... kita merancang, tapi Allah lah sebaik-baik perancang, kena akur dan redho tu. Rancangan untuk tahun ini sepatutnya awal-awal tahun dah giat menerima apa-apa tempahan kek dan roti dan juga membuat jualan 'fast-sale' namun ... Allah jua yang menentukan ... mak dimasukkan ke IKN, Putrajaya untuk pemeriksaan dan rawatan lanjutan utk penyakit kanser pangkal rahimya ..adalah dalam 2 minggu lebih mak warded dan saya mengambil cuti seminggu untuk menjaga mak di hospital IKN... berpisahlah sekejap saya dengan keluarga dan dapur kecil tercinta ... rezeki kita Allah dah tentukan, tiada sesal meninggalkan rezeki yang ada masuk tatkala mak lebih memerlukan anak-anaknya - dan rezeki saya, berpeluang untuk menjaga mak walaupun seminggu di IKN sana - itu cerita bulan Februari lalu, sekarang ... inshaaAllah awal bulan Mac saya akan kembali semula berkampung di IKN, Putrajaya untuk menjaga mak yang bakal membuat radioterapi di sana.
... memang ada keinginan untuk menceritakan pengalaman menjaga mak yang sakit tenat ini tetapi saya tak tahu nak menyusun kata-kata yang bagaimana untuk menceritakan semula saat-saat itu, amat sukar saya rasakan... jadi, biarlah hati ini saja yang menyimpan segala rasa yang terpendam dan perasaan yang mencengkam sepanjang perjalanan pengalaman tersebut... full-stop. Mungkin kemudian, gambar-gambar saja bisa berbicara - ya ...
... memandang waktu yang suntuk dan terkejar-kejar menjaga keluarga...2 keluarga (bapak pun perlu ditengok2 sepanjang berpisah sementara dgn mak ) saya menghadkan penerimaan tempahan - tapis2 dulu mana yang mudah dan mengikut waktu luang saya ... so, untuk awal tahun ini sehingga hujung bulan Feb ada lah 3 - 4 tempahan kek yang saya terima dan sempat merakam beberapa keping gambar sahaja ... apa-apa pun saya mengucapkan ribuan terimakasih kepada pelanggan2 yang menempah ...
Kek Hantaran Pertunangan (sepupu saya) - jazmi Che Hashim Kek Buah Kukus dengan fully fondant deco |
Kek Buahtangan untuk Pengantin - tempahan dari Zarina Jamshid Kek Butter Strawberry dengan buttercream deco |
Red Velvet Cupcakes - tempahan dari Cikgu Puan Zarina, SMK Jalan Tasek Ipoh |
...tambahan
Kek Persaraan - Sek. Men. Keb.Ulu Kinta, Ipoh.
Chocolate Moist Cake |
No comments:
Post a Comment