Followers

Showing posts with label Juadah minum petang. Show all posts
Showing posts with label Juadah minum petang. Show all posts

Sunday, December 20, 2015

Resepi Churros dengan Sos Butterscotch

Assalamualaikum ...


... fall in love with Churros lately - makan panas-panas, rangup di luar dan lembut di dalam ... yummm ... lebih-lebih lagi dip dengan sos butterscotch yang lemak berkrim .


Churros with dipping Butterscotch Sauce

Recipe courtesy by Martha Stewart website - click here
and i've made copy here - thank you

Ingredients



Directions



  1. In a medium saucepan, combine 1 cup water, butter, sugar, and salt; bring to a boil over medium-high heat. Reduce heat to low, and sift in flour, stirring for 1 minute. 

  2. Transfer flour mixture to bowl of an electric mixer fitted with a paddle attachment. On low speed, add eggs, 1 at a time, beating until incorporated after each addition; spoon mixture into a pastry bag fitted with a large open-star tip. 

  3. Heat 4 to 5 inches oil in a large Dutch-oven until it registers 325 degrees.on a deep-fry thermometer. Holding pastry bag a few inches above the oil, squeeze out batter, snipping off 4-inch lengths with a knife or kitchen shears. Fry, flipping once, until deep golden brown all over, about 4 minutes. Using a slotted spoon, transfer churros to a paper towel-lined baking sheet to drain. 

  4. Roll churros in confectioners' sugar. Serve immediately with Chocolate Dipping Sauce. 

    Churros in castor sugar n cinnamon

    Plain Churros


Wednesday, February 4, 2015

Pisang Goreng Cheese Cokelat

Assalamualaikum ...


... masih awal lagi berbicara minum petang kan ... tapi just nak menaikkan semangat ber'tea' petang ni, jommm kita cek apa yang sedap dan inovatif yang ada di pasaran sekarang.

...zaman atok, opah, mak bapak kita makan pisang goreng..
cicah gula jerrr...
... Goreng Pisang atau Pisang Goreng...? kita dah terbiasa dengan goreng pisang untuk kata nama sedangkan kalau yang betul sebutannya adalah Pisang Goreng ... ^__^ ...














... Pisang Goreng sinonim dengan Minum Petang - all time favourite tea time menu orang jawa kata ... dan sekarang ni dah trending lama dulu Pisang Goreng berCheese & Chocolate - sedap gak..!

JOm ... tengok inovasi Pisang Goreng Abad 21 ni - kut boleh buat idea minum petang karang .. kannn



Pisang Goreng Butterscotch

...SEKARANG - dah canggih manggih .. inovatif lah katakan .... boleh makan cicah dengan Butterscotch pun terangkat ( my favourite ...! ) apalagi makan dengan Cheese & Chocolate bagai....

Pisang Goreng Choc & Cheese

.... so - apalagi, petang nanti beli pisang goreng dan luaskan idea cara memakannya ...kannn ..*__^




Friday, June 13, 2014

Resepi Cucur Ikan Bilis Tofu Telur

Assalamualaikum ...

..heee ... panjangnya tajuk resepi..! sebelum tu, Salam Jumaat - penghulu segala hari dan juga salam Nisfu Syaaban - Ramadhan Al Mubarak sudah semakin menghampiri, mudah mudahan kita semua dipanjangkan umur utk bertemu dengannya agar dapat kita melipatgandakan segala amal ibadat kepada YA RABB di bulan yang  mulia ini ... inshaaAllah aminnnn ...

citer cucur ikan bilis ayam tofu telur ni - amatlah 'something'nya .... sebabnya dalam minggu ni sudah 4 - 5 kali saya buat ... ntah lahhhh rasa sedapppp sangat ... dengan kerangupan kulit luarnya dan kelembutan isi dalamnya ... eemm emmm..!

dan sudah tentu juadah ini amat sesuai dihidangkan utk sarapan pagi atau minum petang ...



jomlah check out its simple recipe

Cucur Ikan Bilis Tofu Telur

-1 cawan tepung naik sendiri
-1/2 cawan tepung serbaguna/gandum
-1 tiub tofu telur
-1 biji cili merah  dihiris halus
-7 ulas bawang kecil dihiris halus
-ikan bilis/udang kecil/isi ayam ( ikut pilihan anda ) secukupnya
-taugeh & kucai (atau jagung) secukupnya (pilihan )
-sedikit daun sup dan daun bawang
-garam dan kunyit secukupnya
-3 sudu besar air
-minyak masak secukupnya utk menggoreng

cara masaknya :-

- masukkan kedua2 tepung di dalam mangkuk kemudian masukkan cili, hirisan bawang kecil, ikan bilis serta tofu telur dan gaul aka ramas sebati hingga menjadi adunan yang melekit ( jangan terlalu ramas ya ).


- masukkan pula taugeh dan sayur kucai, daun sup dan daun bawang, garam kunyit - gaul mesra lagi dan akhir sekali masukkan air.


- resepi menggunakan tofu telur tidak memerlukan banyak air kerana tofu telur tersebut sudah cukup membuatkan adunan lembut dan basah dan apabila digoreng - cucur kita akan kekal rangup tetapi lembut di dalam.


- bila semua dah sebati boleh  mula menggoreng - senang kan..!



so, jangan lupa resepi ini - amat sesuai untuk kita hidangkan utk juadah berbuka di bulan Ramadhan kelak..!

- boleh juga klik di sini utk resepi cucur yang lain.


SELAMAT MENCUBA ... *__^




Monday, March 3, 2014

Resepi Cucur Bawang berAyam

Assalamualaikum ...


... nak buat laporan cuaca jap dulu - dah lamaaaaaaaaaa tak rasa hujan, lama sangat rasanya - kalau ada singgah dibawa angin pun ada lah 3 - 4 titik jatuh kat keta kemudian terus meruap kering jadi panas balik ... air minum pun rasanya dah bergelen2 diteguk belum kira air berais lagi ... makin menyusut la tahap kesihatan saya bila usia tua menjenguk nanti ... Allahuakhbar - itu dikira baru kecik dugaan DIA beri .. cuaca panas ni pun kira dah masuk tanda-tanda kiamat makin menghampir ... masih tak sedarkah kita? mudah-mudah kita semua tidak terkejut badak bila sampai waktunya berakhir bumi ini bertapak di cakerawala ALLAH swt ...

... ok la jom kita masuk bab makan pulak - makan ni keperluan, ndak tak ndak kita kena makan - itu fitrah manusia .. Islam tidak menidakkan fitrah manusia yang sangat penting ni ... kami, blogger makanan ni dah sebati menghidangkan mata maya dgn hidangan makanan ... janganlah pulak mencebik ya ... fitrah kami gitu - panas2 hari pun kena ke dapur juga .. ke masak juga ... nak beli atau makan diluar bebanyak - idak la mampu nak membuang duit gitu - selagi daya... kami masak walaupun simple giler ... dapur tetap berasap ... *__^



Cucur bawang dan adik beradiknya seperti cucur ikan bilis, cucur jagung ikan bilis memang kegemaran saya yang hakiki ... kadang-kadang bila time breakfast dah buntu tak tahu nak hidang apa ... saya buat cucur bawang then masuk lah apa saja bahan yang ada dalam fridge atau apa terlintas yang nak saya taruh ...janji ... saya tahu mesti menjadi sedap ... ngeee

... baru2 ni bila ada lebihan ayam dalam petisejuk ( saya selalu simpan spare isi ayam - just in case nak buat rencah masak nasi goreng ke bihun goreng ke masak mamee ... itu gunanya disimpan sikit ) mula terpikir nak buat Cucur bawang yang ada ayam pulak ... so, terhasil lah cucur bawang berAyam ni ... resepinya standard macam cucur-cucur yang lain cuma kita tambahkan atau gantikan saja dengan ayammmmm ... ok?



..untuk resepi yang lalu, cuba klik kat SINI .... Cucur Ikan Bilis Jagung tajuknya ... to me it is a basic recipe... then boleh la digantikan ikan bilis tu ataupun tambah je isi ayam ke dalam ramuan cucur bawang ni .. maka jadilah resepi Cucur Bawang berAyam...

... cuma penambahbaikan pada resepi yang ada ni boleh lah saya kongsikan petua dari Chef Professional yang berkongsi tip utk membuat cucur bawang kita supaya lembut walaupun sudah sejuk adalah dengan memasukkan sekurang-kurangnya 1-2 sudu kecil yis kering ( serbuk @mauripan dan yg sewaktu dengannya ) mengikut bancuhan yang kita buat ... ( agak-agaklah ya ). mmg terbukti cucur kita tetap lembut ( bukan liat ) walaupun dah sejuk ... dan lagi kalau nak rasa cucur kita lebih enak dan berbaur harum kan .... tambah bawang kecik banyak2 - hiris banyak2 tau .... :-)

.... cuba nanti tau ...




.... eermmmm - dah terliur lah plak ....


Sunday, April 14, 2013

Bubur Kacang Si Pantun Lama...

Assalamualaikum ...

Selamat Petang Anda-anda semua ..... ^__^




Siapa teringin bubur kacang ni - cepat2 la buatnya ... senang aje ... ada kacang hijau, santan, gula/gula melaka sedikit garam ... wallahhh - jadilah .. cicah pulak dgn roti ke, biskut kering ke .. or even baguette ke ... perrrrgghhhh ... sodap yong...!

*___^


Sunday, March 10, 2013

Bubur kacang hijau & Baguette

Assalamualaikum ...

saya suka bubur kacang hijau begitu juga dgn bapak saya ^___^ dan saya tahu en. hby pun suka bubur kacang hijau cuma dia 'appetite' aka seleranya kecik .. tak kuat makan - anak2 saya pun suka bubur kacang hijau ni ... pendek kata semualah suka ...:-)
hari ini saya rajin memasaknya .. dan

- saya suka makan bubur kacang hijau dengan roti
- saya suka makan bubur kacang hijau dengan biskut kering - petak 4segi tu
- saya suka makan bubur kacang hijau bila ianya sejuk - baru kuar dari petiais
- dan saya cuba makan bubur kacang hijau dengan 'Baguette' pulak - rasanya sedap jugak *__^


 ...saya juga suka pada pantun-pantun lama kerana susun bahasanya yang bersahaja dan indah ....


Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant