch sauce 

DOH✏️
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-

**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati. 
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.😎
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak. 
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi.
Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
Time bako dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.








NOTE:- 
1) doh memang lembik.. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.

BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter


Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.
NOTE:- 
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .
 — with Ticer Kiella. (4 photos)


 ........ memang sedap


Friday, June 13, 2014

Resepi Cucur Ikan Bilis Tofu Telur

Assalamualaikum ...

..heee ... panjangnya tajuk resepi..! sebelum tu, Salam Jumaat - penghulu segala hari dan juga salam Nisfu Syaaban - Ramadhan Al Mubarak sudah semakin menghampiri, mudah mudahan kita semua dipanjangkan umur utk bertemu dengannya agar dapat kita melipatgandakan segala amal ibadat kepada YA RABB di bulan yang  mulia ini ... inshaaAllah aminnnn ...

citer cucur ikan bilis ayam tofu telur ni - amatlah 'something'nya .... sebabnya dalam minggu ni sudah 4 - 5 kali saya buat ... ntah lahhhh rasa sedapppp sangat ... dengan kerangupan kulit luarnya dan kelembutan isi dalamnya ... eemm emmm..!

dan sudah tentu juadah ini amat sesuai dihidangkan utk sarapan pagi atau minum petang ...



jomlah check out its simple recipe

Cucur Ikan Bilis Tofu Telur

-1 cawan tepung naik sendiri
-1/2 cawan tepung serbaguna/gandum
-1 tiub tofu telur
-1 biji cili merah  dihiris halus
-7 ulas bawang kecil dihiris halus
-ikan bilis/udang kecil/isi ayam ( ikut pilihan anda ) secukupnya
-taugeh & kucai (atau jagung) secukupnya (pilihan )
-sedikit daun sup dan daun bawang
-garam dan kunyit secukupnya
-3 sudu besar air
-minyak masak secukupnya utk menggoreng

cara masaknya :-

- masukkan kedua2 tepung di dalam mangkuk kemudian masukkan cili, hirisan bawang kecil, ikan bilis serta tofu telur dan gaul aka ramas sebati hingga menjadi adunan yang melekit ( jangan terlalu ramas ya ).


- masukkan pula taugeh dan sayur kucai, daun sup dan daun bawang, garam kunyit - gaul mesra lagi dan akhir sekali masukkan air.


- resepi menggunakan tofu telur tidak memerlukan banyak air kerana tofu telur tersebut sudah cukup membuatkan adunan lembut dan basah dan apabila digoreng - cucur kita akan kekal rangup tetapi lembut di dalam.


- bila semua dah sebati boleh  mula menggoreng - senang kan..!



so, jangan lupa resepi ini - amat sesuai untuk kita hidangkan utk juadah berbuka di bulan Ramadhan kelak..!

- boleh juga klik di sini utk resepi cucur yang lain.


SELAMAT MENCUBA ... *__^




Thursday, March 27, 2014

Oopsie Bread

Assalamualaikum ...


... have you heard of this bread - Oopsie Bread ( quiet known to Atkiners )... trust me ... so so sedappp ... but provided if you know how to make it *__^

... saya diperkenalkan dgn 'roti' ini bila salah seorang kawan dan juga repeat customer saya meminta saya utk membuatnya kerana dia sedang mengamalkan diet 'ATKINS' ... apa itu diet Atkins .. errr - sila google for now ya cos' akak tak sempat nak bercerita lebih panjang di sini ... hehhehe .. soweyyy ...

... jom layan gambarnya - sebelum tu ... i have to remind myself ...whatever new recipes i was asked to do ... kindly do the research first ...... pleaseeee ... jangan harap sangat resepi dari blog orang kita yang diadaptasi dari website omputih sebab ... disaster i tell you..!!  esp. kalau you ikut bulat2 resepinya ... well, so sad  to say ... i was very disappointed recently ... becos' of this Oopsie Bread yang tak menjadi lansung bila 1st time membuatnya dan saya kerugian 300gm cream cheese dan 9 biji telur AA ..! ... tak pe la - lesson to be learned ... bila second time my friend repeat order ( alhamdulillah - Juli masih percaya pada saya ) .. it turned perfecto..! Juli kata ... Kak Aza .... best gilerrrr .... ( petikan dari wassapnya ) ...







This is my version of the recipe

3 large eggs
100gm cream cheese ( Tatura/Phil )
1/2 tspn baking powder ( optional )
1/8 tspn cream of tartar ( optional )
1/2 tspn vanilla essence / pandan essence


Separate the eggs, with the egg whites in one bowl and the egg yolks in another.
Whip the egg whites together with the salt until very stiff. You should be able to turn the bowl over without the egg whites moving.
Mix the egg yolks and the cream cheese well. If you choose, 1tsp of cream of tarter or baking powder (this makes the Oopsie more bread-like).
Gently fold the egg whites into the egg yolk mix – try to keep the air in the egg whites.
Put 6 large or 8 smaller oopsies on a baking tray.
Bake in the middle of the oven at 150° C (300° F) for about 25 minutes – until they turn golden.

You can eat Oopsies as bread or use them as a bun for a hotdog or hamburger. You can also put different kinds of seeds on them before baking them, for instance poppy, sesame or sunflower seeds.

Nutritional Facts

Serving size – 19.7g
Calories – 43          (calories from fat – 33)
Total fat – 3.7g
Saturated fat – 1.9g
Cholesterol – 61mg
Sodium – 63mg
Total Carbohydrates – 0.3g
Sugars – 0.1g
Protein – 2.1g

Infos credit to HERE : http://charlyolivia.com/2013/08/28/oopsie-bread-recipe-gluten-free-and-carb-free/

hAPPy baKING .... *__^



Monday, March 3, 2014

Resepi Cucur Bawang berAyam

Assalamualaikum ...


... nak buat laporan cuaca jap dulu - dah lamaaaaaaaaaa tak rasa hujan, lama sangat rasanya - kalau ada singgah dibawa angin pun ada lah 3 - 4 titik jatuh kat keta kemudian terus meruap kering jadi panas balik ... air minum pun rasanya dah bergelen2 diteguk belum kira air berais lagi ... makin menyusut la tahap kesihatan saya bila usia tua menjenguk nanti ... Allahuakhbar - itu dikira baru kecik dugaan DIA beri .. cuaca panas ni pun kira dah masuk tanda-tanda kiamat makin menghampir ... masih tak sedarkah kita? mudah-mudah kita semua tidak terkejut badak bila sampai waktunya berakhir bumi ini bertapak di cakerawala ALLAH swt ...

... ok la jom kita masuk bab makan pulak - makan ni keperluan, ndak tak ndak kita kena makan - itu fitrah manusia .. Islam tidak menidakkan fitrah manusia yang sangat penting ni ... kami, blogger makanan ni dah sebati menghidangkan mata maya dgn hidangan makanan ... janganlah pulak mencebik ya ... fitrah kami gitu - panas2 hari pun kena ke dapur juga .. ke masak juga ... nak beli atau makan diluar bebanyak - idak la mampu nak membuang duit gitu - selagi daya... kami masak walaupun simple giler ... dapur tetap berasap ... *__^



Cucur bawang dan adik beradiknya seperti cucur ikan bilis, cucur jagung ikan bilis memang kegemaran saya yang hakiki ... kadang-kadang bila time breakfast dah buntu tak tahu nak hidang apa ... saya buat cucur bawang then masuk lah apa saja bahan yang ada dalam fridge atau apa terlintas yang nak saya taruh ...janji ... saya tahu mesti menjadi sedap ... ngeee

... baru2 ni bila ada lebihan ayam dalam petisejuk ( saya selalu simpan spare isi ayam - just in case nak buat rencah masak nasi goreng ke bihun goreng ke masak mamee ... itu gunanya disimpan sikit ) mula terpikir nak buat Cucur bawang yang ada ayam pulak ... so, terhasil lah cucur bawang berAyam ni ... resepinya standard macam cucur-cucur yang lain cuma kita tambahkan atau gantikan saja dengan ayammmmm ... ok?



..untuk resepi yang lalu, cuba klik kat SINI .... Cucur Ikan Bilis Jagung tajuknya ... to me it is a basic recipe... then boleh la digantikan ikan bilis tu ataupun tambah je isi ayam ke dalam ramuan cucur bawang ni .. maka jadilah resepi Cucur Bawang berAyam...

... cuma penambahbaikan pada resepi yang ada ni boleh lah saya kongsikan petua dari Chef Professional yang berkongsi tip utk membuat cucur bawang kita supaya lembut walaupun sudah sejuk adalah dengan memasukkan sekurang-kurangnya 1-2 sudu kecil yis kering ( serbuk @mauripan dan yg sewaktu dengannya ) mengikut bancuhan yang kita buat ... ( agak-agaklah ya ). mmg terbukti cucur kita tetap lembut ( bukan liat ) walaupun dah sejuk ... dan lagi kalau nak rasa cucur kita lebih enak dan berbaur harum kan .... tambah bawang kecik banyak2 - hiris banyak2 tau .... :-)

.... cuba nanti tau ...




.... eermmmm - dah terliur lah plak ....


Wednesday, December 4, 2013

Resepi Chocolate Pudding

Assalamualaikum ...


.... baru-baru ini sahabat baik sewaktu belajar di ITM Shah Alam datang berkunjung ke rumah bersama keluarganya ... hampir 20 tahun tidak berjumpa ... alhamdulillah semua baik2 belaka. Kebanyakan sahabat handai sudah maklum yang saya sekarang ini menceburi bidang masakan terutama kek dan rata-rata juga bagai tidak percaya yang saya mahir membuat kek ... saya tersenyum jer *__^

.... tiadalah yang istimewa sangat menu yang saya sediakan tatkala mereka datang berkunjung cuma;

1. Bihun Tom Yam
2. Kek Rainbow Lapis ( layer)
3. Chocolate Pudding wt fresh cream
4. Cuppucino Brownies ( buah tangan )


.... jom layan gambar-gambar



Kek Rainbow Lapis & Chocolate Pudding

Resepi : Chocolate Pudding
Sources : http://www.tampabay.com/things-to-do/food/cooking/simple-homemade-chocolate-pudding-a-classic-perfect-for-holidays/2155216
Credit to & thank you :  SmittenKitchen.com and TheWednesdayChef.com

Silky Chocolate Pudding
¼ cup cornstarch
½ cup sugar
⅛ teaspoon salt
1 vanilla bean (or 1 teaspoon pure vanilla extract, added in with the chocolate)
3 cups whole milk (I subbed in 1 cup of heavy cream and all was well)
6 ounces bittersweet chocolate, coarsely chopped
Combine the cornstarch, sugar and salt in a large heat-proof bowl. Use a small sharp knife to split the vanilla bean lengthwise, then use the dull side of the blade to scrape out the vanilla beans. Stir the vanilla beans and the pods in with the cornstarch mixture. Slowly stir in the milk with a heatproof spatula until the ingredients are incorporated.
For a makeshift double boiler, place the bowl over a medium pot of gently simmering water and stir occasionally. After 15 to 20 minutes, everything changes. The pudding thickens, and when it coats the back of a spoon (or your spatula), remove the spent vanilla bean pods and stir in the chocolate. Keep stirring until the pudding is smooth and slightly thickened, about 2 to 4 minutes.

Remove from heat and pour pudding into a measuring cup with a spout. Pour the pudding into individual ramekins or coffee cups. You're supposed to strain the pudding through a fine-mesh strainer to get rid of any lumps, but I decided this was one extra step I didn't need between me and chocolate pudding. Cover each container of pudding with plastic wrap, making sure to smooth it gently against the surface of the pudding if you've got something against pudding skin. Place the pudding in the fridge for at least 30 minutes and up to 3 days.
Serves 6.
Source: Adapted from SmittenKitchen.com and TheWednesdayChef.com

Kek Rainbow Lapis


Cuppucino Brownies


Kak Hafidzah bersama keluarga sedang menikmati juadah ... yumm..yumm


Tetamu bersama Tuan Rumah


...moga bisa ke temu lagi ya kak fidzah .... ^__^



Thursday, September 5, 2013

Resepi Ayam Masak Kicap Likat & Pekat

Assalamualaikum ...


.... apa khabar anda? hujan tak kat tempat anda ...? tempat saya baru jer berhenti - sejuk sikit suasana yang mana mengundang mata utk terpejam lena .... baru pukul 9.30 malam ... selalunya selagi tak melepasi 12 tengahmalam mata terbuntang jer ...hihihi ....


... anyway, just nak kongsi sepiring lauk yang saya masak tengahari tadi ... dah selalu buat dan biasa buat cuma setiap kali buat mesti ada penambahbaikannya sebab ... saya suka menokok tambah bahan dalam masakan ... tiada terikat dgn resepi apatah lagi sukatan ... bak kata Chef Michael ... "...cooking without a recipe... ".


... jom intai - Ayam Masak Kicap Likat & Pekat, selalunya saya gunakan bahagian isi belah atas ayam iaitu bahagian dada bersama kepaknya.




Bahan2 untuk memerap ayam ( terlebih dahulu )
- 1/2 ekor ayam bahagian atas - dada + kepak dipotong2
- 2 sudu besar kicap
- garam
- serbuk kunyit
- serbuk lada sulah
- serbuk cili merah
- 2 sudu besar tepung jagung

* gaul rata kesemua bahan di atas kemudian goreng 3/4 masak.

Bahan2 untuk menumis
- bawang mewah*
- bawang putih*
- halia*
- lengkuas*
- 1 senduk cili kering yang telah dikisar halus
- 2 batang serai dititik dahulu
- minyak masak secukupnya

* semua hendaklah dikisar halus bersama.

Bahan2 Rempah kering :-
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 1 sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
- beberapa tangkai bunga cengkih

Bahan2 untuk hasilkan sos likat dan pekat :-
- 2 sudu besar tepung jagung + 1/2 cawan air ( gaulkan bersama )
- kicap secukupnya
- sos tomato secukupnya

Hiasan :-
- daun bawang dan sup
- tomato
- bawang goreng

Cara-cara memasak

Panaskan minyak dalam kuali, masukkan serai dan semua rempah kering kacau seketika kemudian masukkan bahan2 menumis yg telah dikisar - tumis hingga naik bau.

Masukkan kicap dan sos tomato dan kacau sebati kemudian masukkan isi ayam yang telah digoreng dahulu gaul rata lagi akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung - gaul rata hingga kuah menjadi sedikit pekat dan likat.

Angkat dan hidangkan di dalam pinggan hidangan dan hiaskan diatasnya dgn daun bawang&sup serta bawang goreng.




Selamat mencuba ...



Saturday, June 22, 2013

Butter Cake yang enak - resepi



Assalamualaikum ...


Aiseyyyy ... lama la plak tak update citer kat blog ni - malas melanda la tuh .... macam takda apa nak diceritakan - gitu la  manusia, cepat jer melemau .. hehehehe

takpelah - taknak membebel kat diri sendiri banyak2 - jom la saya nak kongsi resepi Butter Cake yang saya cuba baru2 ni .... saya rajin Google utk cari resepi2 kek yang terbaik dan tersedap kemudian saya perap utk jadi pekasam .... lepas tu baru cuba - baru trill rasanya kan ... hehehehehe. Actually, cerita pasal kek ni kan .... resepi2nya semua sama contoh resepi kek Butter ni la kan .... yang membezakan rasa dan texture sesuatu kek tu adalah sukatan dan beberapa bahan2 yang ditambah dan diolah utk menjadi kek tersebut bertambah sedap atau bertambah hancusss pun adaaaa ... *__^ cuma .... Basis atau Asas bahan2 kek dan cara membuatnya adalah sama ....

so - pencarian saya resepi Kek Butter/Mentega yang sedap lagi gebu dan lembut tapi padat dah ketemu ... jom kita semak resepinya - but frankly, saya akan C & P jer resepi tu kat sini ( which is very rare of me .... hehehehe )


  

Source : Butter Cake Recipe - Taste.com.au or u can click HERE 

  • 250g butter, softened
  • 1 cup caster sugar    ** 3/4 cup pun dah cukup manis
  • 2 teaspoons vanilla essence
  • 3 eggs    ** 'A' 
  • 2 1/2 cups self-raising flour   ** Tepung kek 
  • 2/3 cup milk
  • icing sugar mixture, to serve
  1. Step 1
    Preheat oven to 180°C/160°C fan-forced. Grease and line an 8cm-deep, 19cm (base) square cake pan with baking paper.

  2. Step 2
    Using an electric mixer, cream butter, caster sugar and vanilla in a medium bowl on medium-high speed until light and fluffy.

  3. Step 3
    Add eggs, 1 at a time, beating to combine. Add half the flour. Stir to combine. Add half the milk. Stir to combine. Repeat with remaining flour and milk.

  4. Step 4
    Spread mixture into prepared pan. Bake for 1 hour or until a skewer inserted into the centre comes out clean. Stand in pan for 10 minutes. Turn out onto a wire rack to cool. Dust with icing sugar. Serve


    **** En. Suami & Anak-anak tak sabar nak makan .... baru keluar oven ( tunggu kejap jer ) dah potong-potong kek ni .... memang harummmmm jer baunya  ***


    Selamat Mencuba ... ^__^

Monday, May 27, 2013

Resepi Butter Cake

Assalamualaikum ...


.... bila tidur awal dari kebiasaan, ini la jadinya ... bila terjaga dah susah nak lena balik - so update blog le :-)

baru-baru ni mencuba satu resepi kek mentega yang tersangat la enak dan gebu dan lembut dan mencair di mulut dan ... dann .. dannn ... banyaklah dannya - actually tak da banyak beza dgn resepi butter cake yang saya selalu guna ... sama saja cuma resepi ini dia lebih lembab dan gebu sebabnya ..... ( nanti tengok resepinya ok )

.... kebanyakan website atau blog yang saya googled telah memberi respons dan result yang sangat baik terhadap resepi ini dan terbukti bila saya mencubanya - so, saya akan kongsi resepi tersebut di sini dgn sedikit 'perubahan' yang dibuat utk serasi dengan tekak saya ...hihihi ...

.... sebelum tu - terima kasih dan kredit pada anda-anda yang telah mengongsikan resepi yang sama di blog dan website masing-masing ....

( tak sempat nak ambil gambar kek yang telah dipotong2 ...)


Sumber rujukan : MyResepi - TQ!

Bahan-bahan 

  • 250 gm buttercup
  • 250 gm gula halus ( saya guna 3/4 cawan gula kastor saja )
  • 5 biji telur ( saiz 'A' )
  • 1 sudu teh esen vanila ( saya tambah 1/2 sudu teh lagi )
  • 250 gm tepung gandum ( saya guna TEPUNG KEK - tak perlu tambah baking powder )
  • 1 sudu teh baking powder 
  • 1/2 cawan susu segar

Cara-cara

  1. pukul butter bersama gula sehingga kembang.
  2. kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila, pukul sebati.
  3. apabila sudah sebati masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak.. ( tepung kek )
  4. akhir sekali masukkan susu segar dan gaul sebati.
  5. masukkan adunan kek ke dalam acuan dan bakar suhu 180 selama 40 minit. 
  6. ( Oven saya menggunakan suhu 175 dan menghampiri 10 minit terakhir saya turun ke suhu dalam 165 sbb atas kek tu hampir gelap dan seeloknya guna acuan saiz 8 - 9 inci ..., masa membakar dalam 50 minit atau sila cucuk dgn tester utk memastikannya masak sempurna atau tidak )
 selamat mencuba - senang je ..! *__^

Tuesday, May 14, 2013

Pulut Jagung Ikan Masin

Assalamualaikum ...


:-) .. tak sangka sungguh makan pulut dgn ikan masin bagai keretapi tanpa brek menjamahnya...!! itulah perumpamaan saya bila first time ( walaupun dah berjaman makan pulut hatta pulut kuning ke, pulut jagung ke, pulut biasa ke ... ) makan pulut jagung dgn ikan masin ikan senangin baru2 ni ... bertambah2 saya makan macam makan nasi panas..! Adoiiii ... tak tau la berapa kalori sudah masuk dalam badan ni ....



memang dah lama teringin nak makan pulut jagung sbb teringat2 sedapnya pulut jagung bonda saya buat ... minggu lepas sbb teringin2 sangat nak makan pulut dan kebetulan 2 budak kecik dalam rumah ni pun hantu pulut ... saya kukuskan pulut walaupun tak jumpa jagung manis .. saya buat pulut kuning dan lawan dgn rendang ayam .. mmg itu gu nya :-)

then kelmarin - masa pergi ke pasar tani ( Sabtu ) jumpa jagung manis - terus saya beli 2 bungkus ( makcik tu kasi diskaun lagi ) ... hari Ahad saya rendam pulut semalaman ( sebab nak kukus - saya tak suka tanak sebab melekit2 dan kembang semacam je ... ) dan keesokan harinya saya terus buat PULUT JAGUNG DGN RENDANG AYAM .. kebetulan nasi putih juga ada masak, saya gorengkan ikan masin ikan senangin ( Ya Allah .. sedap kan .. hehehehe )

ntah macamana saya ter'try' cubit sikit ikan masin dan makan dgn pulut jagung tu .. adoiiiii ... huaaaa .. sedapnya..! ini dah ter'over' la ni bercerita .... ehehehehe


favorite saya ikan masin ikan senangin .... kena dgn nasi panas2 ... memang tak ingat dunia dah ...! la ni dah tahu lagi sedap pekena dgn pulut ... lagi laaa tak hengat donnia ...! :p



Untuk resepi rendang ayam saya ni ... sila klil SINI




PULUT JAGUNG MANIS KUKUS ( cara saya )

Bahan-bahan
Pulut secukupnya
1-2 batang jagung manis ( dihiris utk mendapatkan butir-butir jagung )
santan pekat secukupnya ( mengikut rasa lemak yang dikehendaki )
sedikit garam

Caranya
Pulut dibasuh bersih2 dan direndam dulu semalaman ( tengok2kan air jangan sampai berbau ya ) - esoknya sudah boleh kukus then bila pulut dah masak dan empuk sikit bolehlah disiramkan dgn santan pekat yang bergaram ... kemudian dibiarkan kukus lagi sampai pulut tersebut lembut & kembang serta masak cantik dan terasa lemaknya,  at the same time bila dah hampir 3 suku masak pulut tersebut, bolehlah dimasukkan butir2 jagung ( beri sikit ruang terbuka di dalam kukus utk jagung manis ini ) dan kukuslah bersama ... sehingga jagung manis masak - boleh ditutup api. 


Selamat Mencuba !



Friday, May 10, 2013

Chicken Pie @Pie Ayam

Assalamualaikum ...


Salam Jumaat yang barakah ini ... in shaa Allah esok 1 Rejab maka bermulalah kita berlumba-lumba tingkatkan amalan kerana di dalamnya penuh dgn pahala dan keberkatan .... ^__^.

Semalam saya berpuasa dan hari ini juga saya berpuasa ... semalam saya buat pie ayam kerana dah lama teringin nak buat sendiri - makan sendiri ... sebelum berbuka sempat juga datang kekuatan utk membuatnya kerana mmg dah berhajat nak berbuka puasa dgn pie ayam ini ...




Banyak juga website saya google dan buka untuk meninjau pelbagai resepi membuat chicken pie ni ... wbg pun, resepi utk 'crust'nya hampir sama samada recipe dari English maupun dari BM .. dan saya dgn bijaknya .. ( ;-p hehehehe ) mengolah sikit resepi crust/kulit pie dari asalnya ( gabungan English & BM )






CHICKEN PIE @Simply Sweet & Cheezy

DOH PIE :
  • 150gram butter sejuk
  • 280gram tepung gandum halus (yg tak payah diayak lagi)
  • 1 biji kuning telur (dipukul)
  • secubit garam halus
  • 1 sudu teh gula halus
  • 2 sudu besar ( air ice )
 INTI PIE:
  • 1 biji kentang (potong dadu dan dicelur seketika)
  • 2 ketul bahagian ayam yang banyak isi ( tanpa lemak dan kulit – rebus dahulu dan carik-carikkan isi ayam )
  • 1 biji lobak merah (potong dadu dan dicelur seketika)
  • Sedikit mixed veggie atau boleh juga guna green peas dalam tin
  • 1 biji bawang besar (cincang)
  • 1 ulas bawang putih (cincang)



BAHAN UNTUK MENUMIS INTI PIE:
  • 2 sudu minyak masak
  • 2 sudu teh gula (ikut citarasa)
  • 1 sudu teh garam halus (ikut citarasa)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • lada sulah (serbuk) secukup rasa
  • 2 sudu besar cream cheese**optional atau boleh digantikan dengan....
  • 1 sudu besar tepung jagung(larutkan tepung jagung dgn 2 sudu bsr air)
  • 2 sudu besar cream**optional
Cara-cara membuat inti pie
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau kemudian masukkan isi ayam yang telah dicarik2kan terdahulu kemudian terus masukkan semua perisa dan tumis hingga mesra.
Seterusnya masukkan ubi kentang , lobak merah dan green peas – tumis mesra lagi dan akhir sekali masukkan larutan tepung jagung atau cream cheese*), bila dah masak – ketepikan biar sejuk.

Cara-cara membuat DOH
Gaulkan tepung bersama garam dan gula dan mentega sejuk menggunakan kaedah ‘rub’/gosok  sehingga menjadi seperti serbuk roti kemudian masukkan kuning telur dan uli hingga menjadi doh yang lembut – di sini bolehlah tambahkan sedikit demi sedikit air ais/ice untuk menyatukan adunan tepung dan mentega tadi ( uli dengan tangan saja ).
Kemudian canai doh berkenaan setebal 1/2cm dan menggunakan penekap bulat ( saiz ikut acuan pie ) tekap doh yang dicanai nipis tadi dan masukkan ke dalam acuan pie ( bekas aluminium atau dalam acuan pie atau dalam acuan muffin pun boleh ). Masukkan inti pie yang telah sejuk tadi dan tutup bahagian atas dengan kepingan doh yang lain. Tekan-tekan bahagian tepi doh supaya bahagian doh atas dan bawah melekat.
Sapukan kuning telur diatas permukaan pie – anda boleh juga lorek-lorekkan bahagian atas doh dengan garfu utk menghasilkan corak.
Terdahulu, panaskan oven selama 15minit. Bakar pada suhu 170-175C ( ikut kepanasan oven anda yang biasa ) selama 30 minit atau sehingga masak keseluruhannya. Setelah masak, biarkan seketika di dalam oven sebelum dikeluarkan untuk dihidangkan panas-panas ... ( lebih enak .. )

Selamat mencuba "Happy Baking" .....

 

Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant