Followers

Thursday, September 5, 2013

Resepi Ayam Masak Kicap Likat & Pekat

Assalamualaikum ...


.... apa khabar anda? hujan tak kat tempat anda ...? tempat saya baru jer berhenti - sejuk sikit suasana yang mana mengundang mata utk terpejam lena .... baru pukul 9.30 malam ... selalunya selagi tak melepasi 12 tengahmalam mata terbuntang jer ...hihihi ....


... anyway, just nak kongsi sepiring lauk yang saya masak tengahari tadi ... dah selalu buat dan biasa buat cuma setiap kali buat mesti ada penambahbaikannya sebab ... saya suka menokok tambah bahan dalam masakan ... tiada terikat dgn resepi apatah lagi sukatan ... bak kata Chef Michael ... "...cooking without a recipe... ".


... jom intai - Ayam Masak Kicap Likat & Pekat, selalunya saya gunakan bahagian isi belah atas ayam iaitu bahagian dada bersama kepaknya.




Bahan2 untuk memerap ayam ( terlebih dahulu )
- 1/2 ekor ayam bahagian atas - dada + kepak dipotong2
- 2 sudu besar kicap
- garam
- serbuk kunyit
- serbuk lada sulah
- serbuk cili merah
- 2 sudu besar tepung jagung

* gaul rata kesemua bahan di atas kemudian goreng 3/4 masak.

Bahan2 untuk menumis
- bawang mewah*
- bawang putih*
- halia*
- lengkuas*
- 1 senduk cili kering yang telah dikisar halus
- 2 batang serai dititik dahulu
- minyak masak secukupnya

* semua hendaklah dikisar halus bersama.

Bahan2 Rempah kering :-
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 1 sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
- beberapa tangkai bunga cengkih

Bahan2 untuk hasilkan sos likat dan pekat :-
- 2 sudu besar tepung jagung + 1/2 cawan air ( gaulkan bersama )
- kicap secukupnya
- sos tomato secukupnya

Hiasan :-
- daun bawang dan sup
- tomato
- bawang goreng

Cara-cara memasak

Panaskan minyak dalam kuali, masukkan serai dan semua rempah kering kacau seketika kemudian masukkan bahan2 menumis yg telah dikisar - tumis hingga naik bau.

Masukkan kicap dan sos tomato dan kacau sebati kemudian masukkan isi ayam yang telah digoreng dahulu gaul rata lagi akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung - gaul rata hingga kuah menjadi sedikit pekat dan likat.

Angkat dan hidangkan di dalam pinggan hidangan dan hiaskan diatasnya dgn daun bawang&sup serta bawang goreng.




Selamat mencuba ...



No comments:

Post a Comment

Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant