Kek Hantaran Fondant

Kek Hantaran Fondant

Followers

Showing posts with label Kelas. Show all posts
Showing posts with label Kelas. Show all posts

Thursday, February 6, 2014

... Kelas Baking

Assalamualaikum ...


... dah lama dia berhajat nak belajar membuat kek dan biskut dari saya cuma masa sahaja tidak mengizinkan, setiap kali berhajat ... ada saja pulak hal yang tidak dapat dielakkan. Akhirnya setelah berjanji beria-ia dan tarikh ditetapkan (by hook or by crook ...) maka berjaya juga kelas baking - kek & biskut, Eta bersama saya ...

.. sharing the moment here ...


Eta sedang khusyuk membentuk cornflakes berbadam

.... bancuhan biskut ....

...tadaaaa - Kek Cokelat Lembab ....

.... "pandai gak saya .."! biskut cornflakes badam & Kek Cokelat Lembab ....

Thanks Eta - jangan serik ....


Monday, April 29, 2013

Kelas Asas Dekorasi Fondant

Assalamualaikum ...


...alhamdulillah, dalam keadaan yang tak berapa sihat dapat juga menjayakan kelas asas dekorasi fondant semlam dgn peserta/anak murid jauh datang dari KL sanggup belajar dgn saya ... syukran Ya Allah... ianya lebih kepada belajar sambil bercuti buat keluarga peserta ini ....

... saya perkenalkan Saudari Zalini Ramli aka Lyn bersama keluarga bahagianya ... anak perempuannya sungguh comel dan keletah..!



Menurut Lyn, dia telah banyak hadiri kelas-kelas berkaitan baking ni dan belajar teknik2 pembuatan kek dan hiasan kek - rajin belajar orangnya ... dan cekap pulak tu ... ^__^  belajar kelas asas fondant di Ipoh ni kira tempat yang paling jauh dia pernah pergi menuntut ilmu 'baking' ni .... dan dia pun kira anak murid saya yang paling jauh pernah datang belajar di kelas saya yang tak seberapanya ... anyway Lyn... terima kasih banyak2 - begitu juga dgn suami beliau yang sanggup membawa isteri dan anak2 hingga ke Ipoh menuntut ilmu dan bercuti sekaligus ...

... jom saya kongsikan gambar beliau dan hasil kerjanya yang cantik ... 






... memang cantik hasilnya ..! tak susah pun bila sudah tahu asasnya ... dan dah boleh ambil tempahan dah ni..!

*** sesiapa yang berminat boleh la hubungi saya bila2 masa utk booking kelas ya .. maklumat lanjut, ada di sebelah post ini ***




Monday, February 25, 2013

Kelas Mini Pavlova

Assalamualaikum ...



Hanya RM70.00 sahaja utk Kelas Mini Pavlova ini - semi hands on. Call or SMS @012-5745187 
- kelas hari biasa pun boleh ( atas permintaan )
- pelajar min. 1 orang ( pun jalan ... :-) ), max 3 orang
 ( jika panggilan tiada berjawab sila tinggalkan terus pesanan ringkas via sms ya - kekadang saya ni sibuk dgn urusan lain ... - __^ )

Monday, September 19, 2011

... kelas hiasan kek ( kelas tengok jer )

... terima sms dari kawan baik yg mengusahakan kedai kek dan bakery yang mengajak ke kelas hiasan kek - asas - so, saya pun mengiyakan kedatangan dan ianya hanya RM45.00 sahaja.

RIZQIN Products bertempat di cawangan Maju Rapat, Ipoh Perak - kembali mengadakan kelas kek dan hiasan kek bermula 16.09.2011 baru-baru ini. Dari masa ke semasa saya akan memaklumkan di blog saya untuk kelas selanjutnya...

Pemilik dan pengusaha Rizqin Product adalah Puan Adlina Ismail yang telah menceburi bidang ini lebih 15 tahun....





...sayang pulak gambar sendiri tak pulak teringat saya nak rakamkan ..... hhhmmmm


Sunday, June 5, 2011

Kelas Asas 'Home-made Chocolate'

...menghadiri kelas membuat cokelat - Kelas Asas Cokelat Buatan Tangan di Ipoh pada 31/05/2011 atas tajaaan adik yang pulang ke ipoh untuk bercuti sekolah...:-) rejeki...!! Kebetulan tuanpunya perniagaan ZEYYANZ Chocolate iaitu Puan Nor Azian Bt Dato' Hj Mohd Raduan adalah rakan baik masa sekolah rendah dahulu - berjumpa semula di facebook setelah 28 tahun terpisah...hmmmmm...begitu la kemudahan yang canggih dapat menemukan dan merapatkan semula silaturrahim ukhwah .....

Puan Nor Azian 'Yan'

Yan bersama suami

Me and Adik "Min'

Amirah - Cousin turut diajak bersama

Si kecik fiqah - mengekor aja!

...pelbagai bentuk cokelat diajar


...memang lazat cokelatnya...
trademark tersendiri..

pelbagai bentuk cokelat

Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant