Followers

Monday, May 27, 2013

Resepi Butter Cake

Assalamualaikum ...


.... bila tidur awal dari kebiasaan, ini la jadinya ... bila terjaga dah susah nak lena balik - so update blog le :-)

baru-baru ni mencuba satu resepi kek mentega yang tersangat la enak dan gebu dan lembut dan mencair di mulut dan ... dann .. dannn ... banyaklah dannya - actually tak da banyak beza dgn resepi butter cake yang saya selalu guna ... sama saja cuma resepi ini dia lebih lembab dan gebu sebabnya ..... ( nanti tengok resepinya ok )

.... kebanyakan website atau blog yang saya googled telah memberi respons dan result yang sangat baik terhadap resepi ini dan terbukti bila saya mencubanya - so, saya akan kongsi resepi tersebut di sini dgn sedikit 'perubahan' yang dibuat utk serasi dengan tekak saya ...hihihi ...

.... sebelum tu - terima kasih dan kredit pada anda-anda yang telah mengongsikan resepi yang sama di blog dan website masing-masing ....

( tak sempat nak ambil gambar kek yang telah dipotong2 ...)


Sumber rujukan : MyResepi - TQ!

Bahan-bahan 

  • 250 gm buttercup
  • 250 gm gula halus ( saya guna 3/4 cawan gula kastor saja )
  • 5 biji telur ( saiz 'A' )
  • 1 sudu teh esen vanila ( saya tambah 1/2 sudu teh lagi )
  • 250 gm tepung gandum ( saya guna TEPUNG KEK - tak perlu tambah baking powder )
  • 1 sudu teh baking powder 
  • 1/2 cawan susu segar

Cara-cara

  1. pukul butter bersama gula sehingga kembang.
  2. kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila, pukul sebati.
  3. apabila sudah sebati masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak.. ( tepung kek )
  4. akhir sekali masukkan susu segar dan gaul sebati.
  5. masukkan adunan kek ke dalam acuan dan bakar suhu 180 selama 40 minit. 
  6. ( Oven saya menggunakan suhu 175 dan menghampiri 10 minit terakhir saya turun ke suhu dalam 165 sbb atas kek tu hampir gelap dan seeloknya guna acuan saiz 8 - 9 inci ..., masa membakar dalam 50 minit atau sila cucuk dgn tester utk memastikannya masak sempurna atau tidak )
 selamat mencuba - senang je ..! *__^

No comments:

Post a Comment

Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant