Followers

Wednesday, April 11, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH

Assalamualaikum ...

Muqaddimah -
1. Pertabalan Agung ke-14
2. Masak Daging Merah
3. Gempa Bumi di Acheh
4. Puding Roti berkurma

... hari ini CUTI UMUM sempena PERTABALAN DYMM AGUNG SULTAN KEDAH, Agung ke 14 ( cerita di SINI...) tapi sayang ibu-ibu yang bekerja 24/7 di rumah tu tak pernah nak merasa cuti yang sebenar-benarnya kan ... ? setuju tak? Saya dari malam sebelumnya dah terlebih masa bekerja ( bukannya 'baking' ) tapi mengemas hall & kitchen ... siap dgn mopnya hingga lewat malam .... bila semua dah berdengkur tidur - aman sikit buat kerja .... dah terasa tak selesa memijak lantai - bebudak kecik dlam umah ni + kucing2 lagi ........... adoiiiii - dah tak lalu pulak rasanya nak melayan kerenah sampah dorang :-(

... anyway, since semua ada di rumah termasuk babahnya sekali - saya kenalah masuk dapur awai sikit utk memasak so that i can relax early later on ... ( siap tertidur lagi ko ... hehehehe ), i didn't prepare breakfast for them only bread & milk for the stomach ... save !

... so, my menu for today's lunch was 'Masak Daging Merah' and just now, terlebih rajin i baked Bread Pudding with Dates & Raisins .... dah tinggal 1 suku je la ni ...


... sebab my better half suka sangat order menu ni tiap kali keluar makan di luar so - today ... i google searh for the recipe - MASAK DAGING MERAH ... hurmmmm ... tak la susah sangat bahan2nya - basic saja kan....

... here is my version of the recipe ( after i adjusted with whatever i have in the kitchen ... hehhehehe )

1 kati daging ( dihiris tak terlalu nipis )
sedikit pewarna merah
3 sudu makan cili paste ( menggantikan cili sos )
5 sudu besar sos tomato
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap
2 cawan air
1 batang serai
2 helai daun limau purut
1 labu bawang besar ( dihiris memanjang )
5 biji cili padi thai
1 batang kulit kayu manis *** saya tambah
2 bunga lawang *** saya tambah

Sayuran :- 1 batang carrot ( dihiris memanjang )
                1 biji capsicum
                sedikit cauliflower
Minyak untuk menumis
Garam dan gula sebagai perasa
dan sedikit asam jawa paste dalam 1 sudu kecil

Caranya :-
1. rebus dulu daging yang dihiris2 nipis tadi bersama beberapa titis pewarna merah hingga separuh empuk ( cara saya ). Angkat dan toskan tapi dibiarkan sedikit air rebusan tu ( jangan tos kering )
2.  tumis cili paste bersama serai, daun limau purut, kulit kayu manis & bunga lawang hingga naik bau, kemudian masukkan daging rebusan tadi ... tumis lagi kemudian
3. masukkan tomato sos, sos tiram, kicap dan kacau mesra ... tahap ini kuah akan menjadi pekat so, tambahkan 2 cawan air dan biarkan ianya masak hingga daging empuk
4. kemudian, masukkan sayuran, cili burung dan bawang besar, perasa secukupnya dgn garam, gula dan asam jawa, masak hingga semuanya mesra dan daging empuk ....
5. hidangkan bersama nasi panas2 - berpeluh - peluh makan ... you .... :-)

selamat mencuba pada sapa2 yang berkenan .....

Dalam pada saya berehat lepas memasak ( cuti solat sama ) terus tertidur ... dah terbabas masa lak hingga hampir ke pukul 5 petang ( penat sangatla tu qadha tidur malam sebelumnya ) ... kebetulan komputer online - check di facebook ada berita terkini mengenai GEMPA BUMI melanda Acheh lagi .... dan amaran TSUNAMI keluar utk 28 negara utk berjaga2 sekiranya berlaku seperti tahun 2004 .... kuat sungguh gempa tu berskala Richter 8.9 dan beberapa lagi susulan gempa pada SR 8.2 .... hati dah berdebar2 dan risau dan kasihan pada saudara2 islam kita di sana ... hingga saat ini saya menulis - tiada kejadian buruk yang berlaku dan beberapa negara telah menarik balik amaran Tsunami namun keadaan tetap dipantau ... doa saya agar Allah SWT melindungi kita semua dari sebarang bencana .... amin.

... dalam pada tu, hajat hati memang nak buat puding roti petang tadi tapi dah lari schedule so ... lepas dinner tadi baru sempat masak ... siap masak, makan panas2 - budak2 pun suka and as usual si Fiqah will alwaz say ..." sedappp mama masak - sedapp giler " .... ;-)




resepinya seperti resepi puding roti yang lain cuma saya tambah raisin & dates/kurma dan saya tak gunakan gula pun untuk adunan telur ini, saya gunakan susu tin dalam 7 sudu makan + 1 1/2 cawan air serta separuh kotak thicked cream bersama 4 biji telur .... :-) apa yang ada dalam simpanan .... menjadi juga :-)

No comments:

Post a Comment

Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant