...hehehhehe - kalau dah hantu cheese tu - ligat je kepala mereka macam2 makanan dari cheese/cream cheese ... for instant, Cheezy Creamy Chicken Quiche ni ... full of creamy cheeze flavor - bagi yang tak biasa mesti terasa muak sangat memakannya walaupun satu small helping ... tapi saya separuh hidangan saya makan sorang ... hahahahahha .. hadoiiiii ....
let me share the recipe here ...
This is for small portion measurement and make about 14-16pcs of petite quiche - without crust.
Cheezy Creamy Chicken quiche
100gm cheddar cheese - dipotong2 kecil bentuk memanjang atau boleh juga dipotong dadu
1 cawan cream/susu
1 biji telur
1/4 cawan tepung serbaguna/gandum
2 cubit garam
2 cubit lada sulah
1/2 bahagian dada ayam
sedikit parsley atau daun sup
Caranya :-
Campurkan kesemua bahan-bahan KECUALI dada ayam. Kacau sebati hingga mesra. Sebelum itu, goreng sedikit dada ayam dgn garam&kunyit/pepper, bila sejuk - carik-carikkan isi ayam tersebut, ketepikan.
Masukkan campuran adunan cheese dan yang lain-lainnya ke dalam acuan apa-apa yang anda ada :-) dgn sudu, taburkan atasnya sedikit isi ayam ( yg telah dicarik2 sebelumnya ) dan juga taburkan sedikit daun sup/parsley. Kemudian bakar dalam ketuhar dgn suhu 170 darjah C selama 10-15 minit atau sehingga adunan masak - tidak perlu tunggu lama memasak - asalkan ianya sudah kenyal lembut - bolehlah ditutupkan api dan sejukkan ....
...untuk mengelakkan rasanya yang agak muak, sedap dimakan bersama sos cili .... |
No comments:
Post a Comment