... Tart nenas memang menjadi kesukaan ramai terutama di musim perayaan seperti HariRaya dan sebagainya .. ada juga orang buat isian sebagai buahtangan/'doorgift' .. kelas jugak..! Hariraya Aidil Fitri baru-baru ini SHC juga mendapat banyak tempahan untuk tart nenas ni ... kelmarin ada juga orang menempah tart nenas ni ...:-))
... mehhh saya kongsikan resepinya - btw, mintak maaf banyak2 kerana saya tak ingat ( tak catit ) di mana saya jumpa resepi ni tapi yang nyata saya google search dan kalau tak silaplah saya ada pergi ke Blog Kak Jee dan beliau ada kongsi beberapa resepi TART NENAS ni ... cuba klik kat blog Kak Jee SINI , tq :-)
Kredit kepada yang empunya resepi ini - terima kasih banyak ....
Tart Nenas Gulung
250gm butter ( buttercup pun dah cukup sedap )
50gm icing sugar
1 tpsn vanilla essence
100gm custard flour
1 egg yolk
300gm (+75gm) All Purpose Flour
** Jem Nenas boleh didapati kedai2 atau boleh juga dibuat sendiri ( sila google utk resepinya ;-))
Caranya :-
1. Pukul butter dan gula aising hingga kembang.
2. Masukkan sebiji kuning telur dan pukul/putar lagi kemudian masukkan esen vanila.
3. (Sebelum itu campur rata tepung serbaguna ( tepung gandum ) dan tepung kastad). Masukkan campuran tepung ini sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan butter tadi.
4. Uli perlahan-lahan menggunakan spatula atau senduk kayu sahaja hingga sebati dan sekiranya adunan masih lembut tambah tepung sedikit lagi hingga mencapai adunan yang boleh dikendalikan untuk membentuk tart gulung.
** sediakan sebiji kuning telur lagi untuk disapukan ke atas tart tersebut sebelum bakar... jangan lupa sebabnya saya selalu terlupa .. hehehehe
Selamat mencuba - senang je :-)
Cheddar Cheese Sandwich Tart |
No comments:
Post a Comment