... cook & bake with passion and love. it's a journey of home-cooked delicacies ...

Tempat Operasi

Simply Sweet & Cheezy beroperasi di IPOH, PERAK
- harap maklum, terima kasih.
Kepada mereka-mereka yang pernah menghubungi SSC dari luar daerah untuk pelbagai pertanyaan tempahan, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas perhatian anda.

Followers

Tuesday, October 2, 2012

Bubur Nasi Beras Perang ( Ayam )

Assalamualaikum ...

...ermmm - dalam Bahasa Inggerisnya Brown Rice Chicken Porridge kan ...? hehehhehe .... nothing;-)

harini si kecik potpetpotpet Fiqah ( bila sihat mulutnya macam bertih jagung..!) tak sekolah sbb mengadu sakit perut dan muntah-muntah ... hmmmm ... so, as usual mulut manisnya mintak kat mamanya ni masakkan bubur nasi - okaylah .....

bila dah siap masak - 3 kali dia menambah ... sedapppppppp sangatttttt katanya sambil dicanang kat kakaknya yang sama-sama tak sekolah harini - yang besor tu pulak ngadu sakit senggugut sangat2 .... hurmmmmmmm ... 

jomlah saya kongsikan resepi simple bubur nasi ni .... reason saya gunakan Beras Perang sebab nak elakkan bubur yang berkanji :-) try to cut down carb nowadays ...


Resepi Bubur Nasi (Beras Perang) Ayam
2 cawan beras perang
6 cawan air ( secukupnya )
3 cawan stok ayam atau air rebusan ayam ( chicken stock )
3 ketul kecil isi ayam ( elok ada bertulang sikit )
1 biji kentang dibelah 6/8
garam secukup rasa

hiasan :- sedikit daun bawang, sedikit bawang goreng

Caranya :-
- Beras Perang yang saya guna -





Rebus beras perang bersama air serta isi ayam dan kentang dan biarkan masak hingga benar2 lembut dan kembang. Bila airnya baru nak mengering, masukkan air rebusan ayam ( stok ayam buatan sendiri ) dan biarkan masak lagi hingga mesra dan lembut ( ikut kepekatan masing2 ya ). Sudah masak, ketepikan.

Bolehlah dihidangkan dengan sedikit daun bawang dan bawang goreng. Bubur Nasi Beras Perang juga amat sesuai untuk bayi yang baru kita nak perkenalkan makanan pepejal .. tambahkan sedikit lobak merah ... penuh dgn nutrisi pasti semua menyukainya ...

bak kat fiqah .. sedappppppppppppp sangatttttt2 :-) ting!





No comments:

Post a Comment

Kewajiban kita ....

Google+ Followers