Followers

Friday, March 6, 2015

Resepi Spaghetti Goreng Ayam Blackpepper

Assalamualaikum ...



...... saya ni penggemar mee - aneka mee, semua jenis mee boleh masuk *__^ terutama mee yang berkuah dan paling saya suka Mi Bandung - saya suka poach egg nya ...

Mee Goreng pun saya suka, spaghetti lagi laaa ... janji berkuah ... pasti saya makan tambah-tambah... tak hengat dunia orang kata ... hihihi

Okay ... citer spaghetti goreng ni ... ada separuh lagi bersimpan dah lama tak dilayan, so... dari terbiar tak bermasak menunggu mood rajin nak buat resepi spaghetti lagi - baiklah saya kerjakannya.. tak kiralah apa resepi sekali pun. Sebetulnya dah tinggal ber2 dengan anak dara kecik sorang ni, nak masak beria-ria pun tak berbaloi sangat ... dia tak kuat makan macam abang-abang dan kakaknya ...

                   



Jom semak resepi yang simple-mimple ni ... campak-campak je bahan2 yang ada dalam peti ais tu ... Sebetulnya ... sekiranya ada lebihan spaghetti yang tak abis dimakan tu eloklah kita gorengkan daripada kita buangkannya atau membiarkannya hingga kering dalam peti sejuk tu kannn ....

Anda perlukan spaghetti yang telah direbus terlebih dahulu ... banyak mana..? terpulang ikut anda ...

Bahan-bahan lain yang diperlukan :-  ( resepi ini cukup untuk makan 2 orang )


1 mangkuk kecil isi ayam yang dipotong kecil-kecil
- (perapkan isi ayam ini bersama dengan 1 sudu kecil blackpepper/lada hitam yang ditumbuk2 halus dan 1 sudu makan sos tiram )

1 mangkuk sederhana 'mix veggies' seperti cauliflower, carrot, capsicum dan green bean



4 biji bawang kecil, 3 ulas bawang putih, 1 biji cili merah ... semua ini dicincang2 kecil

1/2 mangkuk kecil air

Minyak masak untuk menggoreng

sedikit daun ketumbar/daun sup & bawang untuk hiasan



garam secukup rasa

sedikit lada hitam ( utk lebih pedas lagi kalau suka )

Cara memasaknya :-

Tumiskan dahulu bawang kecil, bawang putih dan cili yang telah dicincang halus sehingga terbit bau kemudian masukkan perapan isi ayam dan tumis lagi hingga sebati.

Masukkan 'mix veggies' dan akhir sekali masukkan spaghetti yang telah direbus/celur terlebih dahulu goreng sebentar hingga mesra sebati dan masak. Jangan lupa masukkan air, garam dan perasa secukupnya ...

dah masak... angkat, hiaskan dan hidangkan panas-panas ... pasti terangkat!


Senang giler kannnn ... tak perlu buang2 duit nak makan di restoran2 sekadar nak makan masakan sebegini ... masak sendiri lagi berbaloi-baloi duit kita - gitu ...

** Selamat Mencuba **


No comments:

Post a Comment

Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant