Followers

Tuesday, October 2, 2012

Nasi Mentega & Panggang Ayam Rendang

Assalamualaikum ...


... selain dari masak Bubur Nasi Beras Perang tadi, saya juga masak nasi yang lain sikit dari biasa ... saja je 'experimenting' iaitu Nasi Mentega bersama Panggang Ayam Rendang ... itu saja menu tengahari :-)) tapi licin jugak ....

... kekadang buntu juga tak tahu apa nak masak sebabnya anak2 tak suka makan ikan, kurang menggemari sayur hijau hanya carrot dan salad saja yang masuk... kalau masak gulai/berkuah .. kuah saja yang licin kontang tapi ikan ke udang ke tinggal terkontang kanting dalam mangkuk ... :-( ... i just hope when they get much bigger and wiser they'll eat everything tolak batu, besi dan kayu jer ....umpamanya.


Nasi Mentega
3 cawan beras ( cuci bersih )
2 ulas bawang putih
3 sudu besar mentega
Air secukupnya
1 sudu kecil minyak masak
sedikit garam
sedikit minyak utk menumis

Panaskan periuk, ( kecilkan sikit api ) masukkan minyak masak dan mentega .... gorengkan bawang putih ( tak perlu sampai garing cukup naik bau sahaja ) kemudian masukkan beras yang sudah dicuci dan ditoskan airnya ... goreng bersama untuk seminit dua saja ...

Masukkan air mengikut sukatan yang biasa kita buat utk menanak nasi biasa dan masukkan sedikit garam. Siap ...



Panggang Ayam Rendang
Basically, resepi ni mudah saja, saya masak rendang ayam seperti biasa... resepinya klik di sini. Sebelum kuah rendang itu nak mengering, saya angkat/keluarkan ayam dan masukkan ke dalam baking sheet dan saya taburkan sedikit ketulan-ketulan kecil mentega di atas ayam dan sedikit herba thyme untuk mewangikan panggang tersebut ... dan saya panggang dalam oven selama 20-25minit begitu ( hingga nampak sedikit garing )

Hidangkan bersama lebih kuah rendang tadi .... selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment

Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant