Assalamualaikum ...
.... apa khabar anda? sudah minum petang? apa agaknya menu pepetang minggu macam ini ya .... hari ni saya tak berapa rajin memasak sbb dah kontang idea apa nak masak utk keluarga ..so, tengahari tadi saya masak Spaghetti Bolognaise ( Chicken mince ) .. spaghetti sauce with mushroom ... masih ada leftover - kids nowadays - kurang makan pulak saya tengok - banyak minum yg lebih ... cuaca pun sejak kebelakangan ini agak panas terik hingga ke petang bawa bahang hingga ke malam ... full blast fan + the lowest air-cond temp ... do help a lot at night ... tunggu saja bill lektriknya nanti - poning pala babahnya ... hurmmmm...
..anyway, besides spaghetti saya juga ter'rajin' (dalam tak berapa rajin ke dapur ) pulak buat MINI 'APPLE PIE' utk minum petang ni ... mmg lama dah rancang nak buat ... so, petang ni la terlaksananya ...
...banyak website saya google for the best apple pie recipe and this is the one that i tried this evening .. check-out. saya minta maaf kerana tak ingat sungguh di mana saya dapatkan resepi asal Pai Epal ini - google balik pun saya tak ketemu websitenya, walau bagaimana pun untuk versi saya - saya sudah olah sedikit resepi yang asal kepada resepi yang bersesuaian dgn saya ... apa2pun kredit utk yang empunya resepi asal - terima kasih...
... untuk versi saya - saya jadikannya dalam bentuk 'mini' - comel-comel rupanya dan juga saya tambahkan apple sauce utk dimakan bersama dan juga utk resepi pie crust saya olah sedikit utk beri lebih perisa pada crustnya yang plain/kosong ...
Resepi : Pie Crust ( separuh resepi )
140gm tepung gandum
secubit garam
55gm mentega (mentega beku dari petiais)
55gm shortening
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 biji telur besar
1 sudu teh cuka masakan
1 sudu besar air sejuk
Caranya :
Gaulkan kesemua bahan-bahan di atas ( kecuali air ais dan telur ) di dalam mangkuk adunan dgn cara menggesel-gesel adunan di antara jari-jari hingga menjadi seperti serbuk roti kemudian masukkan telur dan diikuti air sejuk dan diuli menjadi seperti doh yang lembut ... simpan di dalam peti sejuk sebentar sementara kita membuat intinya.
Resepi : Inti ( Filling - separuh resepi )
55gm gula perang
1 sudu teh jus lemon
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
secubit garam
secubit serbuk buah pala
1/2 sudu besar tepung gandum
2-3 biji apple Granny Smith
10gm mentega tanpa garam
*sebiji kuning telur ( utk sapuan atas crust )
Caranya:
- Buah apple dicuci dan dibuang kulitnya kemudian dipotong dadu kecil2, gaulkan bersama jus lemon utk mengelakkannya menjadi lebam - ketepikan.
- sediakan periuk dan masukkan gula perang ( gunakan api kecil ya ) - biarkan gula masak hingga cair sedikit kemudian masukkan mentega, garam, serbuk kayu manis dan buah pala - gaul sebati. Masukkan tepung gandum pula kemudian masukkan buah epal yang telah dipotong kecil2 .. biarkan masak atas api kecil hingga epal lembut ( tidak apa sekiranya adunan menjadi berair/berkuah ) - tutup api biarkan sejuk seketika ...
Penyediaan : Apple Pie
saya guna acuan seperti gambar di atas ( acuan tart sebenarnya ) ... ambil sejumlah adunan pie crust dan tekan2 di dalam acuan, lakukan sehingga adunan habis kemudian bakar seketika di dalam oven 170 darjah Celcius selama 2 minit ( tak perlu lama ) dan keluarkan. sejukkan seketika.
sudukan inti apple di dalam pie crust tadi ( tidak perlu terlalu banyak ) kemudian tutupkan ikut cara anda sendiri atau boleh lakukan seperti gambar di atas ... boleh juga ditutup keseluruhan permukaanya dgn adunan pie crust dan dicucuk2 sedikit dgn pisau di atasnya. Sapukan sedikit kuning telur diatas crust ...
bakar pada suhu 170-175 darjah Celcius atau ikut suhu oven anda selama 20 minit atau hingga permukaan atasnya sudah keperang-perangan. Sedap dimakan panas-panas bersama dengan Apple Sauce ....
Untuk membuat Apple Sauce :
Lebihan sos dari inti tadi dipanaskan semula bersama dgn sedikit cream atau susu segar hingga menjadi sedikit pekat ... senang je kan ...
***Sekiranya tiada lebihan sos, just tambahkan 3 sudu besar gula perang bersama 1/2 sudu besar mentega + 2 sudu besar susu segar *** masak atas api kecil hingga semua sebati dan sedikit pekat.
Selamat mencuba ... Happy Baking!
*bake & cook with passion & love, it's a journey of home cooked delicacies* Everything's Simple & Sweet
Followers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MY STORIES
18 tahun lalu dan sekarang
(1)
29/11/-1/2/2011
(1)
Annoucement
(1)
Azlita Aziz - Masam Manis
(1)
Beautiful Quotes
(1)
BEN DAN RAKAN BLOGGER
(3)
Bulan Rejab
(1)
Bunga Gum Paste
(1)
Cerita Aidil Fitri 2011
(2)
cerita Fiqah
(1)
Class of de 80's REUNION
(1)
Comel
(4)
Curahan Hati
(1)
Cuti-Cuti Mesia
(1)
Doa dalam kesempitan
(2)
Engagement Mirah
(1)
Erna's Wedding fit. Nana Jasmay
(1)
Family Events
(2)
Farhana
(1)
HARIMAU MUDA MENGAUM EMAS
(1)
Hoki Piala Sultan Azlan Shah
(1)
I LOVE YOU MAMEE
(2)
Insya Allah
(1)
Jemputan Juri
(1)
Link from FB
(1)
luahan
(3)
MAHER ZAIN
(1)
Mencari Keredhaan Allah
(6)
MH370
(2)
Nana Jasmay
(2)
Norlie
(1)
Ogy D'Greenwood
(1)
OVEN
(1)
Percutian di PD
(1)
Ramblings
(1)
Reunion Ex RPS Oct 2013
(1)
Reunion March 2014
(1)
Reunion Raya 2012
(1)
Sharing
(1)
SPM
(1)
Sticker Label
(1)
stories - day in day out
(127)
Weekend outing
(1)
What's with my country
(4)
Wordless
(2)
No comments:
Post a Comment