Kek Hantaran Fondant

Kek Hantaran Fondant

Followers

Showing posts with label stories - day in day out. Show all posts
Showing posts with label stories - day in day out. Show all posts

Friday, July 22, 2016

Masuk Hospital Hujung December 2015

Assalamualaikum ...


...perancangan Allah swt itu yang paling baik - semasa arwah Bapak buat follow-up kat IPPT Bertam Penang dengan Doktor Yusry - Klinik Endokrin, saya pun tumpang sekaki sebab nak cek ada bengkak kat leher yang semakain ketara - selama ini arwak Mak yg selalu tegur yang tengkuk saya dah kembang dan saya selalu jawab... ".. dah gemok - tengkuk kembang le"

...dari pemeriksaan awal doktor, dia bagitau sah-sah Bengkak Kelenjar Tiroid, since then saya berulang alik IPOH - PARIT BUNTAR - BERTAM (kalau tak silap dari bulan Ogos 2015) untuk pemeriksaan lanjut hingga membawa ke pembedahan Total Thyroidectomy hujung bulan December 2015. Arwah Bapak masih ada lagi sepanjang saya ulang-alik Ipoh-Parit Buntar-Bertam dan vice-versa tu... dan kami ada berbincang macamana nanti bila pembedahan saya yang dijadualkan pada awalnya bulan November 2015 dilakukan ... sapa nak menjaga Bapak.. sbb selama ini saya yang berulang alik setiap pagi ke rumah BapakMak di Kg Tersusun Tasek aka Bercham utk melihat keperluan Bapak ( seblum tu Mak dan Bapak) -makan minum dan ubat2annya ... namum dengan kehendak Allah menjelang hari pembedahan Bulan November tu - saya jatuh sakit demam yang agak teruk - dengan batuk selsemanya - demam panas .. so sudah tentu pembedahan terpaksa ditangguhkan dan tarikh baru yang Doktor free utk pembedahan saya hanya pertengahan bulan December 2015 - lagi saya bimbang ... again, sapa nak jaga Bapak bila bukak sekolah nanti ...Adik saya yang cikgu (tinggal bersama Bapak dan Mak) akan bertugas semula, tinggallah bapak sorang2 kat rumah balik ...

...dalam kebimbangan saya tu - December 07, 2015 Allah menjemput Bapak pulang kepangkuanNYA semula - biar DIA saja yang menjaga Bapak (sepertinya)... huaaaaahuaaaa... hancur luluh lemah longlai diri ini - Bapak pergi tinggalkan saya buat selama-lamanya ....

Episod saya bermula :-
December 28, 2015/Isnin - melapor diri masuk wad
December 29, 2015/Selasa - pembedahan berlansung jam 9am - sedar2 dah pukul 12pm++ terus warded
                                             ICU untuk pemantauan
December 31, 2015/Khamis - masuk bilik Wad
January 01, 2016/Jumaat - saya mintak nak balik rumah - discharged sebab persekolahan sessi tahun 2016
                                          nak bermula - nak tengok2 anak-anak
seterusnya...follow up utk keputusan pembedahan dari hasil bengkak kelenjar tiroid yang dah dibuang - ALHAMDULILLAH saya bebas kanser tiroid - cuma isi-isi cecair atau istilah perubatan Multiple Nodule Goiter sahaja ...


.... bersama sahabat baik dari sekolah menengah lagi ...
Haniza Azlan ( Dtn)

...sejak itu bermulalah episod hidup saya menjadi seorang HYPOtiroid yang terpaksa bergantung pada ubat Thyroxine (sebagai pengganti kepada kilang hormon iaitu kelenjar tiroid yang dah dibuang) sepanjang hayat...




Wednesday, June 8, 2016

...kena kuatkan semangat

Assalamualaikum ...

Ya...kena kuatkan semangat untuk kembali berblogging setelah berbulan-bulan tidak update apa-apa di sini. Last entry sangat mencuit hati lara - pasti terhenti di situ dan pasti airmata akan mengalir laju merindui mereka ... sangat2 merindui dan adakalanya dunia seakan lumpuh seketika ... RAMADHAN 1437H datang lagi - hadirnya mengimbau saat-saat sedih pilu episod kehilangan pertama yang tak terucap dengan kata-kata - 17 Ramadhan pasti datang .. datangnya membawa tangisan lagi ... mengenang lagi ... jangan dipersalahkan diri ini dan bukan tidak redha pemergiannya tapi pergi Bonda membawa rindu yang tak bertepi ... Demi Allah - rindu sangat2 ...

Akan dikutip kekuatan untuk terus berkongsi apa yang telah dilupakan sejak sekian lama ... tentunya gambar2 tempahan dari rakan-rakan dan pelanggan-pelanggan yang budiman yang sentiasa menyokong SSC selama ini ... namun sebenarnya - perkongsian hanya berlaku di FB dan IG tetapi tidak di'update'kan di sini sahaja... mohon maaf ya kalian.

Entry seterusnya akan dimuatkan gambar-gambar tempahan kalian ... dan ada juga perkongsian yang berlaku pada diri ini setelah kepermegian Ayahanda ... tungguuu  cerita selanjutnya.


Terima kasih kerana sudi singgah di sini walaupun tuannya menyepi seketika ... ^__^



Tuesday, February 9, 2016

Bapak Pun Pergi Jua ....

Assalamualaikum ...


.... lama saya ambil masa untuk berkongsi lakaran hati sedih pilu setelah ditinggalkan BAPAK dua (2) bulan yang lalu. Tarikh 07.12.2015 akan terpahat selamanya dalam hidup kami 6 beradik. Bapak pergi buat selama-lamanya meninggalkan kami hanya 5 bulan selepas arwah MAK pergi dahulu mengadap Ilahi ... hati  anak mana yang tidak sedih kerana baru saja kehilangan Bonda tercinta kini Ayahanda pula dipanggil pulang untuk bersama dengan Bonda ... ;-(

.... pasti ... pasti airmata ini mengalir laju setiap kali terkenangkan arwah Bapak, malah tika dan saat ini cerita dirakamkan hati menahan sebak ... sebak yang melumpuhkan jiwa. Ya ... saya sangat terkesan dengan pemergian Bapak ... sangat2 terkesan, I don't prepare for it .. we never expected it to happen so quickly ...

.... lost for words ;-(

AL - FATIHAH


... dalam kenangan - in loving memory of Mak & Bapak
Tahun 2015 adalah tahun kesedihan buat kami sekeluarga

...RINDU YANG TIDAK BERTEPI...


Sunday, November 29, 2015

Salah Saya ...

Assalamualaikum ...

Ya... Salah saya ... saya mengaku ... salah saya kerna mengabaikan kamu..! sorry sangat2 ... bukan apa - cuma rasa lemau jer ... bila dah smartphone ditangan - semuanya dihujung jari dan dimana-mana pon boleh ... kannn

dengan awak karang ... nak kena ngadap dan duduk berjam2 ke .. dah tu plak kena berebut dengan anak2 nak kan awak jugak ... so - saya beralah lah ... huhuhu

okay ... okay ... lepas ni saya cuba utk merajinkan diri untuk mengadap awak pulak ya - yaaaa... tauuu... saya banyak berhutang ... banyak berhutang nak update gambar2 atau apa2 citerlah kat awak...kat sini ...

sorryyy yekkk ....

jap lagi saya sambung ... k    *__^  muahhhh... sayang awak - wahai BLOG ku ...!




Sunday, August 2, 2015

Gambar-gambar kenangan bersama arwah MAK

Assalamualaikum ...


... last entry saya kata nak belanja gambar-gambar raya 1 Syawal 1436H tanpa Mak -

Raya tahun ini kebetulan semua ( kecuali abang sulung ) beraya di sini sebelah family saya dan ketentuan Allah jugak mak dah lagi tak ada bersama kami ... suasananya macam biasa tapi masing2 diam tidak menyebutnya cuma sesekali ada perkara lucu terjadi dan mengaitkan mak dengannya .... baru nama mak terpacul ...hmmmm

Petang Ramadhan terakhir kami semua menziarahi pusara mak di tanah perkuburan Kg Kepayang, Ipoh ... ntahlah ... perasaan tu bercampur-baur .. sedih ... bingung ... ye ke ... tak percaya ... dah bersedia tapi terasa macam bermimpi mak dah takda ... beberapa hari selepas kematian mak saya menjenguk bapak di rumah keluarga seperti biasa ... terus saya menangis semahu-mahunya kerana rumah tu terasa sangat sunyi sepi ... kosong ( dan kebetulan bapak tidur kerana tak berapa sihat ) .... terlihat katil yang arwah mak selalu tidur baring dalam sihat dalam gering ... sesekali bau kapur barus masih terasa menusuk ke hidung ... lagi hati ini meraung rindukan mak ... susah nak gambarkan bagaimana perasaan ini bila kehilangan orang yang kita sayang dan menjadi sebahagian dari diri kita selama 46 tahun ....

1 Syawal 1435H





1 SYAWAL 1436H

Bapak bersama 5 dari 6 anak-anaknya

Family saya bersama Bapak


Family adik ke 5 bersama Bapak

Family adik bongsu bersama Bapak

Bapak and the ladies

Most of us in Black attire

5 beradik - Berpisah tiada

.... kami bertambah erat, saling sayang-menyayangi, saling tolong-menolong, bekerjasama, ingat-mengingati .....

TO BE CONTINUED...


Sunday, May 24, 2015

Pertabalan Sultan Nazrin Shah, Sultan Perak ke 35

Assalamualaikum ...

06.05.2015 - Pertabalan Sultan Nasrin Shah, Sultan Perak ke-35



KUALA KANGSAR: Istiadat Tabal Adat bagi pertabalan Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Shah berlangsung di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini hari ini dalam suasana penuh tradisi dan adat resam Kesultanan Melayu Perak.

Istiadat Tabal Adat yang menandakan kesinambungan teraju pemerintahan Perak itu bermula dengan para jejawat yang membawa masuk masing-masing 16 lembing dan payung kerajaan mengambil tempat di kiri kanan Balairung Seri....


...... berita penuh sila klik SINI - sumber ASTRO AWANI

Tuesday, December 23, 2014

Saat-saat getir dalam hidup ....

Assalamualaikum ...


... lama sungguh tak update blog - hurmm ... saya banyak luangkan waktu di fb itupun bukannya setiap masa, jika berkesempatan sahaja melalui hp @mobile data - takda apa2 sangat nak dikongsi citer.... cuma saat-saat getir saja yang dilalui sejak kebelakangan ini...

... Kedua orang tua saya tidak sihat - sangat tidak sihat, mak hingga kini masih lagi dirawat di HRPB, Ipoh ... admitted kali ke2 - jahitan pembedahan yang lalu tidak sembuh dan terbuka jahitannya ...anyway, alhamdulillah semalam doktor pakar dah menjahit semula bukaan jahitan lalu cumaaaa ... other sad news, doktor pakar O&G dari KL..Dr Yoon suggested that my mom to undergo Radiotherapy and Chemotherapy to treat her cancer from spreading even though her ovary has been removed on the 1st operation recently - it is just devastating to hear and i know mom could not stand the treatment cos' even little pain she had she cried and her face frown filled with pain ... 

... Bapak on the other hand, diagnosed with Brain Stent Stroke - i don't really know what terms the doctor prescribed but kata mudahnya ... stroke boleh berlaku sekiranya otak kita tidak mendapat secukupnya bekalan darah ... and in my father case - ada darah beku di otaknya dan dia terdedah kepada serangan stroke otak pada bila-bila masa sekiranya dia tidak dapat mengawal emosi atau tekanan tinggi ... it is fatal :-( ... another strike of hypertension or knock on the head or fall down and hit the head ... na'uzubillah - minta dijauhkan Ya Allah ....

... adik-beradik semua berkumpul - silih berganti pulang menjenguk dan menjaga mak bapak selagi terdaya dan termampu dengan kekangan waktu bagi yang bekerja dan berkeluarga ... wang ringgit yang dikeluarkan dan dibelanjakan untuk perubatan mereka sedikit pun tak dapat membalas segala pengorbanan mereka membesarkan kami enam/6 beradik ... namun, ini lah peluang kami untuk meraih sedikit pahala menjaga dan merawat mereka 

.... satu perkara yang berharga saya pelajari adalah ... menjaga orang tua/ibubapa yang sakit memerlukan kesabaran dan berlapang dada yang amat tinggi ... percayalah ... berdoalah bersungguh2 agar kita diberikan kekuatan dan keikhlasan dalam menjaga kedua ibubapa kita ...

... pengalaman ini belum ada titik nokhtahnya lagi - selagi hayat dikandung badan - berbaktilah kepada mereka tanpa mengira penat lelah - kelak mereka tiada nanti .... menyesal pun tiada guna - airmata darah sekalipun mengalir, takkan dapat kita melihat mereka lagi ..

... Mak ... Bapak ... Na minta ampun dan maaf kerana terasa sangat seperti tidak sempurna menjaga mak dan bapak ... sekiranya ada terasa tersinggung dengan layanan yang tidak sempurna dan memuaskan hati ... maafkan lah anak mu ini ...






..... semoga kami adik-beradik istiqomah dalam menjaga kedua orangtua kami serta sabar dan redho .....




Tuesday, December 2, 2014

Selamat Harijadi Muhd Farid Hakimi & Tahniah

Assalamualaikum ...


.... Dia penghibur di dalam keluarga, dia juga pak lawak, peribadi yang menyenangkan dan terasa senang dan mudah membela aka menjaganya ... hatinya juga lembut ( errr..macam mamanya ..heee ) mudah mengalirkan air mata - teramaatlah sensitif dan tak suka dimarahi sebab dia jarang nakal cuma kekadang peelnya menguji kesabaran jugak ... apa-apapun, dia anugerah terindah dari Allah swt setelah hampir 6 tahun perut ini tidak mengandung ^__^kan shapa-shapa ..


...16 Nov 2014 genap usianya 12 tahun dan juga genap 2 tahun arwah atuknya ( Abah suami ) kembali kerahmatullah .. tanggal 16.11.2012 subuh Jumaat.


... tahun ini, Toksunya aka Tok Ed menjadi penaja rasmi untuk menyambut harijadinya kerana tarikh lahir Tok Ed jatuh pada 17.11.2014 (Isnin ), maka kami meraikan sekali harijadi mereka ... mama ni hanya menaja 2 biji kek yang simple jer ... selalu gitu, bila kek tempahan orang - beria2 mama buatkan tapi utk anak sendiri .. mana dan jer ..hahahaaha .... tak tau la kenapa ...sorry dear ...


... jom layan gambar-gambar bercerita


























TAHNIAH juga mama ucapkan pada Farid di atas kejayaan besar dalam UPSR 2014 baru-baru ni - Alhamdulillah ... Subhanallah ... Syukur ... pada ALLAH swt ...





Tahniah juga buat Adik - Syafiqah Syaza di atas kejayaan dalam peperiksaan akhir tahun baru2 ini ...





..semoga Allah swt merahmati kami sekeluarga .. ameeennn ...




Saturday, August 23, 2014

#Mengenang MH17 - Kita berkabung

Assalamualaikum ...


... saya beri laluan sedikit untuk menzahirkan rasa hiba - pilu - sedih hati ini saat menyaksikan peristiwa bersejarah negara kita yang berkabung di atas kepulangan jenazah2 MH17 ( seramai 20 orang ) ke tanahair semalam - 22/08/2014 bersamaan dengan 26 Syawal 1435H ... lebih dari sebulan setelah mereka disahkan terkorban akibat ditembak dari bumi Allah yang dipenghuni manusia laknat durjana yang tidak ada hati perut apatah lagi takda sifat keperimanusiaan...!

... bila dikenang - terasa sakit hati - geram - marah - bengang dan macam-macam perasaan amarah dengan perbuatan laknat mereka ... namun siapalah kita ...  bila kita merenung balik - siapa lah kita utk melawan kehendak takdir Allah Azzawajalla ... semuanya sudah tertulis di Luh Mahfuz ... sejak azali lagi ... lalu kita pasrah dan redho ... semuanya ada hikmah - yang Allah saja yang tahu ... bertenang lah duhai hati ...

... di sini saya kongsikan link yang menceritakan kronologi detik-detik trajedi hitam yang berlaku ke atas pesawat MAS MH17 ... sila lah klik SINI ya - ini pun utk tatapan saya utk mengenangkannya kembali kelak ...

credit : google search internet

credit : google search internet

Tanggal 22 Ogos 2014, sebahagian dari mangsa dari pesawat MH17 pulang ke tanahair utk persemadian yang hakiki di bumi sendiri .... dan kerajaan Malaysia mengisytiharkan Hari Berkabung Negara - MH17 pada tanggal ini ... maka ramai rakyat Malaysia memberi kerjasama dengan bertafakkur selama seminit - 1 minute, tepat pada waktu 10.54pagi bagi menzahirkan rasa simpati serta dukacita bersama-sama dengan keluarga mangsa MH17.

... semua ( saya yakin ) dari kita sama-sama menitiskan air mata tatkala melihat peristiwa bersejarah ini ... apalagi sebak yang mencengkam jiwa melihat kaum keluarga - anak anak kecil mangsa menangisi insan-insan tersayang yang pergi buat selama-lamany ... sayuuuuu sungguh rasa hati ini..!


credit : google search

.... kisah si comel Abderrahman dan ayahnya paling terkesan sekali ..

Abderrahman Bin Ahmad Hakimi


... Ribuan rakyat mendoakan kesejahteraan mereka yang terkorban ... ribuan rakyat melakukan solat jenazah ghaib buat mereka ... ribuan rakyat sedeqahkan Al-Fatihah buat mereka ... Allahuakhbar, walaupun tragis pemergian mereka namun saya yakin Allah mengangkat darjat mereka di sisi Ya Rabb .... amin ... nasib kita pula bagaimana ....??

 ...pergilah dengan tenang       




Monday, August 18, 2014

...sambungan cerita Raya 2014

Assalamualaikum ...


:-) ... baru ada mood nak sambung citer Raya ( itu pun dalam keterpaksaan ... well ... ) - ermmm ..... let the pictures tell the story ok ... mood menaip story dah ke laut ... 

... rezeki lagi tahun ni dapat beraya malam raya di rumah ayahandabonda di Teratak Hj. Shukor & Hajjah Napisah @Kg. Tersusun Tasek, Ipoh.

CERITA 1 -  di pagi Raya 1 Syawal 1435H/2014M

Mak & Bapak - Mama Babah 
Mama Babah
Azrin - 1st
Ira - @2nd
Farid - 3rd
Fiqah - 4th
... blessing
.... till Jannah
Sister Cikgu Anis & Iman
... with cousins
CERITA 2 - beraya ....@ aunty & uncle house


uncle - Pak Ed's smiling away - beraya @his home
...baby Adam Darwish - 1st time collect duit raya ...!
.... selfie - chakkk...! with Adam & Safiuddin - nephews
.... cousin's family
... sister Cikgu Aliza - giving away angpow aka duit raya
... kids loaded with duit raya ..!
... younger Bro, Dr. Sam - "salam ... dulu"
.. me the housewife@lil baker - bagi gak duit raya - rezeki
 exchanging notes or rather duit raya collection among them
Pak Long's turn ....


CERITA 3 - Celebrate Amir Rusyaidi's Birthday on 6th Syawal ....

..... rich in chocolates - Moist Choc Cake
... " sing me a birthday song lah ..."
... lets cut the cake..!


CERITA 4 - Amira & Hadi - Big Day ..... to be continued in the next entry ........ TQ!



Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant