menu ni minggu lepas punya .... :-) baru nak interframe hari ni btw, kat Perak hari ini Public Holiday sempena hari Keputeraan DYMM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAHDYMM, sila klik SINI untuk BIOGRAFI BAGINDA SULTAN.
saya mulakan dengan Ayam Panggang Herba ini - hurmmmm .... saya memanggangnya dalam oven bersama herba2 'Sweet Basils & Sweet Thyme' - semerbak bau harum satu rumah bila memanggangnya :-) saya memang teruja utk mencuba daun2 herba ni bila selalu melihatnya di Channel AFC dan channel2 masakan lain, orang putih esp. English people lovesss so much to use herbs in their cooking esp in their salad or salad dressing and i know why now becos' they smell so so fresh ....
resepi perapan ayam saya simple aje : -
- garam dan kunyit
- lada sulah
- paprika
- sedikit serbuk kari
- basil flakes
- sedikit tepung jagung
gaulkan kesemua bahan2 perapan di atas bersama ayam ( sukatan bahan perapan mengikut kuantiti ayam Puan-puan ya ) dan biarkan seketika atau boleh juga di masak terus. Saya menggoreng sebentar perapan ayam ini di dalam kuali dengan sedikit minyak hanya untuk memberi rupa rangup dan caramelized the chicken.
Kemudian, angkat dan masukkan ke dalam baking sheet ... sebelum panggang tu .... saya taburkan fresh herb thyme dan basil dan potongan butter sejuk - just taburkan dekat2 ayam tu ... panggang hingga masak.
untuk membuat chicken sauce herbs ( for dipping ) tu, saya kumpulkan minyak2 dari butter dan dari ayam yang dipanggang tu ke dalam kuali, masukkan dalam 2 cawan air dan 3 sudu makan tepung ... kacau dan masakkan hingga kuah menjadi pekat/likat kemudian tapiskan kita hanya hendak texture yang licin/smooth saja ... perisakan dengan garam sedikit .. itu saja :-)
untuk nasi ayamnya - resepi nasi macam biasa sahaja .... yang selalu Puan2 buat :-)
Inilah NASI AYAM PANGGANG 'EAST meet WEST' saya .... cubalah nanti ...
No comments:
Post a Comment