Followers

Wednesday, February 1, 2012

Selamat Hari Wilayah - Jom kita main masak-masak

Assalamualaikum ...

01.02.2012 - Hari Wilayah Persekutuan, maka hari ini orang KL, Putrajaya dan Labuan bercuti la utk sehari ya...apa buat? apa plan? hmm...bila saya post kat wall fb saya mengajak rakan2 yang bercuti ke dapur memasak ...:-) respons nya ..... "baru cadang nak berehat2 bermalas2, ko dah suruh bakor2 di dapor" ...hahahaha. Gitulah gelagat orang kaya (typo la plak, sorriii... ) KL di bandaraya besar, cuti yang sehari sungguh 'precious' kata orang putih - maknanya amat berharga .... sementelah dapat cuti rehat sehari dari mengharung kesesakan lalulintas, punch-card, 'huru-hara' kesibukan bandaraya KL terutamanya....

- biarlah ... biarkan warga kota beristirehat utk sari ini, mana yang rajin tu, meh sini saya kongsikan beberapa masakan yang saya dapat merajinkan diri memasak dari kesibukan dan ketidak-cukupan masa semasa hari persekolahan...

DAGING MASAK CILI
untuk RESEPI sila klik di SINI

resepinya ringkas saja :-
1/2 kati udang sederhana besar
1 batang terung panjang ( besar )
1 cawan santan pekat
1 bungkus serbuk kari UDANG ADABI
4 ulas bawang kecil dihiris halus
3 ulas bawang putih dihiris halus
1 inci halia ( agak2 la ya )
2 batang kulit kayu manis
3 bunga lawang
1 cawan air ( ikut kepekatan kuah masing2 )
sedikit minyak untuk menumis

caranya - seperti menumis gulai kari biasa .... :-) tumis rempah2 dulu then masukkan hirisan bawang2 - tumis hingga naik bau harum kemudian masukkan serbuk kari udang yang dah dibancuh dgn sedikit air utk jadikannya pes kari - tumis lagi hingga pecah minyak... masukkan udang diikuti terung pjg pula ( cara saya ) - gaul mesra sebentar kemudian masukkan santan ....dan air serta air asam jawa, garam dan gula utk perisa ....
bila terung dah empuk dan kuah kari dah cantik pecah minyak - masak dah la tu - siap utk dihidang...:-)

IKAN BAWAL MASAK TUMIS

TOM YAM UDANG BERSAMA HM CHICKEN BALL
Masak sup Tom Yam ni senang je, semua pakat rebus saja.
Beli saja perencah sup Tom Yam ni di kedai, sediakan seafood
atau ayam atau daging dan juga sayuran - then rebus semua.
Saya nak kongsi di sini resepi
HOMEMADE CHICKEN BALL


Untuk resepi Bebola Ayam :
saya gunakan minced chicken dari AYAM SEGAR
about 500gm
digaulkan bersama garam, gula, serbuk kari, ALL SPICE,
black pepper, white pepper hingga mesra kemudian
masukkan TELUR PUTIH dari sebiji telur
2-3 sudu makan (agak2 ya) TEPUNG JAGUNG
gaul mesra lagi kemudian bulat2kannya.
Boleh lah digunakan di dalam masakan SUP kita atau
dimasak di dalam SOS SPAGHETTI pun boleh dan
rasanya sedapppp
***btw, minced chicken meat ni boleh kita buat
sendiri dgn membeli isi ayam dan mince/blend
sendiri di rumah....:-)





2 comments:

  1. Owh my. Same!!! Today kami (mak, kakak n mar) buat nasi dagang full course! Huhu... fenat2...

    ReplyDelete
  2. :-) family together-gather time ya....

    ReplyDelete

Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant