Followers

Tuesday, December 25, 2012

Angry Birds Birthday Cake

Assalamualaikum ...


.... order came from Puan Nora - new customer a.k.a new friend :-) for her baby boy turned 1 year recently. Happy Birthday Muhd. Firas Aqlan ( luckily i checked for the last time the bday boy's name as i  got mixed up between Firas and 'Faris' ....^__^ really nasib baik ...**wink**wink**

.... tak pernah jemu malah tekun menyiapkan miniature angry birds niii ...






Butter Blueberry Cake with Buttercream & fondant deco

 Terima kasih Puan Nora :-)






Birthday Cake and Cupcakes

Assalamualaikum ...


...simple cake - simple deco ... not too sweet, just nice to be appreciated  :-)


Ordered by Cikgu Zarina ... thanks, and she also ordered 12 pcs of Red Velvet Cupcakes ..


sepanjang beberapa hari diskaun akhir tahun berlansung, adalah kira-kira 6 buah kotak telah dijual pada penggemar2 tegar red velvet dan carrot cake ... :-) terima kasih banyak2 ya ...


Tuesday, December 18, 2012

Diskaun akhir tahun....cupcakes

Assalamualaikum ...


...dah ujung-ujung tahun ni, Simply Sweet & Cheezy nak mengucapkan jutaan berterima kasih pada semua - semua pelanggan (aka yang dah jadi kawan mesra) atas sokongan, penghargaan, repeat orders dan lain-lain .. tanpa anda semua SS&C mungkin menyulur lagi - sekarang ... alhamdulillah dah boleh merangkak laju sikit namun perjalanannya masih jauh lagi ... kan? ^__^


...sempena itu jua, saya menawarkan diskaun akhir tahun untuk CUPCAKES : Red Velvet + Carrot Cake = 2 in 1 Box pada harga tersangat murah iaitu ... 12 biji cupcake mengandungi 6 biji RV dan 6 biji CC = RM20.00 sahaja..!! lebih kurang 40% diskaun dari harga biasa .. :-)






..Buatlah tempahan anda sekarang dan tawaran sah hingga 31.12.2012 :-)

...koling-koling or texting saya yer ...@ 0125745187, tq

Saturday, December 15, 2012

Red Velvet Cupcakes - pemberian 'farewell' ...

Assalamualaikum ...


.... tempahan dari Adik Ana Jalena iaitu aka LAT, memang sangat2 menggemari RV saya :-) setiap kali buahtangan atau tempahan mesti si cantik Baldu Merah ini jadi pujaan hatinya ... thanks Lat....



Pilihan Menu Minum Petang

Assalamualaikum ...


...Sharing is Caring - orang kata ( untuk resepi, sila google search ) :-)












... cuba, jangan tak cuba ...! samada beli atau buat sendiri ...;-)



Thursday, December 13, 2012

Penangan Iklan Mee Maggi - Mee Maggi Kari Ayam saya ....

Assalamualaikum ...


..... bukan tak pernah makan atau masak mee maggi ni - kurang2 2 minggu sekali mesti ada buat utk anak2 - tapi selalunya bila masak mee maggi ni - plain jer ... kosong jer ... semata2 mi dan air - 2-3 minit siap ... ;-)

..... tapi sejak iklan Mee Maggi terpapar di skrin tv dgn pelbagai resepinya hingga anak2 dah boleh teka dan hafal iklan2 tersebut - tergugat jugak akak .... memang nampak menyelerakan sungguh - alaaaa bukan tak pernah masak sebegitu tapi tu lah ... betapa kuatnya pengaruh iklan kan ....

..... akak pun terpanggil la ... utk memvariasi mee maggi ni  maka jadilah Mee Maggi Kari Ayam -



Resepi saya :-

5 paket Mee Maggi Perisa Kari / atau apa2 brand Mee pun ok ( saya suka MAMEE sebenarnya )
Air secukupnya
1/2 cawan santan kelapa
Sedikit isi dada ayam - dipotong2 kecil
50 sen taugeh
Sedikit daun bawang dan daun sup sebagai hiasan
Sedikit bawang goreng 
Sedikit cili merah dihiris nipis

Caranya :- seperti yang anda biasa masaklah ... hehehehehe - rebus2 je kan ... ;-)


...berasap lagi...






Cheese Cakes

Assalamualaikum ...


...saya hantu cheese cake - tak tau kenapa ... buah tangan kat orang pun saya buatkan cheese cake - buat makan2 kat rumah pun, saya buatkan berasaskan cream cheese - macam2 dalam pala otak ni rasa mereka manisan/dessert/cake dari cream cheese .... baru2 ni pun saya ke bookstore tambah koleksi buku masakan - pun mengenai cheese cake ... sukanya hati ....










































Wednesday, December 12, 2012

Tart Nenas aka Pineapple Tart yang 'remarkable'

Assalamualaikum ...


....:-) as my big sista commented on my tart nenas i brought for her recently .....


Keikosan Rawanum Munawar My beloved sista Aza Rin As..thx a million for attending our special day...u r a great sista...ur pineapple tarts r remarkable..aiyo...



 

 ...tempahan terbuka sepanjang masa - hubungi 012-5745187 utk keterangan lanjut...


Tuesday, December 11, 2012

Edible Image Harry Potter - Adik Syafeeq

Assalamualaikum ...


...peminat Harry Potter si Cilik Adik Shafeeq ... setiap kali harijadi ahli-ahli keluarga Shima ... mesti 2 jenis kek ini -  Moist Choc Cake & Cheese Cake dan fav. Shima Carrot Cake ...

Happy Birthday ADIK - Megat Ahmad Shafeeq





^___^ Thank You All


Friday, December 7, 2012

Blueberry Cheese Cake Ayah

Assalamualaikum ...


...Ya - dah lama saya tak update blog ... time cuti sekolah ni lak saya malas betul nak update apa2 citer kat diary maya ini ... tak tau la kenapa - banyak relax :-)

... tak pe lah saya kongsikan Kek Harijadi Ayah dan Anak ( next entry ) pada bulan November yang lalu ...
Tempahan dari Shima untuk harijadi suami dan anak lelaki bongsu nya ....



Blueberry Cheese Cake ( Baked )





Saturday, December 1, 2012

..lagi Moist Choc Cake untuk Harijadi - Tok Ed

Assalamualaikum ...


Tok Ed @ Pak Ed adalah Toksu kepada anak-anak saya dan Pakcik (Bongsu) pada saya ... seingat saya - Pak Ed membesar sekali dgn kami 6 beradik - kami amat-amat rapat dgn Pak Ed dari lahir ( mungkin ;-)) hinggalah kami semua dah beranak pinak ini ... He's alwaz around for us, we shared things with him .. we sought him ( the first ) if we encounter problems esp. personal problems... and ever since Farid was born - we ( most of the years ) celebrate their birthday ( Farid & Tok Ed ) sometimes with Mamat ( my elder bro youngest son ) together.

Farid 16/11/02
Tok Ed 17/11/57
Mamat 23/11/02

... dalam gambar2 ini - kami meraikan harijadi Pak Ed pada 17/11/2012, bersamaan dgn hari kepulangannya dari Tanah Suci Mekah :-) - that very day itself.
... Pak Ed ke Tanah Suci pada tahun ini atas panggilan bertugas di Arafah ( kali ke2 ) dan Maha Suci Allah juga telah 'menjemputnya' untuk menunaikan Rukun Islam Ke-5 dgn mudah dan tanpa bayaran seperti jemaah-jemaah yang lain - itulah namanya REZEKI ...!

... jom, layan sikit gambar-gambar candid that nite ...

 Happy Birthday Bapak
 Masih ganteng lagi Pakcik ku ini ....

Moist Chocolate Cake with Choc Ganache and Strawberries

Pak Ed & Maksu











Semoga Allah merahmati dan memberkati Pak Ed/Tok Ed sekeluarga ... amin.



Moist Chocolate Cake for Birthday Farid dan cerita disebaliknya

Assalamualaikum ...


... sebenarnya pada 16 November 2012 lalu Bapa mertua saya telah kembali ke rahmatullah pada umur 84 tahun dan tertera di sijil kematian arwah meninggal sakit tua ... ya, arwah abah memang kelihatan tidak bermaya selepas dimasukkan ke hospital sebelum ini akibat kesukaran bernafas .. since then he refused to eat much - and his body has shrunk that leave only bones and skins for us to see with sadness:-(

... namun pemergian abah setenang sehening di subuh penghulu segala hari JUMAAT ( sebaik lepas azan subuh ) dan mak bersama suami ( kebetulan sudah dua malam menemani mak dan abahnya bermalam di rumah mereka ) ada bersama dengan arwah ketika itu. Sebelum saat kematian itu, emak dapati badan serta muka arwah abah basah = rupanya dibasahi dgn peluh ... alhamdulillah = SEMOGA ROH ARWAH ABAH DI TEMPATKAN DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG SOLEH ...aminnnnnnnnn

... pada tarikh yang sama juga adalah harijadi Muhd Farid Hakimi yang ke 10th, maka tak ada malah tak sempat saya nak buatkan kek untuk meraikannya ( walaupun beberapa hari sebelumnya mmg niat untuk meraikan seperti tahun-tahun sebelumnya )

... wbg pun, atas niat untuk menggembirakan hati opahnya ( MIL ) barang sekejap ( kerana mak rebah 2-3 kali pada hari pemergian abah :-( terlalu bersedih dan terkejut ) saya buatkan juga sebiji kek yang simple dan mudah utk Farid raikan bersama-sama sepupu2 sebelah Babahnya pula ( pada hari keesokannya )

- Kenangan Terindah -









...tarikh harijadi Farid selepas ini akan terpahat 2 cerita suka dan duka pada keluarga kami selama-lamanya..

Al - Fatihah
Hj Shamsuddin Bin Tan Deman
16.11.2012 @ 84 tahun


Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant