Kek Hantaran Fondant

Kek Hantaran Fondant

Followers

Showing posts with label Kek Perkahwinan Tema BIru Putih - Gum Paste & Fondant. Show all posts
Showing posts with label Kek Perkahwinan Tema BIru Putih - Gum Paste & Fondant. Show all posts

Sunday, November 30, 2014

Kek Hantaran Pertunangan

Assalamualaikum ...


Musim kahwin kenduri kendara dah bermula bila bermulanya cuti panjang persekolahan penghujung tahun 2014 ni.... bakers pun tak senang duduk menyiapkan tempahan-tempahan kek macam-macam kek le ... kek hantaran bertunang ler, kek kahwin bertingkek - tingkek ler, kek utk doorgift ler, kek harijadi pun ada ...pendek kata macam-macam jenis occasion la ... ^__*

saya pun tak terkecuali menyiapkan kek2 hantaran cuma kali ini saya tak dapat ambil banyak tempahan kerana masa amat2 terbatas - mak saya baru menjalani pembedahan buang rahim baru-baru ni ... dan kami adik-beradik keluar masuk hospital menjaga mak - masak makanan untuk mak ... penat ... dan akhirnya kecundang saya bila kena demam selsema, batuk dan runny nose ... dengan hujannya yang tak tentu masa ..kekadang pagi, tengahari pun kekadang turun lebat apatah lagi hujan belah petang bawa ke malam ....

tempahan kek hantaran ni datangnya dari Puan Maimunah dari SPA, Ipoh Pk ... kek hantaran bertunang bentuk hati bertema warna biru untuk anak saudara beliau dan sebiji lagi kek fondant sepenuhnya bertema warna merah jambu lembut untuk kek hantaran anak beliau sendiri pada minggu yang berikutnya ...

terima kasih banyak-banyak Puan Maimunah...


Kek : Kek Kukus Buah
Saiz : 7 inci
Body : Fully Fondant
Deco  : Readymade Gumpaste Flower and Homemade Fondant Flower
Price : Starts from RM150.00


Kek : Kek Butter Vanilla
Saiz : 8 inci, Bentuk LOVE
Body : Buttercream
Deco : Homemade Fondant 5-Petals Flower
Price : Starts from RM90.00





Untuk tempahan akan datang - Whatsapp/Text @012-5745187 - Aza, TQ





Monday, December 16, 2013

Kek Kahwin 2 Tingkat tema Biru dan Putih

Assalamualaikum ...


... terima kasih pada Kak Rosmah atas tempahan kek ini .. juga terima kasih pada Ajie dan Kak Zariah yang merekomenkan pada Kak Rosmah ... minta halal semuanya ya ...




Kek 1 : Kek Chiffon Lapis berkrim dengan Butterscotch Sauce
Kek 2 : Kek Butter perisa Strawberry
Kek saiz : 8" dan 9"
Bunga : Readymade Gumpaste & Homemade fondant ( sampingan )
Frosting : Buttercream
Tema Warna : Biru & Putih/Cream





Sunday, June 9, 2013

Kek Kahwin - Tema Biru

Assalamualaikum ...


.. semangat - teruja - tak mengira waktu walaupun lesu akhirnya namun amat berpuas hati dengan 'ending result' nya - apakah itu?

^__^ sori - buat anda tertanya-tanya apakah itu ... ok ... ini dia -






Kek : OMBRE BLUE VELVET
Body : STEAM BUTTERCREAM
Flowers & Deco : HOMEMADE GUM PASTE  with Own Creation







100% saya membuatnya 'from scratch' kata orang Jawa ... mmg teruja sangat apatah lagi mendapat pujian ( wlaupun bukan itu matlamatnya ) dari adik sepupu yang menempah on behalf kawan baiknya - Sal ( pengantin perempuan ) malah - pengantin pun turut menyukai hiasan kek utamanya ...

ini adalah bahagian kek utama ( atas sekali ) utk kek perkahwinan 3 tingkat yang mana 2 lapis di bawahnya adalah cupcakes ...




Cupcake Flavors : MOIST CHOCOLATE with CHOC Ganache & BUTTER VANILLA with Buttercream
Flower : Buttercream & Fondant


ini adalah cupcake nya ...

Dan di bawah ini adalah gambar-gambar ehsan dari handphone adik sepupu saya Amirah yang menjadi salah seorang 'Dayang' di majlis tersebut ... dia yang tolong set up meja kek kahwin tersebut ...





Thanks so much Mirah & Sal - Pengantin ^__^


Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant