Kek Hantaran Fondant

Kek Hantaran Fondant

Followers

Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Monday, November 30, 2015

Resepi Mamee Kari Udang

Assalamualaikum ...


.... confirm sedap terangkat sebab guna leftover kuah kari udang ...!

Senang jer resepinya main campak-campak bahan yang ada jer. JOm ... tengok apa resepinya.


Resepi Mamee Kari Udang (tiada sukatan khusus)

1 paket Mamee Kari ( rendamkan dgn air panas utk melembutkannya sedikit )
1 mangkuk kecil kuah kari udang (lebihan/leftover)
5 ekor udang sedang (atau lebihan dari kari udang kita) - dicuci bersih
1 biji telur
Air secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
Sayuran : sedikit taugeh, daun bawang dan daun sup
Perasa : sedikit garam dan sedikit perencah kari Mamee

Cara membuatnya :- selalu kita isikan air dalam periuk dan terus masukkan maggi bila air dah panas kan, untuk resepi ini ... kita bancuhkan separuh (atau semua kalau suka) perencah kari tersebut dgn sedikit air utk dijadikan pes dan tumiskan sekejap jer di dalam kuali kemudian terus masukkan udang, tumis lagi seketika hingga udang tersebut separuh masak kemudian masukkan kuah kari udang dan air secukupnya ... biarkan menggelegak seketika dan bolehlah dimasukkan mee mamee kita bersama taugeh dan akhir sekali pecahkan sebiji telur ke dalam kuah kari tu dan masak sekejap je lagi. 
Angkat dan hidangkan bersama daun bawang dan daun sup.
Dah siap untuk dimakan.

* Selamat Mencuba *



Sunday, February 8, 2015

Resepi Spaghetti Bolognese Cheese

Assalamualaikum ...

...dah melepasi pukul 1.00 pagi tika ini, mata dah mengantuk tapi semangat nak update blog tengah panas, macam rasa nak bercerita panjang tapi ... malas pulak nak menaip - sooo ... tutup la bab nak bercerita ya ...

...apa kata kita layan bab resepi makan2 je la, dah masuk hari Ahad dah pun ni - cuti hujung minggu ni pakat2 la rajin sikit ke dapur - masak simple2 pun jadi lah asalkan tak kuar makan di luar ... kut dapat save budget sikit kannn.... 

...kita berspaghetti je hari ni k ... anyway ... dah lama saya masak menu spaghetti ni dan dari sari ke sari saya nak share di blog dari tahun lepas lagi, kesudahnya ... baru la ni gatei nak kongsi sbb rasa sangat dah terabai blog saya ni, tak banyak entri... huhuhu...

.... let's check out the pic and the recipe 



... seenak nama diberi - Spaghetti Bolognese Cheeze

Bahan-bahannya :- Untuk makan 4 orang

Bahan utama untuk membuat sosnya : Isi ayam secukupnya yang dicincang atau dikisar halus
1 paket spaghetti (San Remo) - direbus bersama 1 sudu besar garam dan sedikit minyak masak
1 botol sos spaghetti (Kimball - perisa cendawan)
2 labu bawang Holland - dipotong dadu kecil-kecil
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 - 1 cawan parutan keju cheddar atau parmesan
garam secukupnya
1 sudu teh gula
minyak sayuran/minyak zaitun secukupnya untuk menumis

2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1/2 cawan air rebusan ayam atau air panas sahaja pun boleh

*dried herbs - optional
1 sudu kecil rosemary kering
1 sudu kecil basil kering
1 sudu kecil oregano kering

*sayuran : semua dipotong dadu kecil-kecil - optional juga, mana2 yang ada
1 biji tomato
1 batang celery
1/2 batang carrot sederhana

*sedikit cilantro atau daun saderi utk hiasan

Cara memasak:-

- rebus spaghetti bersama sedikit garam dan sedikit minyak masak hingga masak dan lembut kemudian toskan airnya. Hidangkan di dalam mangkuk.

- untuk membuat sos yang enak, tumis bawang holland dan bawang putih hingga naik bau ( jgn garing ya)
- kemudian masukkan isi ayam yang telah dikisar - tumis lagi hingga sebati dan naik lagi baunya.
- Masukkan semua herba kering dan juga sayuran yang telah dipotong dadu ... kemudian
- masukkan pula sos spaghetti kimball pilihan hati bersama sos tomato dan sos cili - kacau sebati lagi -
- masukkan sedikit demi sedikit air rebusan ayam atau air panas untuk mendapatkan kepekatan sos yang dikehendaki ... ada orang suka berkuah banyak macam anak2 saya ... saya lebihkan sikit air
- juga masukkan garam secukupnya dan juga sedikit gula untuk mengimbangi rasa masam2 sos tersebut
- akhir sekali masukkan 1/2 cawan parutan keju cheddar atau parmesan - kacau hingga mesra dan bolehlah ditutupkan api ...

- hidangkan bersama sedikit parutan keju dan daun saderi di atas spaghetti tersebut.














SELAMAT MENCUBA .... jangan tak mencuba pulak sebab senang bangatttt dong resep-nya.




Wednesday, August 27, 2014

Resepi Laksa Goreng Basah

Assalamualaikum ...


Salam tengahari Rabu semua - wordless wed? errr ... not today - Today, i wanted to share this laksa goreng basah recipe here with my viewers ( yang tak seberapa tapi sekali cek kelmarin ... tuuu dia ... total pageviews today - 400 ..! - jarang2 berlaku ni - but alhamdulillah sekiranya blog masakan picisan saya ini dikunjungi orang )

So, minta mahap ya kekadang saya suka merojakkan bahasa dalam penulisan blog saya ni ... afterall it's only simple english where everybody can understand even standard 2 - 3 school children also be able to comment if they read my blog ... hihihi.

Beberapa hari lepas saya buat laksa assam menggunakan laksa kering so ... ada leftover/lebihan mee laksa, jadi pagi tadi for breakfast saya pi goreng la mee laksa tu ... maka jadilah Laksa Goreng Basah - powerrr wooo pedas menyengit gak pekena dengan cili padi ...

resepinya punyalah senang sebab goreng macam kita goreng mee kuning tu ... haaa - gitu lah, jom kita cek macamana saya buat laksa goreng ni CARA SAYA ... bukan cara orang lain ya ....

... sat, tunjukkan gambar dulu - kasi feeeeeel ....




Laksa Goreng Basah
( untuk makan 2 - 3 orang )

2 keping laksa kering - ( ikut brand apa yang digunakan ya ), dalam 2 mangkuk laksa kering yang sudah
                                   direndam lembut, direbus dan ditoskan. Kemudian lalukan di bawah air utk
                                   membuang kanji pada laksa tersebut.

1 mangkuk kecik isi ayam ( boleh juga guna udang basah )
sedikit sayuran ( kobis/taugeh/sawi ) - sini saya gunakan kobis yang telah dipotong kecil
1 biji telur
3 sudu besar pes cili ( campuran cili kering, bawang kecil, bawang putih yang telah dikisar halus )
2 sudu besar kicap
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
minyak masak secukupnya utk menggoreng

untuk hiasan ( utk dimakan ) dan mendapatkan feel laksa  :-
(sukatan ikut suka ya ...)

daun pudina
bunga kantan ( dimayang halus )
cili padi
potongan limau nipis

CARAnya :-

tumis cili pes sebentar kemudian masukkan semua sos2 yang berkenaan dan tumis sebati kemudian masukkan isi ayam, tumis lagi kemudian pecahkan telur and  Masukkan sayur kubis, mee laksa dan goreng sebati semua. Dah masak boleh dihidang bersama daun pudina, hirisan bunga kantan jika suka, cili padi dan limau nipis ...

memang teranngkat bila makan dgn cili padi ....! pedassss ....

senang je kan ......... so, kalau ada lebih mee laksa tu jangan disimpan utk dibuang kemudian hari ... boleh cuba menggorengnya mengikut resepi saya ni ... atau pun ikut kreativiti anda masing-masing.

SELAMAT MENCUBA ...! *__^



Thursday, December 13, 2012

Penangan Iklan Mee Maggi - Mee Maggi Kari Ayam saya ....

Assalamualaikum ...


..... bukan tak pernah makan atau masak mee maggi ni - kurang2 2 minggu sekali mesti ada buat utk anak2 - tapi selalunya bila masak mee maggi ni - plain jer ... kosong jer ... semata2 mi dan air - 2-3 minit siap ... ;-)

..... tapi sejak iklan Mee Maggi terpapar di skrin tv dgn pelbagai resepinya hingga anak2 dah boleh teka dan hafal iklan2 tersebut - tergugat jugak akak .... memang nampak menyelerakan sungguh - alaaaa bukan tak pernah masak sebegitu tapi tu lah ... betapa kuatnya pengaruh iklan kan ....

..... akak pun terpanggil la ... utk memvariasi mee maggi ni  maka jadilah Mee Maggi Kari Ayam -



Resepi saya :-

5 paket Mee Maggi Perisa Kari / atau apa2 brand Mee pun ok ( saya suka MAMEE sebenarnya )
Air secukupnya
1/2 cawan santan kelapa
Sedikit isi dada ayam - dipotong2 kecil
50 sen taugeh
Sedikit daun bawang dan daun sup sebagai hiasan
Sedikit bawang goreng 
Sedikit cili merah dihiris nipis

Caranya :- seperti yang anda biasa masaklah ... hehehehehe - rebus2 je kan ... ;-)


...berasap lagi...






Thursday, September 20, 2012

Mee Goreng Ladna - Triple Hot ( resepi )

Assalamualaikum ...


Petang ni nak kongsi resepi Mee Goreng Ladna yang saya masak utk tengahari tadi .. ha'ah buat makan tengahari sebabnya dah tak tahu apa menu nak masak utk tengahari lagipun banyak hal pagi tadi hingga tak sempat nak mereka apa yg nak dimasak ... boleh gitu..? hehehehehe

Jom la tenguk macamana resepinya ... lain dari kebiasaan juga ni sebabnya dah jadi mee goreng tanpa kuah...tapi memang pedas dan pedor ( kata orang Perak ) kalau perut tak tahan pedas baik diolah balik resepinya sendiri ya ...;-)



Mee Goreng Ladna ( Vege ) - triple hot
versi : saya sendiri

1 paket mee kuning
sedikit bunga kobis
sedikit carrot
sedikit lada hijau cameron
1 mangkuk stok udang/ayam secukupnya
5 sudu besar pes cili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk kasar )
1/2 sudu besar lada sulah
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
garam dan gula secukup rasa

Caranya :-
- Tumis cili pes hingga naik bau kemudian masukkan kesemua sos ( cili, tomato & tiram ) kacau hingga mesra.
- masukkan lada hitam dan lada sulah, kacau lagi hingga sebati.
- masukkan sayur-sayuran bunga kobis, carrot dan lada hijau..kacau mesra lagi.
- akhir sekali masukkan mee kuning, garam dan gula secukup rasa ... kacau hingga masak.
- hidangkan panas-panas bersama hiasan daun bawang dan daun sup serta bawang goreng dan untuk rasa yang lebih uummmpppphhh lagi perah sedikit limau nipis .. memang terranggkatt terutama kat perut ... hehehehehe .....



verdict : licinnnnnnnnn ^__^ walaupun triple hot ( dengan cili pes, sos cili & lada hitam+sulah )





Thursday, July 26, 2012

Mee Kari 'Seafood' ( resepi )

Assalamualaikum ...


Mee Kari Seafood - antara menu saya pada Ramadhan  ke-2, memang teringin sangat nak makannya lagi - saya tak makan nasi lansung ... ada lah dalam 3 pinggan mee kari ni saya hadap ... heheheheh ( bukan sekali harung ... k! )

Setiap kali nak masak mee kari - saya tak ingat lain dah ... mesti mee kari seafood dan mesti ada ketam ... bahan utamanya - lain-lain adalah sotong, udang serta ikan bilis ..

Ok.. we go straight to the recipe ya ...

ini adalah cara simple saya menyediakannya ... cepat dan senang tapi lazat ^__^


Bahan-bahan
2 paket Mi Kuning ( dicelur )

2 ekor ketam ( bersihkan dan dikerat kecil )
3 ekor sotong ( saiz sederhana sahaja - bersihkan dan dipotong2 )
300gm udang ( bersihkan )
100gm ikan bilis ( bersihkan dan dikisar/tumbuk )

400 gm santan kelapa
air secukupnya ( terpulang mengikut kepenatan kuah yang dikehendaki )
air asam jawa

Bahan menumis
1 sudu besar cili paste ( sekiranya nak rasa pedas cili )
2 batang serai ( dititik )
2 tangkai daun kari
2 paket serbuk kari ( untuk ketam,udang,ikan ) ADABI
7 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
 * dikisar/ditumbuk sekali

2 batang kulit kayu manis
3-5 bunga lawang
sedikit bunga cengkih

Bahan rencah lain
taugeh
sawi
daun bawang dan daun sup
bawang goreng
taufoo goreng ( potong kecil2 )


Caranya :-

- Tumis serai hingga naik bau beserta rempah ratus, daun kari kemudian masukkan cili paste dan bahan2 dikisar tadi - tumis mesra kemudian masukkan paste kari - tumis lagi hingga terbit minyak ...

- masukkan ketam dan udang, tumis gaul seketika, masukkan separuh santan dahulu .. tumis lagi hingga bahan2 semua mesra .... bila sudah mesra dan mendidih - masukkan air secukupnya beserta air asam jawa ... masak lagi dan akhir sekali masukkan udang dan sebahagian lagi santan ... kepekatan kuah mengikut cita rasa masing-masing.

- bila sudah masak, bolehlah dihidangkan bersama dengan mee kuning dan lain-lain rencah penyedap rasa ...
sekian ...


Selamat mencuba





Tuesday, February 21, 2012

Mee Kari Ketam

Assalamualaikum ...


:-) biasa ler ... dah tak sempat nak mengarang hari-hari kat sini dah - itu kes bila masa yang sangat terbatas - badan penat - menyiapkan tempahan kek ... alhamdulillah - rezeki :-)

anak2 pulak - bila dah bersekolah balik pulak lewat tengahari ... sampai umah memang dorang takda selera nak makan nasi - agaknya pun mamanya ni dah tak tahu apa menu nak masak ... semua lemau - alahaiiiii ...

so, hari ni dalam menyiapkan tempahan kek dan kapkek - saya buat mi kari ketam jer ... nama pun ketam kan - so bahan utama kuahnya ketam ler ... tak payah beli ketam memahal atau besar - sedang2 pun cukup .. nak buat perasa dan sememangnya kuah kari tu manis ....

- utk resepinya, sila semak kat 'label resepi' ya ... akak tak rajin nak menyalin semula ...

...dalam penat2 badan - 2 x tambah sekali makan ..! hahahaha


Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant