... kehadirannya 9 tahun lalu memang dirancang, memang diinginkan dan memang dinantikan .... setelah hampir 6 tahun tidak menimang bayi ... bila melihat kelahiran anak adik - hati seperti terpanggil2 utk menimang cahaya mata semula .... selepas mendapat anak kedua, saya merancang kehamilan sebab jarak antara anak pertama dan kedua dekat sgt dalam 11 bulan - jadi kami merancang lagipun baru berkeluarga - kira muda lak lagi :-)
merancang punya merancang tak sedar dah nak masuk 6 tahun so - hint2 kat en. hby ... mendapat respons yg baik maka saya keluarkan IUCD yang dah lama bertapa di semayamnya ( betui ke ayat tu?) .... buat appointment dgn doktor pakar - dikeluarkan terus - projek berlansung - tau2 bendera merah diharapkan muncul seperti biasa ... menyembunyikan diri - sudah ..... buat PT sendiri - sah2 le melekat ... hahahhha ... kan baru nak kata saya ni subur .....;-) rejekiii....
... sepanjang kehamilan bersama Farid ... tiada masalah sangat - tapi selera makan saya memang meluap2 - akak ENJOYYYYYYYYYY tiap kali pregnant sebab boleh makan apa saja tolak batu kayu besi jer orang kata ... tu sebabnya badan ni bagai dipam pam kembang nya ... sampai kawan opis tegur baju mengandung yang free size besar tu pun nampak macam balut nangka jer di badan saya - bayangkan laaa.... hahahahaha
Farid dijadualkan melihat dunia dalam bulan Ramadhan tahun 2002 - saya hanya dapat berpuasa sehari sahaja pada bulan Ramadhan itu - memang tak larat lansung dan dah 'due' masa tu dan jugak sepanjang bulan tu rasanya 2 kali false labour .... perut dah tak larat nak bawak - besar sangattt - orang ingat kembar kut .... memang macam belon!
akhirnya penantian itu hadir pada 11 Ramadhan, bersamaan 16.11.2002, pukul 11.30 pagi - semuanya ada kaitan dengan no.11 :-)
...dan kelahirannya - SUBHANALLAH .... hampir2 meragut nyawa saya :-( beratnya masa lahir 3.98kg! the biggest so far in the family at tht time ...apa yang terjadi - urinya tak mahu keluar dan melekat .... dua orang doktor wanita cuba sedaya upaya untuk mengeluarkannya secara biasa dgn memicit2 perut tapi tak jugak mahu keluar - hampir stengah menunggu pun - uri tu tak mau keluar dan itu satu situasi membahayakan - doktor Roslina ( Doktor bersama ) cuba menggunakan cara MRP ( Manual Removal Placenta ) pun tak dapat sebab tak sampai ... errrr - anda tahu ke kaedah MRP tu macamana...? haaaaa.. jangan terkejut sbb saya sendiri pun hampir nak putus nyawa - kaedahnya dengan memasukkan tangan doktor ke dalam saluran bayi keluar dan cuba menarik keluar plancenta atau uri tersebut manually ( bila kritikal selalunya buat pembedahan segera ) - malangnya tangan Doktor Roslina tak sampai .... Allah - bayangkan lah keadaan saya yang separuh tak sedar tu .... akhirnya terpaksa dipanggil Doktor Pakar dari Hospital Pantai Puteri utk melakukan MRP juga and this time - eeeeeee ... nak citer pun dah terasa ngilu sangat ni ... bukan tangan doktor pompuan tapi dalam keadaan darurat antara hidup dan mati - doktor lelaki terpaksa melakukannya dan saya masa tu bagai terasa jantung saya yang dikorek2 oleh doktor - betul la orang kata melahirkan seorang insan ni bagai bertarung dgn nyawa ....
alhamdulillah - tak lama pun, akhirnya semua uri dapat dikeluarkan ... owwwhhhhh - bila diingatkan balik - rasa ngilu dan jadi penat saya dibuatnya ... satu pengalaman yang Allah saja tahu hikmahnya....
bagi bakal2 ibu diluar sana - jaga lah kandungan baik2, suburkannya dgn ayat2 al_Quran dan perbanyakkan doa .... walaupun saya menempuhi saat yg sukar semasa melahirkan Farid - kalau ianya dapat menyuci dosa2 lampau saya - alhamdulillah saya redha ... dan kehadiran Farid sangat istimewa juga kerana semasa dia dilahirkan 'sarung atau karung'nya tak pecah kata mak saya .... takda serabai la orang kata - elok je pecahnya ... so kata bidan saya, kena 'sambut' bayi ni - caranya sepanjang 7 hari kelahirannya, di hari pertama dilapikkan tempat tidurnya dgn 7 kain batik/pelikat, selepas sehari sehari selama tujuh hari dikeluarkan kain batik tersebut ... eeeeerrmmm .... tak pulak tanya kenapa buat macam tu kan - malas nak bertanya pun, ikut je kata bidan janji takda perkara yang ditegah agama - fine with me .... tapi lebih kurang penerangan bidan - kelahiran ini bagai menyambut seorang pahlawan .... gitu le lebih kurang ......
wahhhh ... bersejarah jugak kelahiran Farid ni -
'Pak Lawak' in the family .... |
untuk harijadinya yang ke-9 ni seperti biasa mamanya ni sibuk lah membuat kek - kek2 biasa dah jemu mereka merasa so saya cuba kek baru yang dah lama teringin nak buat iaitu samada Kek Cokelat Indulgence atau pun Kek Opera - akhirnya saya pilih kek Opera sbb senang sikit .... kut ...
Resepinya sila ke blog Masam Manis oleh Azlita - tabik spring akak kat Azlita ni - gambar2 yang dirakamnya sangat2 professional ... dan gambar2 kek dan desserts, meleleh terliur dibuatnya .... terima kasih ya Azlita dan sekarang saya menjadikan blognya sebagai rujukan ..... :-) Sila klik di sini untuk melihat resepi2 kek - wajib datang sini tau ...!
My First time attempt ever - Opera Cake
Ulasan utk kek ini - secara peribadi saya tidak dapat menikmatinya setengah mati seperti kek berasaskan cream cheese kerana kek Opera ni terlalu 'rich', ada buttercream ( erkk ) dan rasa mochanya yg agak kuat ...
tak boleh nak makan selalu - dan memakannya kena manja2 gitu ... alahaiiii ..... so, saya belum mahu mencuba membuatnya utk kali kedua buat masa terdekat ini - lapisannya pun saya tak berpuas hati sangat .... saya lemah bila bermain dengan butter .... tak suka lansung! apa lagi nak memakannya ... oooooo - terlalu lemak yang kosong bagi saya ....
No comments:
Post a Comment