Followers

Tuesday, May 29, 2012

Cupcake HARI GURU

Assalamualaikum ...


..ingatan istimewa dari seorang anak murid kepada guru-guru yang disayanginya...tempahan dari anak Puan Zarina ( Guru SM Jalan Tasek ) ... thank you teacher ...!:-))

 3 types of Cupcakes
RED VELVET, MOIST CHOCOLATE' & CARROT WALNUT


HAPPY TEACHER'S DAY

.... Adik saya, Cikgu Anis juga ada meminta dibuatkan kek utk sambutan Hari Guru di sekolahnya ...

 'Tiramisu In A Cup'

Tiramisu In A Cup with Fresh Cream & Choc Rice
 
Carrot Cake ( Travelling Pack - 1/2kg )


Thursday, May 24, 2012

...aku menjeruk rasa - masam adanya

Assalamualaikum ...


waduhhhh .... kalau bisa gigi-gigi ini bertahan, mahu saja tidak henti-henti aku .....
lantas aku menjeruk rasa adanya ... :-(

ceritanya :- jiran sebelah rumah bermurah hati memberi beberapa banyak biji buah mangga muda ( tak boleh simpan masak kerana akan busuk ) ... sudah dibuat cicah kicap pedas .. tapi buahnya masih banyak lagi -


 ...makanya, jika tidak diapa2-in buah2 mangga itu akan busuk jadinya, jadinya saya mengupas kulit beberapa biji yang muda untuk dijadikan JERUK ... ia - itu lah jadinya menjeruk rasa adanya mulut ini :-)


mula-mula .... selepas buahnya dikupas kulit, dipotong-potong ikut suka - dicuci dan dibilas bersih kemudian ditaburkan garam secukupnya dan dibiarkan berendam dalam garam selama lebih kurang 2 jam.


selepas 2 jam, bilas buah2 mangga tersebut dgn air bersih dan ditaburkan pula dengan garam GULA ( dah mula merapu la pepetang ni dgn perut kosong/mata ngantuk ) secukup manisnya ... :-)) kemudian boleh lah disimpan di dalam peti sejuk untuk mendapat lagi sedap dan enak memakannya ... kerupp ... kerupp bunyinya bila dimakan ( tetap ranggup rasanya )


ini - selepas beberapa hari di dalam peti sejuk ... lagi sedap rasa manis masam masinnya bila sudah sebati sepenuhnya.


errr ... saya tengok ni pun dah kecur air liur - sebbaik hari ini saya masih meneruskan berpuasa di bulan REJAB :-)) selamat gigi2 aku ... hahahaha

...sapa2 teringin, cuba la cari mangga muda ya


Tuesday, May 22, 2012

Menu Tengahari ini ( 1 Rejab ) .... dan kelebihan Bulan Rejab

Assalamualaikum ...


Alhamdulillah ... 1 Rejab hari ini, dan kebanyakan umat Islam mengambil kesempatan kedatangan bulan Rejab ini dengan berpuasa sunat - begitu juga saya. 

Dalam berpuasa pun, masak tetap kena masak ... :-) anak-anak nak makan ... saya pun kira dah lama tak post  menu masakan - jadi, saja2 la nak share kat sini - menu apa saya masak untuk tengahari ini - kalau licin, menu makan malam pikir lain ... heheheheh.


Tumis Sotong Besar ( sepupu 'Late Paul' ) :-))
 - seekor sotong besar
- 5 sudu makan homemade cili paste ( cili kering+bawangkecil+bawang putih+sedikit halia )
- 1 batang kulit kayu manis & 3 kuntum bunga lawang ( saya gunakan utk menyah-bau sotong )
- 1/2 cawan air asam jawa
- garam dan gula
- sedikit air ( sekiranya kuah kurang )
- minyak secukupnya utk menumis



Ayam Masak Kurma 
- 1/2 ekor ( bahagian isi dada ) ayam dipotong ikut citarasa
- 2 biji kentang di potong ikut citarasa
- 3 biji bawang sederhana besar
- santan dari sebiji kelapa
- 3 cawan air
- 1 paket rempah kurma ADABI

cara memasak, sila ikut arahan di belakang paket rempah kurma ADABI ini :-)


 Kangkung Tumis Belacan
- 1/2 kilo sayur kangkung
- 3 biji cili merah
- 2 biji cili burung ( jika nak pedas lagi )
- 5 biji bawang kecil
- 3 ulas bawang putih
- sedikit belacan bakar
- sedikit ikan bilis/udang kering
- garam & gula
- minyak untuk menumis

Cara saya yg sangat mudah :- tumbuk mesra ke semua bahan2 di atas kecuali kangkung dan minyak. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yang ditumbuk tadi - bila naik bau ... boleh masukkan sayur kangkung - goreng rata hingga masak, Angkat dan hidangkan panas2 ... pasti terangkat :-))


SELAMAT DATANG 1 REJAB

                            

Berkongsi Info - Sila Baca dan hayati, terima kasih.

Dipetik dari sumber :- LAMAN WEB RASMI JAIS
Sila klik SINI

ADA APA DENGAN BULAN REJAB Print
Rejab ertinya mulia atau agung. Bulan Rejab begitu dianggap mulia khususnya bangsa Arab. Orang-orang Arab menamakan bulan Rejab kerana pada masa dahulu mereka begitu memuliakan bulan tersebut dengan berbagai cara, di antaranya: 

1.   Mereka menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan menamakan korban itu dengan nama Fara'
2.   Menjelang 10 Rejab, mereka kan menyembelih seekor lagi unta dan korban ini dinamakan Utairah
3.   Sepanjang bulan Rejab, mereka diharamkan berperang dan berbunuhan
4.    Pada tanggal 1 Rejab, mereka akan membuka pintu Kaabah sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai beribadat  sepuas-puasnya.

Walaubagaimanapun,setelah kedatangan Islam,sebahagian amalan tersebut tidak dilakukan lagi seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam"
                                                                                                        (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 

BULAN REJAB DI DALAM AL QURAN DAN AS SUNNAH 

Al Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyebut secara tidak langsung iaitu Surah al Baqarah(ayat 194 dan 217) dan surah At Taubah (ayat 2,36 dan 37)
"Mereka bertanya kepadamu(wahai Muhammad) mengenai(hukum)berperang dalam bulan yang dihormati, katakanlah"Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi(orang-orang Islam) dari jalan Allah,dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat(orang-orang Islam) ke Masjidil Haram(di Mekah),serta mengusir penduduknya dari situ,(semuanya itu) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah SWT. (Al Baqarah ayat 217)

Bulan Rejab merupakan salah satu daripada Al Ashur Hurum selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah) 

Manakala kebanyakkan hadis menceritakan amalan berpuasa dalam bulan ini walaupun tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa. 

Seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya"Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama"Nabi bersabda"Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik?Kata lelaki itu"semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam "Maka tanya Rasulullah SAW"Kenapa kamu seksa diri kamu?Lalu sabdaNya"Berpuasalah pada bulan sabar-yakni bulan Ramadhan dan satu hari dari setiap bulan"Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya!Ujar lelaki itu"Berpuasalah dua hari!Sabda Nabi."Tambahlah lagi"Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda"Berpuasalah dalam bulan suci(haram)lalu berbukalah!(kemudian diulangi sebanyak 3 kali)sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan"(hadis riwayat Ahmad, Abu Daud,Ibnu Majjah dan Baihaqi dengan sanad yang baik)
 
PERISTIWA PENTING BULAN REJAB 

 1. Hijrah Pertama Dalam Islam 
    Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
    Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi. 

 2. Israk dan Mikraj
     Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
    Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Islam wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih. 

 3. Peperangan Tabuk
    Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW. 

4. Pembebasan Baitul Maqdis
    Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya     ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali     tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel. 

 5.Lahirnya Imam Syafie RH
    Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.
 
Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadis-hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah.  

Namun masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita tunaikan di bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan seperti qimullail, puasa Isnin dan Khamis. Tadarus Al Quran dan lain-lain lagi.Memperbanyak puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita tidak terkejut apabila menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan. 

Friday, May 18, 2012

Happy Birthday Ween & Yon - BB Cheese Cake lagi

Assalamualaikum ...


..this time tempahan dari kawan sekolah dulu jugak, Yuslina - untuk harijadi dua orang anaknya ( dekat2 tarikh )
..sepanjang minggu ni sahaja tempahan semua nak BBCC baik utk Birthday mahupun Mother's Day :-) dan responds nya pulak ... semua menyukainya dan menghargainya - terima kasih banyak2 wahai teman-temanku semua ..! ( teman lama mahupun yang baru sebgai customers )..



Blueberry Cheese Cake

Wednesday, May 16, 2012

Blueberry Cheese Cake - lagi for BD cake

Assalamualaikum ...

...:-)) this Friday will be another Blueberry Cheese Cake for Birthday -

for now, thanks Fizah Harun for the order - 1st time and thank you very much for sweet appreciation :-)






# 1 - BBCC

Assalamualaikum ...


..you're #1 .. you're #1 for me ... ooo ooo  :-) latest song ( second album ) by Maher Zain.

..it's wordless wednesday today ya ... ermmm - never mind, i like a lil' bit of text, pics or sound here and there on Weds..:-)

..so, #1 for me at the moment @ my HomeCafe' will be BLUEBERRY CHEESE CAKE ... yippieee yeayyyy.

..since last weekend and until coming weekend, BBCC has been #1 cake choice @ SHC' mostly for Birthday Cake :-)

tinggg...!

- check this out, BBCC has been taken by the owner last nite for mom's day celeb .. thanks again ETA! last entry of Moist Choc Cake for M's Day was from her too...




Blueberry Cheese Cake - Baked
7" pan

Tuesday, May 15, 2012

..."pressure test" - Masterchef

Assalamualaikum ...


..that was exactly how i felt yesterday afternoon :-)) 0 the pressure ..pressure test ... received sms from a friend - wants to order 2 cakes for Mother's Day celebration and she wanted them later at nite ... adoiii - nak tolak, kawan ... terima msg dah melepasi tengahari hendaknya malam hari - keknya Moist Chocolate Cake with fresh fruits and choc sauce frosting ( 2 )

... yang bestnya banyak stock dah clear the weekend before - nak tak nak gunalah apa2 bahan yang ada di rumah, cuma ke kedai beli fresh fruits - strawberries & kiwis..

... anyway, thanks so much Eta for the orders ( selain 2 biji kek cokelat tu, hari ini dia nak sebiji kek lagi tapi cheese cake pulak 0 Blueberry Cheese Cake with fresh fruits - 7" )

Tempahan Eta -



Kek Cokelat Lembab ( feat. Blueberry sauce ) & Sos Cokelat 
dengan buah2an segar
6" pan


Monday, May 14, 2012

Carrot Cake & Butter Marble Cheese Cake (recipe)

Assalamualaikum ...


..Ustazah Habibah menempah lagi kek2 tapi dalam bentuk saya panggil 'Travelling Pack' atau untuk makan-makan sorang2 ..:-) maklum la Ustazah ni bujang lagi - manis orangnya... Tima kasih ya... Uztzh.

Carrot Cake with Cream Cheese Frosting
++1/2 kg ( ++500gm)
Hanya RM20.00 sahaja

 Butter Marble Cheese Cake
++450gm
Hanya RM20.00 sahaja

Selain Ustazah, Cikgu Diana yang mengajar di sekolah yang sama dgn Ustazah Habibah pun ada order kek yang sama juga tapi dalam bentuk loyang yang besar ... tima kasih ya Cikgu Diana ...harap2 enjoy kek tersebut.

Butter Marble Cheese Cake - 8"
( more than  1.1kg )


Kongsi Resepi : BUTTER MARBLE CHEESE CAKE
                        ( Acuan : 20cm/8" )

Bahan A
185gm butter
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula halus
1 cawan tepung naik sendiri/tepung kek
2 biji telur

Bahan B
250gm cream cheese
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara:-
1. cairkan butter, masukkan koko dan kacau sebati
2. pukul gula dgn bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi sebiji. bila sebati, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata. ketepikan dulu.
3. Dalam bekas lain, pukul cream cheese dgn gula dan esen vanilla hingga sebati. kemudian masukkan telur dan susu segar - pukul lagi hingga sebati.
4. tuangkan adunan koko berselang seli dgn adunan cheese ke dalam acuan yang telah dilengser dengan butter. kemudian lorekkan dgn cake tester/toothpick untuk hasilkan corak batik/marble.
5. bakar hingga masak. seeloknya biar kek semalaman sebelum dipotong. sedap juga makan sejuk2.


Anak saya, si Farid gendut tu ... separuh kek ni dia bawak sekolah pagi tadi - licin abis katanya, makan dengan kawan2.


Cheddar-Thyme Biscuits ( wt. recipe )

Assalamualaikum ...


i've been mean to try to make such biscuits that use cheese & herbs together as main ingredients so again i google search and i found recipe that simple & easy to try for 1st timer ... so here is the recipe

source : allrecipes.com
Click : HERE for the original site

Ingredients

  • 2 cups flour
  • 4 teaspoons baking powder
  • 3 tablespoons white sugar
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1/2 teaspoon cream of tartar
  • 1/2 cup butter or margarine
  • 3/4 cup milk
  • 1/2 cup shredded Cheddar cheese
  • 1 tablespoon chopped fresh thyme

Directions

  1. Preheat the oven to 425 degrees F (220 degrees C).
  2. In a medium bowl, stir together the flour, baking powder, sugar, salt and cream of tartar. Cut in butter using a pastry cutter or a fork until it is the size of peas. Make a well in the center of the mixture and measure the milk, cheese and thyme into the bowl. Gently mix until a soft dough forms.
  3. Roll or pat out on a floured surface to 3/4 inch thick. Cut into circles and place on a baking sheet.
  4. Bake for 10 minutes in the preheated oven, or until the bottoms of the biscuits are golden brown.  

Ulasan :- 
rasa biskut ni lemak2 masin mungkin disebabkan cheddar cheese yang sediada masinnya, kemudian saya guna salted butter ...so, maybe terrr masin la kut tapi sedapppp ... cuma bila sejuk dia dah tak ranggup di luar lagi, jadi seeloknya makan panas-panas bersama secawan teh AHMAD yang nyaman di waktu petang ... :-)
 

.... terukir di bintang, tak mungkin hilang cinta ku pada mu ....

Assalamualaikum ...


...terngiang-ngiang lagu ni di benak fikiran saya, sedari tadi di dalam kereta duk humming lagu Yuna ni dan tak semena-mena dimainkan di corong radioSINAR lagu ni pada masa yang sama - tersengih saya :-)))

......Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu....


- bagi yang bercinta - baru bercinta - sedang bercinta - lama bercinta ... bait-bait lirik ini, kena sangatlah kan

cuma bagi saya, dia lah BINTANG hati saya

MAK

Saturday, May 12, 2012

... Gambar Bercerita : Part 2 - Hepi Birthday Abah

Assalamualaikum ...

Blueberry Cheese Cake
Fresh Fruits Topping/Deco ( Strawberries & Blueberries )
fresh cream
Fondant Lettering

Happy Birthday ABAH






*** Ordered by Juli ( herself ) for her Father In Law ( 11.05.2012 ) birthday celebration. Thanks so  much Juli :-)

.... Gambar bercerita Part 1 : Angry Birds lagi

Assalamualaikum ...


Blueberry Cheese Cake
Angry Birds Edible Image
Angry Birds Miniature Set
Fondant Lettering
HAPPY BIRTHDAY LEONARD






*** ordered by friend's of Juli ( forgot to ask the name ) -- to be taken to KL ( Saturday - no full story )..
THANKS SO MUCH for the order and Thank You Juli for yr recommendation.


Wednesday, May 9, 2012

...cerita Peach Cheese Cake

Assalamualaikum ...


:-) dah malam hari Rabu - dah dinner lum semua? saya bernasi goreng lagi malam ni ... itu je menu yang simple anak2 mahu makan ( belah malam ) kena digoreng bersama sosej ayam sebagai perencah utamanya .. mahu berpinggan2 diulang2 makan kalau kita tak mengingatkan ada yang tak makan lagi .... especially fiqah & farid, mmg hantu nasi goreng begini ...

siang tadi saya bereksperimen dgn cheese cake ( bukan dah kaya sampai cheese cake pun boleh buat eksperimen .... maklum bahan2 dia mahalkan ) ... saya sebenarnya mencuba satu kaedah penyediaan cheese cake ( bake ) di mana kuning telur dan putih diasingkan semasa 'mixing' ... putih telur tu di'meringue'kan dulu, kuning telur pula diadun bersama cream cheese dan gula semua ... ikut teori, putih telur yang 'dimeringue'kan dan disebati bersama adunan lain akan menghasilkan kek yang ringan dan gebu - memang betullah tu ...

lihat ini -


gebukan...? baru keluar dari oven ( selepas biarkan sejuk sedikit di dalam oven ) ni ... selepas sejuk betul ( simpan dalam petisejuk ) saya keluarkan cheese cake peach ni dan letak di dalam pinggan, texture-nya jadi berlubang-lubang dan tidak licin ( not smooth ), mungkin cara penghasilan saya tidak betul kut bila mengaup-balikkan putih telur 'meringue' ke dalam adunan cream cheese - tapiii .. tu lah ini kali kedua sebenarnya saya mencuba kaedah ini, ingatkan kali pertama dulu yang tak betul lagi ... hehehehe

ini hasilnya -


nampak tak berlubang-lubang texture cheese cake ni ... ? hurmmmm - bila makannya pun macam ada terasa gigit angin satu2 masa - so, betullah kaedah ini tak sesuai utk cheese cake - well, saya ingat .. bila cuba kaedah ini dapatlah kek keju yang tinggi sikit sebabnya siapa yang biasa buat kek keju bakar akan alami kek yang padat tapi tak naik/tinggi lebih2 lagi bagi yang gunakan resepi TANPA TEPUNG macam saya ... bagi yang menggunakan sedikit tepung dalam adunan..rasanya takda masalah tentang ketinggian cheese cake kan ... cheese cake saya 'pure' tanpa tepung .. semata2 cream cheese, sour cream/yogurt, telur bagi resepi bakar/baked dan cream cheese + whipped cream bagi resepi sejukbeku/chilled ....

sesudah dibedah-siasat atau post-mortem ...


inilah rupanya setelah di'makeover' dengan puree peach & slice peaches .... dalam rupa tak seberapa ni ... dah tinggal separuh dah kek ni ( pada masa saya menulis ni :-)))  pun ....

Resepi Peach Cheese Cake ( olahan saya ) untuk kaedah di atas

Biscuits Base
apa2 biskut ( pun boleh ) yang dihancurkan halus dan diadunkan bersama mentega cair - tekan2kan biskut hancur ini ke dalam loyang bulat bersaiz 7" ( sebelum tu alaskan loyang dgn parchment paper ) hingga padat dan ketepikan dulu.

Cheese Filling
250gm cream cheese ( pada suhu bilik tapi jangan terlalu dibiar lembut )
140ml peach yogurt
2 biji (A) telur ( asingkan kuning dan putih telur. Putih telur diputar asing utk dijadikan meringue dulu )
1/2 cawan gula castor
1 sudu kecil esen vanila
Beberapa potong buah peach dalam tin dan dipotong dadu.

Caranya
Masukkan cream cheese ke dalam mangkuk adunan dan putarkan bersama gula hingga sebati dan creamy. Masukkan kuning telur dan esen vanila dan putar lagi kemudian masukkan peach yogurt dan putar hingga sebati, dan akhir sekali masukkan adunan putih telur dgn cara kaup-balikkan ke dalam adunan cream cheese tadi.
Jangan lupa masukkan potongan dadu buah peach dan gaul sekejap.

Keluarkan loyang berisi biskut/base dan tuangkan adunan cream cheese semua, masak pada suhu 140-150 darjah celcius selama 50 minit atau hingga kek nampak tegang dan brownish sikit atasnya. Kaedah bakar saya senang je ( tak perlu waterbath ) cuma saya lapik loyang adunan dgn satu loyang empatsegi bawahnya ....

sekian :-)) cerita untuk malam ini .... cerita kedai cafe' ... cerita kedai cafe'




Tuesday, May 8, 2012

Perkongsian - Doa 12 Pintu Kebaikan

Assalamualaikum ...


Doa yang diajarkan oleh Dato' Dr Fadzilah Mohd Kamsah .... ada di sebelah kanan post, saya amalkan sesudah solat - insyaAllah, Allah jua Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun :-)

Sunday, May 6, 2012

Happy Birthday Opah & Firdaus

Assalamualaikum ...


...:-)) tertinggal pulak nak upload gambar ni kat entry Anniversary Shima ... selain dari kek anniversary Shima, dia juga order sebiji kek Butter Marble Cheese untuk harijadinya Maknya yang diraikan bersama ...kebetulan HJ anak saudara sekali dekat2 ( rasanya ) maka ... disatukan dua nama dalam satu kek ...tqsm shima ...


Ustazah & Ana ulang tempahan & Fast Sale @ school

Assalamualaikum ...


.... ustazah Habibah mengulang tempahan dan kali ini dia menempah Blueberry Tiramisu Cake & Carrot Cake, Tima kasih ustazah ... dan tima kasih jugak sbb akan menempah lagi, insyaAllah ...

BB Tiramisu Cake & Carrot Cake

... yang di bawah ini pula - untuk 'Fast Sale' ...

 
 Kek Karamel Pelangi, Kek Cokelat Lembab, Kek Lobak Merah,
Kek Lapis Pandan, Tiramisu in A Cup with fresh cream topping 
&  Pandan Kastad Layered Cheese in A Cup

Tempahan dari Ana yang balik bercuti hujung minggu di Ipoh baru2 ini ....

Moist Chocolate Cake & Blueberry Cheese Cake feat. Kiwi

Thank You Ols ... :-))


Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant