Salam Jumaat yang barakah ini ... in shaa Allah esok 1 Rejab maka bermulalah kita berlumba-lumba tingkatkan amalan kerana di dalamnya penuh dgn pahala dan keberkatan .... ^__^.
Semalam saya berpuasa dan hari ini juga saya berpuasa ... semalam saya buat pie ayam kerana dah lama teringin nak buat sendiri - makan sendiri ... sebelum berbuka sempat juga datang kekuatan utk membuatnya kerana mmg dah berhajat nak berbuka puasa dgn pie ayam ini ...
Banyak juga website saya google dan buka untuk meninjau pelbagai resepi membuat chicken pie ni ... wbg pun, resepi utk 'crust'nya hampir sama samada recipe dari English maupun dari BM .. dan saya dgn bijaknya .. ( ;-p hehehehe ) mengolah sikit resepi crust/kulit pie dari asalnya ( gabungan English & BM )
CHICKEN PIE @Simply Sweet &
Cheezy
DOH PIE :
- 150gram butter sejuk
- 280gram tepung gandum halus (yg tak payah diayak lagi)
- 1 biji kuning telur (dipukul)
- secubit garam halus
- 1 sudu teh gula halus
- 2 sudu besar ( air ice )
INTI PIE:
- 1 biji kentang (potong dadu dan dicelur seketika)
- 2 ketul bahagian ayam yang banyak isi ( tanpa lemak dan kulit – rebus dahulu dan carik-carikkan isi ayam )
- 1 biji lobak merah (potong dadu dan dicelur seketika)
- Sedikit mixed veggie atau boleh juga guna green peas dalam tin
- 1 biji bawang besar (cincang)
- 1 ulas bawang putih (cincang)
BAHAN UNTUK MENUMIS INTI PIE:
- 2 sudu minyak masak
- 2 sudu teh gula (ikut citarasa)
- 1 sudu teh garam halus (ikut citarasa)
- 1 sudu besar sos tiram
- lada sulah (serbuk) secukup rasa
- 2 sudu besar cream cheese**optional atau boleh digantikan dengan....
- 1 sudu besar tepung jagung(larutkan tepung jagung dgn 2 sudu bsr air)
- 2 sudu besar cream**optional
Cara-cara
membuat inti pie
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang
putih hingga naik bau kemudian masukkan isi ayam yang telah dicarik2kan
terdahulu kemudian terus masukkan semua perisa dan tumis hingga mesra.
Seterusnya masukkan ubi kentang , lobak merah dan
green peas – tumis mesra lagi dan akhir sekali masukkan larutan tepung jagung
atau cream cheese*), bila dah masak – ketepikan biar sejuk.
Cara-cara membuat DOH
Gaulkan tepung bersama garam dan
gula dan mentega sejuk menggunakan kaedah ‘rub’/gosok sehingga menjadi seperti serbuk roti kemudian
masukkan kuning telur dan uli hingga menjadi doh yang lembut – di sini bolehlah
tambahkan sedikit demi sedikit air ais/ice untuk menyatukan adunan tepung dan
mentega tadi ( uli dengan tangan saja ).
Kemudian canai
doh berkenaan setebal 1/2cm dan menggunakan penekap bulat ( saiz ikut acuan pie
) tekap doh yang dicanai nipis tadi dan masukkan ke dalam acuan pie ( bekas
aluminium atau dalam acuan pie atau dalam acuan muffin pun boleh ). Masukkan
inti pie yang telah sejuk tadi dan tutup bahagian atas dengan kepingan doh yang
lain. Tekan-tekan bahagian tepi doh supaya bahagian doh atas dan bawah melekat.
Sapukan kuning
telur diatas permukaan pie – anda boleh juga lorek-lorekkan bahagian atas doh
dengan garfu utk menghasilkan corak.
Terdahulu, panaskan oven selama
15minit. Bakar pada suhu 170-175C ( ikut kepanasan oven anda yang biasa )
selama 30 minit atau sehingga masak keseluruhannya. Setelah masak, biarkan
seketika di dalam oven sebelum dikeluarkan untuk dihidangkan panas-panas ... (
lebih enak .. )
Selamat mencuba "Happy Baking" .....
No comments:
Post a Comment