Kek Hantaran Fondant

Kek Hantaran Fondant

Followers

Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

Monday, November 30, 2015

Cheese Cake Leleh ...

Assalamualaikum ...


.... seriously i cakap - memang sedap giler dessert ini, bakers yang menjual dessert ni panggil 'cheese leleh' i can understand why becos their cheese is really leleh or thin texture unlike mine which is more to cheese cake texture ... very rich and creamy ... yummehhh 







 Contact via Whatsapp @012-5745187 for orders





Saturday, March 7, 2015

Resepi Cheese Leleh in a Glass

Assalamualaikum ...


.... #throwback of Cheese Leleh. Here is my very the simple recipe and assembly ...




You need :-
 A
Sponge Cake as base (beli siap pun boleh atau resepi kek sponge ini sila klik SINI )

 B
250gm cream cheese (room temperature)
1/4 cup whipping cream
1/3 cup fresh milk
1/3 cup condense milk
1 tspn lemon juice ( optional )

C
250gm cheddar cheese - diparut

D
Strawberry filling atau jika tak ada, boleh gunakan jenis Jem yang dicampur sedikit air suam utk melembutkannya sedikit.


Cara-cara membuat cheese filling

** campurkan kesemua bahan-bahan B (kecuali cheddar cheese) ke dalam mangkuk dan  menggunakan hand-mixer gaul sebatikan sehingga menjadi adunan penuh krim dan likat lembut. Ketepikan.

Cara-cara menyusun

1. masukkan kek span di dasar gelas (apa2 bekas pun boleh) - ikut acuan
2. sapukan strawberry filling atau jem secukupnya di atas kek span
3. masukkan cheese filling secukupnya
4. masukkan kek span utk lapisan ke dua pula dan seterusnya ulang langkah di atas
5. akhir sekali taburkan parutan cheddar cheese ke atas kek

** sejukkan di dalam freezer utk seketika hingga memerlukannya.




Sekian ......... mudahkan! Selamat Mencuba

Monday, January 20, 2014

Dessert Corner @ Majlis Pertunangan

Assalamualaikum ...


Pertama-tama sekali saya nak mengucapkan TAHNIAH kepada adik sepupu saya Amirah Kamaliah Bt. Hj. Abdul Wahid di atas pertunangan beliau pada 12.01.2014 baru-baru ni... Amirah merupakan cucu perempuan bongsu ( terakhir ) di dalam keluarga (arwah) Tok Abu Shahid dan ( allahyarhamah ) Opah Te'ah ... anak kepada Paksu aka Pak Ed dan Maksu Norizah Badaruddin.

We all excited for this engagement and looking forward to the Big Day inshaa Allah in the month of Syawal 1435H.... the last time we all get together as one big Abu Shahid & Opah Te'ah clan/family was almost 3 years ago ... that was on my youngest sister's wedding ( 2nd last cucu perempuan Tok Abu & Opah Te'ah ) ...

So... Amirah - mudah-mudahan sampai waktu yang telah dipersetujui nanti akan disatukan menjadi isteri kepada ADI ... errrr ........ lupa lak nak tanya nama penuhnya :-) ya ....


Ohh ... btw, saya ditugaskan untuk menata rias meja 'Dessert Corner' di samping membuat sebiji kek Pecan Heaven Butterscotch dan Mini Cupcakes ( contribution ) untuk dessert utama meja tersebut ... chewahhhh....( iye ke ...? )

Jom ... layan detik-detik indah di hari pertunangan AMIRAH DAN ADI pada 12.01.2014 ....



Antara 'dessert'  yang ada :-
~ cake Pecan Butterscotch
~ cake Tiramisu
~ cupcake 2 jenis : chocolate cake, butter cake
~ cream puff topped with chocolate ganache
~ apam polka with flavors
~ marshmellows
~ jelly
~ chocolate & sweets

Me & Dessert Corner

Pecan Heaven Butterscotch

Salah satu hantaran : Homemade Chocolate by Simply Sweet & Cheezy

Lovely sweet ... Amirah

Mirah & Mak

Mirah & Bapak

Mirah & Family

Mirah & Bakal Mertua

Mirah & MakYang aka My Mom

Mirah & Cousin Anis & Aunties MakYang, Wah

Mirah & Friends

Mirah & Friends

Mirah & Cousins

Mirah & Kak Ni @ My Sister with dotter Fifi

Bakal Besan bertukar tepak sirih


SEMOGA PERTUNANGAN INI DIRAHMATI ILAHI & MEMBAWA HINGA KE JINJANG PELAMIN
Inshaa Allah .. amin



Monday, December 16, 2013

Tapai ...

Assalamualaikum ...


... saya suka makan tapai tapi orang kata orang perempuan tak elok makan tapai ( banyak ) tapi saya suka makan tapai le ....

... di majlis kenduri kesyukuran utk keluarga sebelah bapa saya, saya jumpa tapai dalam daun getah ni .... hurmmmm ... 1st time saya jumpa yang dibungkus macam ni ... selalu saya makan/jumpa yang dalam daun pisang atau pun dalam bekas plastik ... tapi rasanya tetap sama jek ... so, tiada beza pada rupa dan rasa cuma saya kagum la jugak orang dolu2 ni sangatlah kreatif kan ... dalam daun getah pun boleh dijadikan bekas yang sangat unik ( pada pandangan orang sekarang spt saya ...ngeee )




..nak resepi..?? maaf .. saya takda resepi dan saya tak pernah buatnya ... saya hanya tahu makan dan order saja ... hehehehe. Orang kata banyak pantang larang kena ikut masa nak membuatnya ... kannn?




... honestly, saya mmg suka tapai .. tak tau la kenapa ... tapi ianya mmg sedap apalagi di makan dengan ice cream vanilla ... errr ... pernah cuba tak? pernah rasa...? I tell youuu ... memang terangkat rasanya... ..! cuba nanti ya ....




Sunday, September 22, 2013

Resepi Pai Epal

Assalamualaikum ...


.... apa khabar anda? sudah minum petang? apa agaknya menu pepetang minggu macam ini ya .... hari ni saya tak berapa rajin memasak sbb dah kontang idea apa nak masak utk keluarga ..so, tengahari tadi saya masak Spaghetti Bolognaise ( Chicken mince ) .. spaghetti sauce with mushroom ... masih ada leftover - kids nowadays - kurang makan pulak saya tengok - banyak minum yg lebih ... cuaca pun sejak kebelakangan ini agak panas terik hingga ke petang bawa bahang hingga ke malam ... full blast fan + the lowest air-cond temp ... do help a lot at night ... tunggu saja bill lektriknya nanti - poning pala babahnya ... hurmmmm...

..anyway, besides spaghetti saya juga ter'rajin' (dalam tak berapa rajin ke dapur ) pulak buat MINI 'APPLE PIE' utk minum petang ni ... mmg lama dah rancang nak buat ... so, petang ni la terlaksananya ...

...banyak website saya google for the best apple pie recipe and this is the one that i tried this evening .. check-out. saya minta maaf kerana tak ingat sungguh di mana saya dapatkan resepi asal Pai Epal ini - google balik pun saya tak ketemu websitenya, walau bagaimana pun untuk versi saya - saya sudah olah sedikit resepi yang asal kepada resepi yang bersesuaian dgn saya ... apa2pun kredit utk yang empunya resepi asal - terima kasih...

... untuk versi saya - saya jadikannya dalam bentuk 'mini' - comel-comel rupanya dan juga saya tambahkan apple sauce utk dimakan bersama dan juga utk resepi pie crust saya olah sedikit utk beri lebih perisa pada crustnya yang plain/kosong ...



Resepi : Pie Crust ( separuh resepi )

140gm tepung gandum
secubit garam
55gm mentega (mentega beku dari petiais)
55gm shortening
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 biji telur besar
1 sudu teh cuka masakan
1 sudu besar air sejuk



Caranya : 
Gaulkan kesemua bahan-bahan di atas ( kecuali air ais dan telur ) di dalam mangkuk adunan dgn cara menggesel-gesel adunan di antara jari-jari hingga menjadi seperti serbuk roti kemudian masukkan telur dan diikuti air sejuk dan diuli  menjadi seperti doh yang lembut ... simpan di dalam peti sejuk sebentar sementara kita membuat intinya.




Resepi : Inti ( Filling - separuh resepi )

55gm gula perang
1 sudu teh jus lemon
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
secubit garam
secubit serbuk buah pala
1/2 sudu besar tepung gandum
2-3 biji apple Granny Smith
10gm mentega tanpa garam

*sebiji kuning telur ( utk sapuan atas crust )


Caranya:

- Buah apple dicuci dan dibuang kulitnya kemudian dipotong dadu kecil2, gaulkan bersama jus lemon utk mengelakkannya menjadi lebam - ketepikan.

- sediakan periuk dan masukkan gula perang ( gunakan api kecil ya ) - biarkan gula masak hingga cair sedikit kemudian masukkan mentega, garam, serbuk kayu manis dan buah pala - gaul sebati. Masukkan tepung gandum pula kemudian masukkan buah epal yang telah dipotong kecil2 .. biarkan masak atas api kecil hingga epal lembut ( tidak apa sekiranya adunan menjadi berair/berkuah ) - tutup api biarkan sejuk seketika ...




Penyediaan : Apple Pie

saya guna acuan seperti gambar di atas ( acuan tart sebenarnya ) ... ambil sejumlah adunan pie crust dan tekan2 di dalam acuan, lakukan sehingga adunan habis kemudian bakar seketika di dalam oven 170 darjah Celcius selama 2 minit ( tak perlu lama ) dan keluarkan. sejukkan seketika.

sudukan inti apple di dalam pie crust tadi ( tidak perlu terlalu banyak ) kemudian tutupkan ikut cara anda sendiri atau boleh lakukan seperti gambar di atas ... boleh juga ditutup keseluruhan permukaanya dgn adunan pie crust dan dicucuk2 sedikit dgn pisau di atasnya. Sapukan sedikit kuning telur diatas crust ...

bakar pada suhu 170-175 darjah Celcius atau ikut suhu oven anda selama 20 minit atau hingga permukaan atasnya sudah keperang-perangan. Sedap dimakan panas-panas bersama dengan Apple Sauce ....




Untuk membuat Apple Sauce :

Lebihan sos dari inti tadi dipanaskan semula bersama dgn sedikit cream atau susu segar hingga menjadi sedikit pekat ... senang je kan ...

***Sekiranya tiada lebihan sos, just tambahkan 3 sudu besar gula perang bersama 1/2 sudu besar mentega + 2 sudu besar susu segar *** masak atas api kecil hingga semua sebati dan sedikit pekat.


Selamat mencuba ... Happy Baking!







Tuesday, May 7, 2013

Sweet Corn Muffins bersos cream cheese

Assalamualaikum ...


... tak sah apa2 masakan saya tanpa cream cheese ... paling mudah ber' experiment' dgn cream cheese terutama di dalam hidangan pencuci mulut atau dessert ... alwaz brought excitement to the plate ... :-)

... dah lama teringin nak buat dessert menggunakan jagung - well ... it was canned sweet corn actually = brand ADABI ... last2nya teringatkan Muffin Jagung Kenny Rogers -- so saya google la internet .... ( i prefer to check out the english recipe 1st than the malay recipe .. )

... nvm, check out my Sweet Corn Muffins with cream cheese - enjoy ....!


Sumber resepi saya .... terima kasih

MUFFIN JAGUNG ALA KENNY ROGERS ROASTERS

Bahan-bahan :

1/2 cawan butter
2/3 cawan gula halus
1/4 madu
2 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
3/4 cawan yellow corn meal/polenta (mimie guna jagung kering yg dikisar)
1/2 cawan susu segar
3/4 cawan jagong frozen

cara-caranya :-

  • Pukul butter, gula, honey hingga kembang dan masukkan telur dan garam. Pukul lagi hingga 'creamy'.
  • Di dalam mangkuk lain satukan tepung, baking powder (diayak) dan cornmeal.
  • Masukkan bahan tepung sedikit demi sedikit kedalam butter tadi dan diselang seli dengan susu segar. Pukul rata.
  • Masukkan jagung frozen. Kacau rata. Sudukan 3/4 penuh dlam papercup atau cawan muffin.
  • Bakar pada suhu 180 selama 25-30 minit atau hingga keperangan.


Saya cuma tambah cheese sauce
  • 50gm cream cheese
  • 2 sudu besar gula aising/castor pun boleh
  • 2 sudu besar cream atau susu segar ( ikut kepekatan yang dikehendaki )
- gaul semua bahan2 diatas hingga sebati




Wednesday, May 1, 2013

Tart Buah-buahan dengan cream cheese

Assalamualaikum ...


... selit entry fruits tart ni sebelum terlupa - tempahan dari kawan utk dibuat sedulang hantaran kalau tak silap - thanks Ajie :-)

Fruits Tart with Cream Cheese ( bukan kastard ya... )

Sesiapa yang berminat, sila la buat tempahan .... utk maklumat harga, sila lihat di link Harga Produk, tq ...





Sunday, February 24, 2013

Mini Pavlova

Assalamualaikum ...


... terlalu penat badan ni dan dah terlalu mengantuk sangat ( 11:16pm@24/2/2013 ) .... cuma nak kongsi juadah minum petang ramai2 kami di rumah Atok Wahid aka Tok Ed aka Pak8 .... ( tak mampu nak tulis panjang dah ni ... hurmmm alahai mata ... )



Mini Pavlova untuk juadah minum petang yang santai2 @ simple only ^__^


Mini Pavlova yang dibentuk 'rosette'






Thursday, February 7, 2013

.... Choc Pistachios E'clairs

Assalamualaikum ...


ha'ah la.... dah lama berhajat sangat nak buat E'clairs tapi takda masa yang sesuai utk mencuba resepi cuma baru2 ni baru berkesampaian membuatnya setelah berulang2 kali membelek buku resepi 'Cheesecake' dan mata terhenti kat resepi E'clairs ni ...



 .... yang ini saya buat -

Instead of Hazelnuts ( as per the original recipe ). i used Pistachios becoz i just like the color of the nuts - Green gitu ^__^







... kalau rajin cuba la - boleh juga google search for recipe in Bahasa ...



Friday, January 11, 2013

Pavlova - again ...

Assalamualaikum ...


... haritu masa buat utk sepupu saya Amirah, the kiddos thought it was for their stomach ... hehehehe ... kids ;-0 ... so, since saya tengok dalam fridge ada lagi balance buah2an like kiwi dan mangga ... makanya, petang tadi saya buatkan la sebiji Pavlova untuk mereka .... meloncat suka dorang bila saya hidangkan lepas makan malam tadi ...





... Kalau sapa2 berminat nak tempah dgn lain2 jenis buah-buahan juga boleh ... cuma RM35.00 untuk 1 layer Pavlova dgn 3 jenis buah2an ... contact saya ya 012-5745187, tq


Saturday, December 15, 2012

Pilihan Menu Minum Petang

Assalamualaikum ...


...Sharing is Caring - orang kata ( untuk resepi, sila google search ) :-)












... cuba, jangan tak cuba ...! samada beli atau buat sendiri ...;-)



Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant