Kek Hantaran Fondant

Kek Hantaran Fondant

Followers

Showing posts with label Kelas - Cupcake Fondant. Show all posts
Showing posts with label Kelas - Cupcake Fondant. Show all posts

Monday, April 29, 2013

Kelas Asas Dekorasi Fondant

Assalamualaikum ...


...alhamdulillah, dalam keadaan yang tak berapa sihat dapat juga menjayakan kelas asas dekorasi fondant semlam dgn peserta/anak murid jauh datang dari KL sanggup belajar dgn saya ... syukran Ya Allah... ianya lebih kepada belajar sambil bercuti buat keluarga peserta ini ....

... saya perkenalkan Saudari Zalini Ramli aka Lyn bersama keluarga bahagianya ... anak perempuannya sungguh comel dan keletah..!



Menurut Lyn, dia telah banyak hadiri kelas-kelas berkaitan baking ni dan belajar teknik2 pembuatan kek dan hiasan kek - rajin belajar orangnya ... dan cekap pulak tu ... ^__^  belajar kelas asas fondant di Ipoh ni kira tempat yang paling jauh dia pernah pergi menuntut ilmu 'baking' ni .... dan dia pun kira anak murid saya yang paling jauh pernah datang belajar di kelas saya yang tak seberapanya ... anyway Lyn... terima kasih banyak2 - begitu juga dgn suami beliau yang sanggup membawa isteri dan anak2 hingga ke Ipoh menuntut ilmu dan bercuti sekaligus ...

... jom saya kongsikan gambar beliau dan hasil kerjanya yang cantik ... 






... memang cantik hasilnya ..! tak susah pun bila sudah tahu asasnya ... dan dah boleh ambil tempahan dah ni..!

*** sesiapa yang berminat boleh la hubungi saya bila2 masa utk booking kelas ya .. maklumat lanjut, ada di sebelah post ini ***




Sunday, February 17, 2013

Kelas Asas Dekorasi Cupcake Fondant





Assalamualaikum ...




SIMPLY SWEET & CHEEZY @Syaza lil’ Kitchen



Kelas Asas Dekorasi Cupcake Fondant

Masa : Kelas Satu Hari, bermula 9.00am – 1.00pm
Hari   : Hari Biasa ( atas permintaan ) / Sabtu / Ahad
Yuran 1  : RM150.00
Yuran 2 : RM180.00 ( termasuk starter tools – 3 alatan )
Peserta  : Min 1 orang, Max 3 orang

Topik :
  • Pengenalan kepada Fondant atau ‘Sugarpaste’
  • Demo – Bagaimana membancuh fondant dari mula
  • Resepi fondant
100% hands-on :
  • Mewarna fondant/sugarpaste
  • Bagaimana menutup cupcake dengan fondant
  • Mempelajari menghias 9 biji cupcake dengan 3 jenis design ( seperti di atas )
-          3 jenis bungaan ( rose, daisy, 5-petals )
-          3 jenis figurine ( angry bird, ladybird, butterfly)
-          3 jenis bebas ( termasuk alphabets, ‘cherry on cupcake, hat/topi )
- Ready-homemade cupcake disediakan sebanyak 9 biji untuk setiap Peserta.
- Ready-homemade Fondant juga disediakan untuk setiap Peserta.
*** Dekorasi cupcake fondant yang sesuai dan mudah yang boleh dijadikan set hantaran pertunangan atau perkahwinan atau majlis harijadi atau sebagai buahtangan dan sebagainya.


Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant