Followers

Wednesday, May 9, 2012

...cerita Peach Cheese Cake

Assalamualaikum ...


:-) dah malam hari Rabu - dah dinner lum semua? saya bernasi goreng lagi malam ni ... itu je menu yang simple anak2 mahu makan ( belah malam ) kena digoreng bersama sosej ayam sebagai perencah utamanya .. mahu berpinggan2 diulang2 makan kalau kita tak mengingatkan ada yang tak makan lagi .... especially fiqah & farid, mmg hantu nasi goreng begini ...

siang tadi saya bereksperimen dgn cheese cake ( bukan dah kaya sampai cheese cake pun boleh buat eksperimen .... maklum bahan2 dia mahalkan ) ... saya sebenarnya mencuba satu kaedah penyediaan cheese cake ( bake ) di mana kuning telur dan putih diasingkan semasa 'mixing' ... putih telur tu di'meringue'kan dulu, kuning telur pula diadun bersama cream cheese dan gula semua ... ikut teori, putih telur yang 'dimeringue'kan dan disebati bersama adunan lain akan menghasilkan kek yang ringan dan gebu - memang betullah tu ...

lihat ini -


gebukan...? baru keluar dari oven ( selepas biarkan sejuk sedikit di dalam oven ) ni ... selepas sejuk betul ( simpan dalam petisejuk ) saya keluarkan cheese cake peach ni dan letak di dalam pinggan, texture-nya jadi berlubang-lubang dan tidak licin ( not smooth ), mungkin cara penghasilan saya tidak betul kut bila mengaup-balikkan putih telur 'meringue' ke dalam adunan cream cheese - tapiii .. tu lah ini kali kedua sebenarnya saya mencuba kaedah ini, ingatkan kali pertama dulu yang tak betul lagi ... hehehehe

ini hasilnya -


nampak tak berlubang-lubang texture cheese cake ni ... ? hurmmmm - bila makannya pun macam ada terasa gigit angin satu2 masa - so, betullah kaedah ini tak sesuai utk cheese cake - well, saya ingat .. bila cuba kaedah ini dapatlah kek keju yang tinggi sikit sebabnya siapa yang biasa buat kek keju bakar akan alami kek yang padat tapi tak naik/tinggi lebih2 lagi bagi yang gunakan resepi TANPA TEPUNG macam saya ... bagi yang menggunakan sedikit tepung dalam adunan..rasanya takda masalah tentang ketinggian cheese cake kan ... cheese cake saya 'pure' tanpa tepung .. semata2 cream cheese, sour cream/yogurt, telur bagi resepi bakar/baked dan cream cheese + whipped cream bagi resepi sejukbeku/chilled ....

sesudah dibedah-siasat atau post-mortem ...


inilah rupanya setelah di'makeover' dengan puree peach & slice peaches .... dalam rupa tak seberapa ni ... dah tinggal separuh dah kek ni ( pada masa saya menulis ni :-)))  pun ....

Resepi Peach Cheese Cake ( olahan saya ) untuk kaedah di atas

Biscuits Base
apa2 biskut ( pun boleh ) yang dihancurkan halus dan diadunkan bersama mentega cair - tekan2kan biskut hancur ini ke dalam loyang bulat bersaiz 7" ( sebelum tu alaskan loyang dgn parchment paper ) hingga padat dan ketepikan dulu.

Cheese Filling
250gm cream cheese ( pada suhu bilik tapi jangan terlalu dibiar lembut )
140ml peach yogurt
2 biji (A) telur ( asingkan kuning dan putih telur. Putih telur diputar asing utk dijadikan meringue dulu )
1/2 cawan gula castor
1 sudu kecil esen vanila
Beberapa potong buah peach dalam tin dan dipotong dadu.

Caranya
Masukkan cream cheese ke dalam mangkuk adunan dan putarkan bersama gula hingga sebati dan creamy. Masukkan kuning telur dan esen vanila dan putar lagi kemudian masukkan peach yogurt dan putar hingga sebati, dan akhir sekali masukkan adunan putih telur dgn cara kaup-balikkan ke dalam adunan cream cheese tadi.
Jangan lupa masukkan potongan dadu buah peach dan gaul sekejap.

Keluarkan loyang berisi biskut/base dan tuangkan adunan cream cheese semua, masak pada suhu 140-150 darjah celcius selama 50 minit atau hingga kek nampak tegang dan brownish sikit atasnya. Kaedah bakar saya senang je ( tak perlu waterbath ) cuma saya lapik loyang adunan dgn satu loyang empatsegi bawahnya ....

sekian :-)) cerita untuk malam ini .... cerita kedai cafe' ... cerita kedai cafe'




No comments:

Post a Comment

Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant