Followers

Wednesday, December 4, 2013

Resepi Brownies mudah

Assalamualaikum ...


.... saya jarang buat brownies, tempahan pun takda ... bukan tak suka makan tapi mmg jarang sangat buat brownies mungkin saya ingat ianya terlalu manis tapi bila dah mula buatnya ... dah siap bakar, mulut ni lak tak henti2 menjamahnya ... ha ha hadooiii ....

.... resepi yang saya nak kongsi ini adalah dari salah satu buku masakan (dalam bahasa inggeris - 'everyday chocolate' ) yang saya miliki ... senang saja membuatnya begitu juga bahan2 yg diperlukan adalah terlalu asas ... for me, the recipe is so basic ...




terjemahan saya ( 2 sukatan dari resepi asal ) :-

Bahan-bahannya :

110gm mentega ( sediakan sedikit utk menglenser tin pembakar )
250gm plain chocolate ( cokelat kompaun ) - dipatah2kan kecil2
320gm gula perang
4 biji telur
2 sudu besar instant coffee dilarutkan ke dalam 2 sudu besar air panas ( sejukkan )
170gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
110gm pecan nuts atau apa2 kekacang kesukaan




Cara-cara saya :

1. Cairkan cokelat kompaun bersama mentega di dalam periuk secara 'double-boil', kacau hingga semua bahan2 larut. Biarkan ke tepi utk. sejukkan.

2. Masukkan gula perang bersama telur di dalam bekas besar dan putarkan bersama dgn menggunakan mixer hingga adunan menjadi ringan dan gebu. Masukkan adunan cokelat dan bancuhan instant coffee yang telah sejuk ke dalam adunan gula dan telur, kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum yang telah diayak bersama dengan baking powder, gaulkan semua bahan-bahan secara 'kaup-balikkan' sehingga sebati. Akhir sekali masukkan pecan/kekacang.

3. Tuangkan adunan ke dalam tin pembakar empatsegi (berukuran 20cm atau 8 inci yang telah dilengserkan dgn sedikit mentega dan dilapikkan dgn parchment paper ). Bakar di dalam oven ( yang telah dipanaskan terlebih dahulu ) dengan suhu 180 darjah Celcius selama 25-30 minit ( mengikut kepanasan ketuhar masing2 ya ) sehingga masak dan 'firm' atau 'skewer' dicucukkan di tengah kek dan keluar bersih.

4. Sejukkan seketika semasa masih di dalam loyang kemudian bolehlah dikeluarkan kek tersebut dan diletakkan ke atas 'wire rack' ( dan keluarkan lining paper ) utk sejuk sepenuhnya. Bila telah sejuk bolehlah dipotong-potong petak.

 Selamat mencuba**




No comments:

Post a Comment

Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant