Followers

Monday, May 14, 2012

Carrot Cake & Butter Marble Cheese Cake (recipe)

Assalamualaikum ...


..Ustazah Habibah menempah lagi kek2 tapi dalam bentuk saya panggil 'Travelling Pack' atau untuk makan-makan sorang2 ..:-) maklum la Ustazah ni bujang lagi - manis orangnya... Tima kasih ya... Uztzh.

Carrot Cake with Cream Cheese Frosting
++1/2 kg ( ++500gm)
Hanya RM20.00 sahaja

 Butter Marble Cheese Cake
++450gm
Hanya RM20.00 sahaja

Selain Ustazah, Cikgu Diana yang mengajar di sekolah yang sama dgn Ustazah Habibah pun ada order kek yang sama juga tapi dalam bentuk loyang yang besar ... tima kasih ya Cikgu Diana ...harap2 enjoy kek tersebut.

Butter Marble Cheese Cake - 8"
( more than  1.1kg )


Kongsi Resepi : BUTTER MARBLE CHEESE CAKE
                        ( Acuan : 20cm/8" )

Bahan A
185gm butter
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula halus
1 cawan tepung naik sendiri/tepung kek
2 biji telur

Bahan B
250gm cream cheese
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara:-
1. cairkan butter, masukkan koko dan kacau sebati
2. pukul gula dgn bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi sebiji. bila sebati, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata. ketepikan dulu.
3. Dalam bekas lain, pukul cream cheese dgn gula dan esen vanilla hingga sebati. kemudian masukkan telur dan susu segar - pukul lagi hingga sebati.
4. tuangkan adunan koko berselang seli dgn adunan cheese ke dalam acuan yang telah dilengser dengan butter. kemudian lorekkan dgn cake tester/toothpick untuk hasilkan corak batik/marble.
5. bakar hingga masak. seeloknya biar kek semalaman sebelum dipotong. sedap juga makan sejuk2.


Anak saya, si Farid gendut tu ... separuh kek ni dia bawak sekolah pagi tadi - licin abis katanya, makan dengan kawan2.


No comments:

Post a Comment

Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant