Kek Hantaran Fondant

Kek Hantaran Fondant

Followers

Thursday, February 7, 2013

.... Choc Pistachios E'clairs

Assalamualaikum ...


ha'ah la.... dah lama berhajat sangat nak buat E'clairs tapi takda masa yang sesuai utk mencuba resepi cuma baru2 ni baru berkesampaian membuatnya setelah berulang2 kali membelek buku resepi 'Cheesecake' dan mata terhenti kat resepi E'clairs ni ...



 .... yang ini saya buat -

Instead of Hazelnuts ( as per the original recipe ). i used Pistachios becoz i just like the color of the nuts - Green gitu ^__^







... kalau rajin cuba la - boleh juga google search for recipe in Bahasa ...



Tuesday, February 5, 2013

...di Majlis Resepsi Perkahwinan Nana Jasmay & Fathuddin

Assalamualaikum ...


... tanggal 2.2.2013, Sabtu - selamat lah sudah dia bergelar isteri kepada sang suami - biar dihimpit kontroversi sebelum malah sesudah majlis pernikahannya, dia sudah pun sah menjadi milik Fathuddin dan majlis persandingannya di Dewan Merdeka PWTC pun berlancar dgn meriah ... so simple and yet so sweet to me .... takda lebih2 pun - macam wedding orang lain jugak .... mmg keluarga mereka ni - simple and sempoi jer .... and they still humble to-date - tak hadap apa2 pun .... kita doakan saja kebahagiaan pasangan pengantin baru ni ya .... ^__^

.... bersama dengan keluarga besar dari Ipoh ...


... rangkuman di sekitar majlis berlansung ....

 ... we're not ready yet ... ;-)  

... Tahniah N & D, moga berbahagia dan setia hujung nyawa ...


Friday, February 1, 2013

....Carrot Cake Walnut lagi ....

Assalamualaikum ...


.... minta maaf, memang terasa lemau nak tulis pepanjang malam ni .... mengantuk pun ( awai lagi plak ... ) ia, just nak share sebiji kek lobak merah a.k.a Carrot Cake Walnut yang ditempah oleh Ajie on behalf cousin dia and nak dibawa ke KL kalau tak silap ...





...selamat malam, moga esok menjanjikan hari yang membahagiakan .....


buat adik sepupuku LJ ( Nana Jasmay ) - Selamat Pengantin Baru ....


Moga berbahagia hingga akhir hayat ... amin ... ZZZzzzzzzzzzz .......



Tuesday, January 29, 2013

My 1st Wedding Cake ..!

Assalamualaikum ...


...lama bebenor tak bersembang di sini yek...? alasan 'cliche' ( klise ) - sibukkk .. busy ... itu la pun tapi sungguh memang sibuk aka busy cuma tak tau tang mana yang sibuknya ... hehehehe ...

...neway, bermula Khamis minggu lepas mula kesibukan terasa ... sebetulnya hari minggu baru2 ini dipenuhi dengan acara majlis perkahwinan anak mak saudara saya aka sepupu saya iaitu Zarif Che Hashim ... perkahwinan pertama dalam keluarga Wah dan Wak ( aunt & uncle ) ... Khamis malam diadakan majlis tahlil dan doa selamat, Jumaat - majlis akad nikah di Taiping ( pihak perempuan ), Sabtu - majlis di pihak perempuan berlansung di Dewan Perbandaran Taiping dan Ahad - majlis menyambut menantu di pihak kami - lelaki yg berlansung di Dewan Bulan Sabit - Taman Ipoh.

...since ini majlis sepupu saya ( yang pernah saya jaga sewaktu mereka kecil dulu ) - saya menawar diri utk sponsor kek perkahwinan pada hari Ahad tersebut .. actually, cuak jugak hati sebab tak pernah lagi saya buat kek utk majlis besar sebegini ( wlpun seblum ini ada yang nak menempah cuma saya belum bersedia menerima tempahan ) ... tapi sahut cabaran ... bila lagi kan? kalau tak sekarang ... tambahkan lagi kemahiran ...

...keknya adalah BUTTER BLUEBERRY CAKE dgn buttercream frosting dan dihiasi dengan bunga-bungaan dari fondant yang saya ulit sendiri hingga tak tidur malam hingga ke pagi hari majlis berlansung .... nak cerita lebih pun dah agak lemau ceritanya ... kita layan gambar2 dan caption aje la yea .. ^___^

2 tier Wedding Cake
 

Me & Fiqah with Pengantin - Zarif & Faisya


Pengantin bersama kedua IbuBapa dua-dua pihak bersama Datuk Bandar Ipoh & Datin

Me with anak2 ponakan - yang kerek memanjang     


Monday, January 21, 2013

Sweet Treats for Candy Buffet Majlis Pertunangan

Assalamualaikum ...

Salam Pagi Isnin ... dah nak penghujung bulan 1 dah ya ... cepat tak cepatnya masa berlalu ... kekadang terasa kekadang tak perasan - tau2 sehari dah berlalu ... semoga kita tidak lalai dan tertipu oleh masa ...

Tempahan kali ini dah di'booking' dari tahun lepas lagi .... sweet treats untuk meja candy ( style orang sekarang ) majlis pertunangan SHASHA ... dia contact saya setelah melihat blog saya ini ... syukur alhamdulillah :-)

Kiranya, ini tempahan pertama saya terima untuk tahun 2013, permulaan yang baik dan moga2 Allah memberkati dan mengurniakan rezeki saya di bidang ini ... tak pernah jemu dan sentiasa gembira memenuhi setiap permintaan dari pelanggan2 - TERIMA KASIH SEMUA ...

Ada 5 jenis Sweet Treats yang Shasha minta ...

1. Red Velvet Cupcakes untuk Doorgift


2. Strawberry Tiramisu Trifle


 3. Fresh Fruit Tarts


 4. Almond Chocolate Biscuits - strawberry & chocolate flavor


5. PAVLOVA as Hantaran


.... siapa2 yang berkenan untuk menempahnya juga - sila la hubungi saya 012-5745187 ... t.kasih


Sunday, January 13, 2013

Cempedak Cheese Cake ... classy

Assalamualaikum ...


:-)) something to cheer me up in a classy way .... when 'hantu cempedak' meet 'hantu cheese', my world would spin crazily ... well, not that crazy laaa ....

.... always wanted to try how the taste would be, so... the opportunity came when i have both in the 'lil kitchen ....

... lets check out the simple recipe - basic as alwaz ...


Cempedak Cheese Cake - 5" pan
for base
7-10 keping apa2 biskut
sedikit hawaiann coconut
30gm butter/margerine dicairkan

** hancurkan semua biskut dan digaulkan bersama dengan parutan kelapa hawaian dan mentega cair, kemudian tekan-tekan campuran biskut ini ke dalam loyang cheesecake ( jenis springform kalau ada ) bersaiz 5", simpan seketika di dalam petisejuk**

Cream Cheese filling

100gm cream cheese
1/3 cup castor sugar
50gm whipped cream ( dipukul kembang )
3 ulas isi cempedak masak ranum (dihiris2 nipis)
1/2 sudu makan jus lemon
1 sudu besar gelatine dicampur dgn 5 sudu besar air ( dibiar kembang sebentar kemudian dipanaskan dgn 'double-boil' hingga larut sepenuhnya )

Caranya :-

1. Pukul cream cheese bersama gula castor hingga lembut dan sebati.
2. Masukkan whipped cream yang telah dipukul kembang ke dalam adunan cream cheese dgn cara kaup-balikkan sehingga sebati.
3. Masukkan isi cempedak - gaul mesra kemudian masukkan jus lemon serta larutan gelatine  - gaulkan semua hingga sebati.
4. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disediakan awal tadi ...
5. Simpan/Sejukkan adunan cheese cake ini di dalam petisejuk selama 4 jam atau sehingga keras dan 'set' .. kemudian boleh lah dipotong dan dihidangkan bersama sedikit sos cempedak ...

**sos cempedak : sedikit cream + jus cempedak + sedikit gula



...cubalah jika anda pencinta cempedak dan cheese macam saya ... ;-)


Friday, January 11, 2013

Pavlova - again ...

Assalamualaikum ...


... haritu masa buat utk sepupu saya Amirah, the kiddos thought it was for their stomach ... hehehehe ... kids ;-0 ... so, since saya tengok dalam fridge ada lagi balance buah2an like kiwi dan mangga ... makanya, petang tadi saya buatkan la sebiji Pavlova untuk mereka .... meloncat suka dorang bila saya hidangkan lepas makan malam tadi ...





... Kalau sapa2 berminat nak tempah dgn lain2 jenis buah-buahan juga boleh ... cuma RM35.00 untuk 1 layer Pavlova dgn 3 jenis buah2an ... contact saya ya 012-5745187, tq


Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant