Followers

Wednesday, December 31, 2014

Selamat Datang 2015 ....

Assalamualaikum ...

Ya Allah - ketentuan MU jua yang terus menggerakkan kehidupan manusia duniawi, 2014 penuh dengan ujian-ujianMU Ya Allah ke atas kami di bumi Malaysia ini ... tersangat getir yang menggetar jiwa namun siapa lah kami untuk mengeluh dan menidakkan ketentuanMU yang telah tertulis di Luh Mahfuz ini ..

Ya Allah - biar apa jua ramalan manusia ke atas Tahun 2015 yang dikatakan bakal suram serba-serbi, ketentuanMU jua yang pasti ... suram atau sinarnya nanti

Ya Allah - kepadaMU jua kami panjatkan doa agar Tahun Baru 2015 ini tahun pemulihan, pemulihan buat semangat yang kian pudar, harapan yang dirasai kian menipis dan keazaman untuk tidak menyerah kalah dengan takdir .... Allahuakhbar

2015 - Please Be Kind To Us

May Allah Bless Us and My Family
HAPPY 21st ANNIVERSARY 
sayang-sayang semua 


... looking forward for another 21 years of live together
may we all be together in JANNAH
ameennnnn


Tuesday, December 30, 2014

Musibah Banjir Disember 2014 dan Malapetaka QZ8501

Assalamualaikum ...


... belum surut - belum reda air bah di negara kita, kita dikejutkan sekali lagi dengan berita kehilangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dari Surabaya ke Singapura pada hari Ahad lepas - 28/12/2014, hampir dua hari tiada perkhabaran, hari ini SAR team menemui serpihan bangkai pesawat dan beberapa mayat2 penumpang pesawat malang tersebut terapung-apung di perairan Pulau Belitung ...

berita lengkap boleh didapati di antaranya di sini QZ8501 - portal Utusan Online

    

- sayu ... memang sayu .... tahun 2014 yang menghampiri penutup tahunnya kurang dari 48jam mencatat seribu macam peristiwa besar yang menyayat hati dalam sejarah penerbangan Malaysia ... hilangnya pesawat MAS MH370 yang hingga kini tiada khabar berita, ditembaknya pesawat MAS MH17 yang tidak berdosa dan tiada siapa mahu mengaku bersalah melakukan pembunuhan udara yang kejam itu ... dan kini pesawat QZ AirAsia milik Indonesia pula terhempas di lautan akibat cuaca buruk ... malang sungguh ...

- sekarang pun kita masih berdepan dengan keadaan banjir yang belum sangat nampak surutnya terutama di KELANTAN, membawa ke Terengganu, Pahang dan Perak juga..! Sungguh dahsyat kali ini penangan banjir yang berlaku ... Kelantan hampir lumpuh ... Kuala Krai bagai tenggelam keseluruhan di kedaerahannya ...


                         
.... tenggelam dan hapus dalam banjir  ....

    
 .... kerja-kerja menyelamat ....

             
 .... pusat pemindahan .....

              
.... misi bantuan ...

         
..... kemusnahan harta benda  ......

 *** FOTO-FOTO EHSAN : GOOGLE SEARCH

...terlalu banyak kemusnahan digambarkan - Moga Allah Melindungi Kita Semua dari Bala Bencana Yang Lebih Dahsyat lagi ... Jom kita kembali kepada YA RABB, jangan kita engkari lagi perintah-perintahNYA - sesungguhnya kita terlalu lemah, terlalu kerdil, terlalu tak punya apa-apa untuk menandingi kuasa ALLAH Azzawajalla ...

 
ameen ... ameen ... Ya Rabbal Alaminnnn



 




Saturday, December 27, 2014

Kek Selamat Bertunang tema Pink Lembut

Assalamualaikum ...


..... ( next entry - cerita banjir - kena update sebab apa2 cerita kita bakal menjadi sejarah dan sejarah perlu dikenang untuk generasi akan datang, dengan penulisan sebegini mudah-mudahan sejarah itu dapat dibaca dan diimbau menjadi teladan buat kita - inshaaAllah )

..... layan dulu Kek Hantaran Bertunang, tempahan dari rakan kerja Juli Ernawati of Maybank, Ipoh - thanks so much dear ... ( nak bawak ke KL katanya )



 

 Cake : Kek Buah Kukus
  Saiz   : 8"pan
  Deco : Fully Fondant
  Flower : Handmade SugarFlower
  Price  : starts/bermula dari RM200.00 ( termasuk kotak gubahan idea SSC )

** contact via whatsapp or text @ 012-5745187









Kek Kahwin Buttercream

Assalamualaikum ...


.... terima kasih Farah & Keluarga sepupu Farah atas tempahan kek kahwin ini - mohon maaf sebarang kekurangan dan kecacatan ... penghantaran terus ke rumah pengantin di Kampar, Perak lansung makan kenduri - terima kasih sekali lagi ...

















Kek kahwin : Kek Butter Vanilla dan Kek Lapis Strawberry







 Konsep susunan Kek Dua Tingkat bersama Cupcake


Tuesday, December 23, 2014

Saat-saat getir dalam hidup ....

Assalamualaikum ...


... lama sungguh tak update blog - hurmm ... saya banyak luangkan waktu di fb itupun bukannya setiap masa, jika berkesempatan sahaja melalui hp @mobile data - takda apa2 sangat nak dikongsi citer.... cuma saat-saat getir saja yang dilalui sejak kebelakangan ini...

... Kedua orang tua saya tidak sihat - sangat tidak sihat, mak hingga kini masih lagi dirawat di HRPB, Ipoh ... admitted kali ke2 - jahitan pembedahan yang lalu tidak sembuh dan terbuka jahitannya ...anyway, alhamdulillah semalam doktor pakar dah menjahit semula bukaan jahitan lalu cumaaaa ... other sad news, doktor pakar O&G dari KL..Dr Yoon suggested that my mom to undergo Radiotherapy and Chemotherapy to treat her cancer from spreading even though her ovary has been removed on the 1st operation recently - it is just devastating to hear and i know mom could not stand the treatment cos' even little pain she had she cried and her face frown filled with pain ... 

... Bapak on the other hand, diagnosed with Brain Stent Stroke - i don't really know what terms the doctor prescribed but kata mudahnya ... stroke boleh berlaku sekiranya otak kita tidak mendapat secukupnya bekalan darah ... and in my father case - ada darah beku di otaknya dan dia terdedah kepada serangan stroke otak pada bila-bila masa sekiranya dia tidak dapat mengawal emosi atau tekanan tinggi ... it is fatal :-( ... another strike of hypertension or knock on the head or fall down and hit the head ... na'uzubillah - minta dijauhkan Ya Allah ....

... adik-beradik semua berkumpul - silih berganti pulang menjenguk dan menjaga mak bapak selagi terdaya dan termampu dengan kekangan waktu bagi yang bekerja dan berkeluarga ... wang ringgit yang dikeluarkan dan dibelanjakan untuk perubatan mereka sedikit pun tak dapat membalas segala pengorbanan mereka membesarkan kami enam/6 beradik ... namun, ini lah peluang kami untuk meraih sedikit pahala menjaga dan merawat mereka 

.... satu perkara yang berharga saya pelajari adalah ... menjaga orang tua/ibubapa yang sakit memerlukan kesabaran dan berlapang dada yang amat tinggi ... percayalah ... berdoalah bersungguh2 agar kita diberikan kekuatan dan keikhlasan dalam menjaga kedua ibubapa kita ...

... pengalaman ini belum ada titik nokhtahnya lagi - selagi hayat dikandung badan - berbaktilah kepada mereka tanpa mengira penat lelah - kelak mereka tiada nanti .... menyesal pun tiada guna - airmata darah sekalipun mengalir, takkan dapat kita melihat mereka lagi ..

... Mak ... Bapak ... Na minta ampun dan maaf kerana terasa sangat seperti tidak sempurna menjaga mak dan bapak ... sekiranya ada terasa tersinggung dengan layanan yang tidak sempurna dan memuaskan hati ... maafkan lah anak mu ini ...






..... semoga kami adik-beradik istiqomah dalam menjaga kedua orangtua kami serta sabar dan redho .....




Monday, December 8, 2014

Kek Pengantin Si Baldu Merah

Assalamualaikum ...


...renjis renjis dipilis.... - bulan Disember sinonim dengan musim orang naik pelamin - singgahsana Raja Sehari - bakers pun tungkus lumus menyiapkan tempahan kek perkahwinan yang ntah berapa tingkat la tu ya ... saya takda tingkat2 kek minggu ni - sekadar setingkat kek untuk majlis potong kek di malam hari ...

..terima kasih tak terhingga diucapkan pada Puan Maimunah sekali lagi di atas kepercayaannya dengan menempah kek dengan SSC lagi ...

... honestly, kek - kek ini terhasil dari tekanan yang saya alami pada hari tersebut ( kebetulan both parents tak sihat sangat pada hari kejadian saya menyiapkan kek2 tersebut ) kami adik beradik berwasap2 dengan adik yang dirumah menjaga mak bapak ... saya dah terikat untuk menyudahkan kek2 ini dan tak dapat membantu adik menjaga parents haritu ... namun - berkat nasihat kakak dan adik2 lain - selamat jugak kek saya siapkan .... walaupun simple dan nampak mudah tapi menuntut kesabaran tahap tinggi untuk menghasilkan dan menyudahkannya ....

... simplicity is my moto - less is more ....






Kek : Red Velvet Cake aka Si Baldu Merah
Saiz : 9" with 3 layers
Weight : + 1.8kg
Frosting : Buttercream cheese
Wording : made with fondant
Price : RM100.00

** contact via whatsapp/text : 012-5745187




...di samping kek Red Velvet ini, Puan Maimunah juga menempah sebiji kek INDULGENCE utk majlis malam tersebut ... Big TQ kak ....




Kek : Indulgence Cake
Saiz : 9" with 4 layers
Weight : + 1.8kg
Frosting : Chocolate ganache
Wording : made with fondant
Price : RM85.00

** contact via whatsapp/text : 012-5745187



Thanks again Kak Maimunah of SPA, Ipoh



Tuesday, December 2, 2014

Selamat Harijadi Muhd Farid Hakimi & Tahniah

Assalamualaikum ...


.... Dia penghibur di dalam keluarga, dia juga pak lawak, peribadi yang menyenangkan dan terasa senang dan mudah membela aka menjaganya ... hatinya juga lembut ( errr..macam mamanya ..heee ) mudah mengalirkan air mata - teramaatlah sensitif dan tak suka dimarahi sebab dia jarang nakal cuma kekadang peelnya menguji kesabaran jugak ... apa-apapun, dia anugerah terindah dari Allah swt setelah hampir 6 tahun perut ini tidak mengandung ^__^kan shapa-shapa ..


...16 Nov 2014 genap usianya 12 tahun dan juga genap 2 tahun arwah atuknya ( Abah suami ) kembali kerahmatullah .. tanggal 16.11.2012 subuh Jumaat.


... tahun ini, Toksunya aka Tok Ed menjadi penaja rasmi untuk menyambut harijadinya kerana tarikh lahir Tok Ed jatuh pada 17.11.2014 (Isnin ), maka kami meraikan sekali harijadi mereka ... mama ni hanya menaja 2 biji kek yang simple jer ... selalu gitu, bila kek tempahan orang - beria2 mama buatkan tapi utk anak sendiri .. mana dan jer ..hahahaaha .... tak tau la kenapa ...sorry dear ...


... jom layan gambar-gambar bercerita


























TAHNIAH juga mama ucapkan pada Farid di atas kejayaan besar dalam UPSR 2014 baru-baru ni - Alhamdulillah ... Subhanallah ... Syukur ... pada ALLAH swt ...





Tahniah juga buat Adik - Syafiqah Syaza di atas kejayaan dalam peperiksaan akhir tahun baru2 ini ...





..semoga Allah swt merahmati kami sekeluarga .. ameeennn ...




Kek Harijadi Tema Frozen

Assalamualaikum ...


...let it go .... let it go..... dari si kecik sampai la ke besar meminati filem 'FROZEN' ni - saya pun berkali-kali tengok CDnya tak cukup dengan pergi ke panggung wayangnya ... even lil' girl pun amat menyukai Elsa - Anna - Olaf ....

... terima tempahan dari cikgu linda dari SMKUK untuk lil' princess nya - Zhufairah Dhamia 3 tahun -  Happy Birthday Dear ....







Kek Keju Dingin Blueberry

Assalamualaikum ...



..thanks kak Gie - kek keju blueberry untuk makan bersama keluarga meraikan ulangtahun perkahwinan yang ke ....? saya tak tanya pun ^__^





Kek Red Velvet untuk merisik si buah hati

Assalamualaikum ...


Red Velvet Cake adik sepupu saya, Jazmi untuk hari bertandang aka merisik si buah hatinya ...








Kek Pecan Butterscotch

Assalamualaikum ...


... banyak gambar-gambar kek saya tak update kat sini sejak kebelakangan ini - tak tau la kenapa dah ujung-ujung tahun asyik melemau aje - dah tu dilayan pulak ..menjadi2 la lemak lemaunya ... malam ni ada mood baik sikit saya update la gambar-gambar dan cerita-ceita yang tertinggal tu ..


1. Kek Pecan Butterscotch ditempah oleh cikgu sekolah Ulu Kinta sempena cuti panjang persekolahan hujung tahun 2014 - tanda penghargaan dan tanda terimakasih kepada guru2 yang telah mengajar dan memimpin anak2 beliau ...




2. Kek Harijadi Uncle saya utk diraikan bersama dengan staff beliau yang berkongsi tarikh harijadi 17.11.2014







Sunday, November 30, 2014

Kek Hantaran Pertunangan

Assalamualaikum ...


Musim kahwin kenduri kendara dah bermula bila bermulanya cuti panjang persekolahan penghujung tahun 2014 ni.... bakers pun tak senang duduk menyiapkan tempahan-tempahan kek macam-macam kek le ... kek hantaran bertunang ler, kek kahwin bertingkek - tingkek ler, kek utk doorgift ler, kek harijadi pun ada ...pendek kata macam-macam jenis occasion la ... ^__*

saya pun tak terkecuali menyiapkan kek2 hantaran cuma kali ini saya tak dapat ambil banyak tempahan kerana masa amat2 terbatas - mak saya baru menjalani pembedahan buang rahim baru-baru ni ... dan kami adik-beradik keluar masuk hospital menjaga mak - masak makanan untuk mak ... penat ... dan akhirnya kecundang saya bila kena demam selsema, batuk dan runny nose ... dengan hujannya yang tak tentu masa ..kekadang pagi, tengahari pun kekadang turun lebat apatah lagi hujan belah petang bawa ke malam ....

tempahan kek hantaran ni datangnya dari Puan Maimunah dari SPA, Ipoh Pk ... kek hantaran bertunang bentuk hati bertema warna biru untuk anak saudara beliau dan sebiji lagi kek fondant sepenuhnya bertema warna merah jambu lembut untuk kek hantaran anak beliau sendiri pada minggu yang berikutnya ...

terima kasih banyak-banyak Puan Maimunah...


Kek : Kek Kukus Buah
Saiz : 7 inci
Body : Fully Fondant
Deco  : Readymade Gumpaste Flower and Homemade Fondant Flower
Price : Starts from RM150.00


Kek : Kek Butter Vanilla
Saiz : 8 inci, Bentuk LOVE
Body : Buttercream
Deco : Homemade Fondant 5-Petals Flower
Price : Starts from RM90.00





Untuk tempahan akan datang - Whatsapp/Text @012-5745187 - Aza, TQ





Thursday, November 13, 2014

Kek RED VELVET

Assalamualaikum ...


... almost every person that i know loves Red Velvet Cake, even my little dotter also loves red velvet so much ... i do too - i like the velvety texture of the cake and the sweet sourly cream cheese frosting - the combination is like match make in heaven ... *__^




... the order came from my elder son's college mate ... TQ dear ...



......... amat sesuai untuk dijadikan kek hantaran/kek harijadi/buahtangan atau apa2 saja occasions ...........
 contact via texting/whatsapp : 012 - 5745187



Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant