Followers

Tuesday, December 27, 2011

Nasi Bukhari Ayam Hitam Manis ( resepi ) .... ( mcm tuannya :p )

Assalamualaikum ...

.... seminggu dari sekarang - persekolahan 2012 akan bermula dan bermula jugak tugas rasmi drebar anak2 ke dan balik sekolah. tak kisah lah kan - asalkan anak2 depan mata

- dah tengahari pun sekarang dan saya masih lagi bersantai2 - dapur memang tak berasap tengahari ni sbb nak keluar utk membeli keperluan sekolah anak2 - ha'ah... tak berbeli lagi - hurmmmm ... dah jenis 'last-minute' semuanya ...

.... nak berkongsi masakan tengahari semalam kami anak beranak yang hingga bawa ke makan malam jugak.

set Nasi Bukhari yang ringkas ....

Rempah Bukhari dan Beras Basmathi

rupa beras basmathi yang sedang masak - beras ni memang
memanjang 3x ganda 

Nasi Bukhari berlaukkan Ayam Hitam Manis, Jelatah &
Papadom ( sajian lengkap yang ringkas )

sekarang ni - tak tahu masak bukan lagi alasan utk tidak memasak... alasan yang ada cuma penyakit 'M' saja.
zaman serba cyber ni - semuanya bergerak cepat dan pantas, even MASA pun kita tak sedar berlalu pergi sekelip mata je ...hurmmmm

untuk masak NASI BUKHARI ni - saya memang tak pernah buat sebelumnya tapi bila blogwalking dapur rakan2 alam maya - teringin sangat pulak mencubanya... tapi tak tahu apa rempah2 yang digunakan so macamana...? ALASAN la tuuu ...

pergi jer ke supermarket atau tesco dan cari Rempah Nasi Bukhari ( spt gambar di atas ) ni - mesti jumpa nye .. then ikut jer arahan di belakang peket tu utk memasak nasi ini - resepi semua lengkap ada ....
dan untuk nasinya ... saya sahaja nak merasa guna beras basmathi - memang sesuai untuk masakan nasi sebegini tapi kalau takda - guna aje beras biasa kat rumah tu - sedap jugak ....
.. cara masak guna beras basmathi ni pun ada bertulis kat peketnya ... so, apa lagi alasan yang kita ada utk tidak mencuba .. hrmmm...?

untuk resepi AYAM HITAM MANIS -
- Ayam ( saya ambil bahan dada sahaja - dipotong kecil / ikut citarasa ) diperap sekejap dgn black pepper (yang ditumbuk kasar), kicap pekat (dalam 3 sudu makan), garam dan serbuk kunyit
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Serai
- Rempah : 2-3 bunga lawang, 2 batang kulit kayu manis, 5 tangkai cengkih ( ini semua utk naikkan bau masakan)
- Kicap
- Sos Tiram
- Sos Tomato
- Tepung jagung ( 1 sudu makan + air )
- garam dan gula
- Air ( 1 cawan )

*** jangan gusar sebab tak ada sukatan untuk bahan2 di atas - use your senses & creativity.

Caranya :-
mula-2, goreng ayam yang diperap tadi dan ketepikan ( goreng jangan sampai garing ),  tumis semua bawang-bawangan bersama rempah-ratus serta serai hingga terbit bau harum kemudian masukkan kicap, sos tiram, sos tomato, garam dan gula ( sukatan ikut citarasa masing2 - free taste )..kacau hingga pekat sedikit kemudian masukkan ayam yg telah digoreng tadi...kacau hingga sebati, masukkan 1-2 cawan air untuk meng'kuah'kannya. ** OPTIONAL akhir sekali masukkan kacang peas (yang airnya ditoskan dulu) kemudian utk memekatkan balik kuah tadi - masukkan bancuhan tepung jagung... kacau hingga sebati dan nampak berkilat.

Resepi JELATAH ( kata orang Perak ) atau Salad Sayuran
- 2 biji timun ( buang kulit dan dipotong nipis )
- 1/2 biji nenas ( jika suka tapi saya tak letak ) dipotong nipis juga
- 1/2 biji sengkuang ( sais kecil, dipotong nipis )
- 4 ulas bawang merah ( dihiris nipis )
- 2 biji cili  merah ( kalau nak pedas sikit ) dipotong nipis
- garam dan gula
- sedikit cuka masakan
- sedikit sos tomato

Caranya - gaulkan ke semua bahan2 di atas di dalam mangkuk hingga rata dan perisakan secukupnya. Simpan dalam peti sejuk jika belum masa utk dihidangkan - sejuk2 pun sedap...

Sila lah ...

No comments:

Post a Comment

Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant