Followers

Thursday, May 24, 2012

...aku menjeruk rasa - masam adanya

Assalamualaikum ...


waduhhhh .... kalau bisa gigi-gigi ini bertahan, mahu saja tidak henti-henti aku .....
lantas aku menjeruk rasa adanya ... :-(

ceritanya :- jiran sebelah rumah bermurah hati memberi beberapa banyak biji buah mangga muda ( tak boleh simpan masak kerana akan busuk ) ... sudah dibuat cicah kicap pedas .. tapi buahnya masih banyak lagi -


 ...makanya, jika tidak diapa2-in buah2 mangga itu akan busuk jadinya, jadinya saya mengupas kulit beberapa biji yang muda untuk dijadikan JERUK ... ia - itu lah jadinya menjeruk rasa adanya mulut ini :-)


mula-mula .... selepas buahnya dikupas kulit, dipotong-potong ikut suka - dicuci dan dibilas bersih kemudian ditaburkan garam secukupnya dan dibiarkan berendam dalam garam selama lebih kurang 2 jam.


selepas 2 jam, bilas buah2 mangga tersebut dgn air bersih dan ditaburkan pula dengan garam GULA ( dah mula merapu la pepetang ni dgn perut kosong/mata ngantuk ) secukup manisnya ... :-)) kemudian boleh lah disimpan di dalam peti sejuk untuk mendapat lagi sedap dan enak memakannya ... kerupp ... kerupp bunyinya bila dimakan ( tetap ranggup rasanya )


ini - selepas beberapa hari di dalam peti sejuk ... lagi sedap rasa manis masam masinnya bila sudah sebati sepenuhnya.


errr ... saya tengok ni pun dah kecur air liur - sebbaik hari ini saya masih meneruskan berpuasa di bulan REJAB :-)) selamat gigi2 aku ... hahahaha

...sapa2 teringin, cuba la cari mangga muda ya


No comments:

Post a Comment

Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant