Followers

Saturday, November 5, 2011

Salam Aidil Adha .... & cerita ceriti

Assalamualaikum ...

:-) .... insyaAllah kita akan sambut HariRaya Qurban/Hariraya Aidil Adha/Hariraya Haji pada esok hari ... Labaikallah Hummalabbai ... dan alhamdulillah ... dapat juga saya berpuasa sunat 9 Zulhijjah hari ini - to be honest ( kata omputih ) - bukan mudah mendidik diri bagi perkara yang kita tak biasa amalkan seperti berpuasa di bulan Zulhijjah ni tapi alhamdulillah dapat juga saya laksanakan 3 hari berturut-turut bermula dari hari Khamis haritu ... :-)

So, masak apa utk hari raya esok ni? dah tentu menu utk hari esok menu daging Qurban kan...? :-) saya masak rendang ayam je tadi then en. hby dah tempah lemang dari jiran sebelah lorong ni ... anyway, saya sekeluarga akan beraya di rumah makbapak saya ... :-) dan akan bertolak dalam pukul 10+ karang ....

eeemmmm.....nak sambung cerita ceriti makan la utk semalam dan harini ....

semalam - saya masak jugak SPAGHETTI CARBONARA untuk hidang berbuka puasa saya ... sebbaik anak2 pun suka, selalunya saya masak spagetti bersos tomato tapi nampaknya carbonara ni pun masuk tekak dorang jugak - walaupun sedikit muak - cheezy wheezy la katakan ...

saya gunakan dua jenis perisa iaitu Prego Carbonara dan Prego Cheese & Herbs - semua kasi masuk dalam satu periuk + sosej mushroom potong2 bulat + 1 1/2 cawan fresh milk .... mak aiiii .. tak ke very de creamy ... but sedap la ... hehehehe ( puji sendiri ... )


resepi ringkas saya :-

- 2 biji bawang besar/Holland ( potong dadu )
- 5 ulas bawang putih ( diketuk dan dicincang halus )
- sos spagetti Carbonara Mushroom dan Cheese & Herbs seperti di atas
- 7 batang sosej with mushroom ( or any flavor ) dipotong bulat ( or ikut suka )
- 1 1/2 susu degar
- 1 cawan air ( kalau perlu sekiranya kuah agak pekat )
- minyak sayur utk menumis

Caranya - seperti kita menumis biasa - the basic .....
- tumis bawang2 then masukkan sosej yang dipotong2 tadi - tumis lagi hingga naik bau kemudian
masukkan sos spagetti, susu segar dan air dan kacau mesra hingga masak ...

senang jer....

No comments:

Post a Comment

Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant