Followers

Wednesday, March 5, 2014

Kek Buah Kukus ...

Assalamualaikum ...


... ada permintaan untuk kek buah kukus ni dari seorang jiran yang baru saya berkenalan hari ini - surirumah macam saya ni jenis yang memerap dalam rumah saja - habis selesai menghantar anak2 ke sekolah kemudian ke pasar atau ke kedai barang2 baking saya terus balik rumah dan menjalankan routine rumahtangga ... tengahari cukup masa anak2 balik sekolah .. baru la saya keluar rumah semula mengambil mereka kemudian memerap balik di rumah sampai la ke malam kalau tak da hal di luar rumah ... nak berjiran dgn orang di sekeliling pun saya tak berkesempatan ... tapi alhamdulillah ... saya tak la dicop menyombong sebab tak bergaul kerana kebanyakan jiran2 saya pun pelbagai bangsa dan mereka masing-masing pun ada hal masing-masing kalau berkesempatan pun bertembung di pasar yang dekat dgn rumah saja ....


... anyway, petang tadi kak Ilah singgah rumah untuk menempah sebiji kek buah kukus utk diberi kepada saudaranya yang ada majlis kenduri  ( kalau tak silap pendengaran ). Kak Ilah ini menjalankan perniagaan katering dan berniaga kecil-kecilan bersama suaminya di kejiranan kami. Saya selalu melalui simpang jalan ke rumahnya utk menghantar anak2 saya ke sekolah ... baru petang ni dapat mengenali dirinya dgn lebih dekat .. alhamdulillah ...

... saya tak ingat kalau saya ada kongsikan gambar Kek Buah Kukus saya di sini ... cuba recall balik entry yang lepas-lepas, tak pulak jumpa ... takpe - saya kongsi balik gambar kek kukus yang saya buat sebelum ini. sebenarnya dah beberapa biji kek buah kukus saya buat untuk hantaran juga dan dihiasi dengan dekorasi fondant & gumpaste ...

... jom kita lihat -




... untuk resepi sila google 'kek buah kukus - Chef Zubaidah' ... kerana saya membaca banyak ulasan-ulasan yang bagus mengenai resepi kek buah kukus Chef Zubaidah ini ... keknya menjadi ... elok gebu dan lembab dan sedap ...

... antara gubahan kek hantaran kek buah kukus saya -



untuk tempahan : 012-5745187, lokasi : Ipoh Perak.



2 comments:

  1. yummy....sedapnyeeee kek buah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...inshaaAllah sedap ...tq nana ... nak rasa nak tempah ...calling2 akak ya .. tq

      Delete

Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant