Followers

Sunday, November 20, 2011

...raikan bersama ... Part II ( MalayaTigers )

Assalamualaikum ...

alhamdulillah .... berjaya jugak team bola sepak Harimau Malaya kita melangkah ke FINAL ... Tahniah!
biarlah orang seberang nak mengejek mengeji menghina negara kita - apa yang dorang dapat pun! dasar bangsa mereka begitu - tiada semangat kesukanan tiada semangat serumpun tiada semangat tetangga yang ada cuma semangat provokasi tak kena gaya tak kena tempat ..... what a shame ... :-( sadis


PETIKAN DARI SINI - Sila ke Website ini untuk berita-berita menarik dan terkini tentang MalayaTigers



Ejekan Pembakar Semangat


Baddrol dan Fakri ketika beraksi menentang Kemboja Ahad lalu
Seperti yang dijangkakan, sepanjang 3 perlawanan awal yang melibatkan pasukan bawah 23 tahun negara dicemari dengan ejekan-ejekan penyokong tuan rumah setiap kali pemain Malaysia memegang bola atau melakukan kekasaran.
Namun menurut kapten skuad bawah 23 tahun negara, Baddrol Bakhtiar kekal positif dan menyifatkan ia sebagai pembakar semangat seluruh pasukan untuk bermain dengan lebih baik.
“Tumpuan utama kami ialah menewaskan Indonesia di hadapan penyokong nanti,” jelas Baddrol Bakhtiar yang tidak mempedulikan ejekan penyokong tuan rumah sejak perlawanan pertama lagi.
“Sejak menentang Kemboja lagi, kami diejek sebaik mendapat bola tetapi saya dan rakan-rakan menjadikan itu sebagai motivasi bertindak lebih bersemangat mencari kemenangan. Saya anggap ia sebagai sokongan kepada kami. Pada tiga perlawanan lalu, kami seakan-akan bermain di Singapura, Thailand dan kemudian Kemboja walaupun semuanya berlangsung di Gelora Bung Karno apabila penyokong tempatan memberi sokongan padu kepada lawan kami. Namun ia sedikitpun tidak melunturkan semangat kami terus memburu kemenangan.”
Disamping itu Baddrol juga berkobar-kobar untuk memastikan kemenangan dalam perlawanan terakhir kumpulan menentang Indonesia Khamis ini.
“Walaupun sekadar perlu seri pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, kami akan berusaha menamatkannya dengan kemenangan.”
BRAVO MALAYSIA ..!!! ( SHC )

No comments:

Post a Comment

Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant