Followers

Thursday, October 11, 2012

Dunia 'Baker' .... Muffin Cokelat Cip & Kelas Fondant

Assalamualaikum ...


...saya dah berhenti kerja dari syarikat swasta hampir 7 tahun ... atas kehendak sendiri, itu pun suara hasrat perletakan jawatan kali ke-3 baru diterima syarikat... saya bekerja bahagian akaun hampir 12 tahun dan kira berada hampir dipuncak career tapi ... itulah takdir namanya - saya beranikan diri mengundur diri dari bekerja makan gaji dan menjadi surirumah sepenuh masa :-)) No regrets at all !

...hari Selasa baru ni, saya menghantar tempahan MUFFIN COKELAT CIP kepada rakan ( zaman sekolah dulu) yang bekerja di Jabatan SPA, Ipoh.. dia kata ( lebih kurang maksudnya ) senang 'bekerja' macam saya duk rumah buat duit ... dia kata memang bersebab mengapa Islam menyuruh wanita duduk di rumah saja menjaga hal-ehwal keluarga ... saya kata, kalau larat dan bersedia 24/7 'bekerja' di rumah .. boleh la fikir utk berhenti kerja ... :-)

namun hakikatnya - duk rumah ni lagi memenatkan cuma kepuasannya 'at the end of the day' .... worth it! itu saja yang boleh saya katakan ...

...jom - lihat Muffin Cokelat Cip saya ni ...


Apa yang special dan yummy muffin ni .... bila kita gigit, nampak cokelat cip di dalam kek mencair rupanya :-) itu yang tangkap leleh tu ....

... tempahan muffin ni saya terima hari Isnin lalu untuk penghantaran hari Selasa ... nasib jugak hendak dalam 30biji saja.. sempatlah saya sediakan - thanks Nini, SPA Ipoh.

Pada hari yg sama juga ( Selasa ) saya kendalikan kelas hiasan Fondant Asas - atas permintaan Cik Tijah yang nak sangat2 belajar buat deco menggunakan fondant so saya mengajarnya from scratch ...


Hatijah dan hasil kerjatangan fondantnya ...



.... habis bab cerita hari Selasa 9.10.2012.


No comments:

Post a Comment

Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant