Followers

Sunday, January 13, 2013

Cempedak Cheese Cake ... classy

Assalamualaikum ...


:-)) something to cheer me up in a classy way .... when 'hantu cempedak' meet 'hantu cheese', my world would spin crazily ... well, not that crazy laaa ....

.... always wanted to try how the taste would be, so... the opportunity came when i have both in the 'lil kitchen ....

... lets check out the simple recipe - basic as alwaz ...


Cempedak Cheese Cake - 5" pan
for base
7-10 keping apa2 biskut
sedikit hawaiann coconut
30gm butter/margerine dicairkan

** hancurkan semua biskut dan digaulkan bersama dengan parutan kelapa hawaian dan mentega cair, kemudian tekan-tekan campuran biskut ini ke dalam loyang cheesecake ( jenis springform kalau ada ) bersaiz 5", simpan seketika di dalam petisejuk**

Cream Cheese filling

100gm cream cheese
1/3 cup castor sugar
50gm whipped cream ( dipukul kembang )
3 ulas isi cempedak masak ranum (dihiris2 nipis)
1/2 sudu makan jus lemon
1 sudu besar gelatine dicampur dgn 5 sudu besar air ( dibiar kembang sebentar kemudian dipanaskan dgn 'double-boil' hingga larut sepenuhnya )

Caranya :-

1. Pukul cream cheese bersama gula castor hingga lembut dan sebati.
2. Masukkan whipped cream yang telah dipukul kembang ke dalam adunan cream cheese dgn cara kaup-balikkan sehingga sebati.
3. Masukkan isi cempedak - gaul mesra kemudian masukkan jus lemon serta larutan gelatine  - gaulkan semua hingga sebati.
4. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disediakan awal tadi ...
5. Simpan/Sejukkan adunan cheese cake ini di dalam petisejuk selama 4 jam atau sehingga keras dan 'set' .. kemudian boleh lah dipotong dan dihidangkan bersama sedikit sos cempedak ...

**sos cempedak : sedikit cream + jus cempedak + sedikit gula



...cubalah jika anda pencinta cempedak dan cheese macam saya ... ;-)


No comments:

Post a Comment

Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant