Followers

Monday, August 1, 2011

1H1R (1) - Rendang Ayam Simple

ok...selalunya anak2 kita suka makan ayam esp. ayam goreng tapi kalau dah selalu goreng - jemukan... dan anak2 kecil pun tak betah makan pedas2 - tu sebab dorang suka goreng ala2 KFC tu..anyway, bila saya biasakan masak Rendang Ayam ni dan menggunakan cili kering yang tak berapa pedas - mereka amat menyukainya dan kekadang meratah rendang tu mengalahkan kita yang memasaknya....hmmmm...:-)

so, ingredients/bahan2nya amatlah asas - mudah didapati - tak payah segala macam rencah herba fancy2 tuk memasaknya - bebudak bukan kira itu semua, janji sedap dan tak pedas..
yang penting bahan asas yang mesti ada CILI PASTE... err...cili boh/cili giling/cili blender apa2 yang dipanggilnya lah... tapi utk lebih kick..tolonglah buat cili giling tu sendiri - homemade ya ... senang jer malah boleh tahan simpan agak lama dalam peti ais.... kalau beli cili boh/cili giling dipasaran ni - kebanyakannya ada bahan pengawet wlpun ditulis situ TANPA BAHAN PENGAWET - boleh percaya ke? hmmmm

ini dia bahan asas buat CILI PASTE - sukatan ikut citarasa ( trust me - follow your instinct - practice makes perfect ....) - pasti menjadi juga.. tak payah pening2 kepala nak guna berapa biji bawang ke, berapa banyak cili kering ke, berapa inci halia ke .... don't waste yr energy to measure...pleaseee.....


Bahan2 ni semua di'blender' ya .. masukkan sedikit air untuk melancarkan mesin pengisar tu. walllaaaa...jadilah cili blender kita seperti gambar sebelah tu ( dah nak abih dah tu ... bila kita ada cili paste ni - kerja jadi mudah ... nak buat rendang daging ke, tumis udang ke, tumis ikan bilis ke ... inilah bahan2 cili paste saya gunakan - just dump everything & cook....)

BAHAN-BAHAN UNTUK MERENDANG AYAM...



- AYAM ( saya suka potong kecil2 - untuk gambaran di atas, saya hanya guna separuh ayam sahaja bahagian dada + kepak semua )
- SANTAN ( ever ready santan dari sebiji kelapa - pekat sikit tambah 1-2 cawan air )
- DAUN KUNYIT ( dicarik2 saja )
- SERAI ( diketuk2 )
- LENGKUAS ( jika suka dan ada - ditumbuk kasar )



senang aje masaknya ... masukkan saja kesemua bahan2 di atas tadi ke dalam kuali then jangan lupa taruh kunyit serbuk, asam gelugur, garam dan gula utk perasa. Di sini saya menggunakan kerisik juga sebagai penyedap lagi rasa dan sebagai pemekat kuah dan lemak2 gitu serta harummmm bau Rendang Ayam kita ni..
SO ... siap dah 1 RESEPI untuk berbuka puasa nanti ... semua bahan2 basah di atas boleh kita sediakan awal2 - simpan je dalam fridge, balik kerja - keluarkan - rinse sekejap dgn air utk kurangkan suhu sejuknya - kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam kuali dan masak .... tak sampai berjam2 pun, at least 20-30 min hingga kuat pekat sedikit dan daging ayam empuk.

selamat mencuba...:-)

No comments:

Post a Comment

Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant