Followers

Wednesday, February 25, 2015

Kek Hantaran

Assalamualaikum ...


... kita merancang, tapi Allah lah sebaik-baik perancang, kena akur dan redho tu. Rancangan untuk tahun ini sepatutnya awal-awal tahun dah giat menerima apa-apa tempahan kek dan roti dan juga membuat jualan 'fast-sale' namun ... Allah jua yang menentukan ... mak dimasukkan ke IKN, Putrajaya untuk pemeriksaan dan rawatan lanjutan utk penyakit kanser pangkal rahimya ..adalah dalam 2 minggu lebih mak warded dan saya mengambil cuti seminggu untuk menjaga mak di hospital IKN... berpisahlah sekejap saya dengan keluarga dan dapur kecil tercinta ... rezeki kita Allah dah tentukan, tiada sesal meninggalkan rezeki yang ada masuk tatkala mak lebih memerlukan anak-anaknya - dan rezeki saya, berpeluang untuk menjaga mak walaupun seminggu di IKN sana - itu cerita bulan Februari lalu, sekarang ... inshaaAllah awal bulan Mac saya akan kembali semula berkampung di IKN, Putrajaya untuk menjaga mak yang bakal membuat radioterapi di sana.

... memang ada keinginan untuk menceritakan pengalaman menjaga mak yang sakit tenat ini tetapi saya tak tahu nak menyusun kata-kata yang bagaimana untuk menceritakan semula saat-saat itu, amat sukar saya rasakan... jadi, biarlah hati ini saja yang menyimpan segala rasa yang terpendam dan perasaan yang mencengkam sepanjang perjalanan pengalaman tersebut... full-stop. Mungkin kemudian, gambar-gambar saja bisa berbicara - ya ...

... memandang waktu yang suntuk dan terkejar-kejar menjaga keluarga...2 keluarga (bapak pun perlu ditengok2 sepanjang berpisah sementara dgn mak ) saya menghadkan penerimaan tempahan - tapis2 dulu mana yang mudah dan mengikut waktu luang saya ... so, untuk awal tahun ini sehingga hujung bulan Feb ada lah 3 - 4 tempahan kek yang saya terima dan sempat merakam beberapa keping gambar sahaja ... apa-apa pun saya mengucapkan ribuan terimakasih kepada pelanggan2 yang menempah ...


Kek Hantaran Pertunangan (sepupu saya) - jazmi Che Hashim
Kek Buah Kukus dengan fully fondant deco

Kek Buahtangan untuk Pengantin - tempahan dari Zarina Jamshid
Kek Butter Strawberry dengan buttercream deco

Red Velvet Cupcakes - tempahan dari Cikgu Puan Zarina, SMK Jalan Tasek Ipoh
 ...terima kasih semua

...tambahan 

Kek Persaraan - Sek. Men. Keb.Ulu Kinta, Ipoh.

Chocolate Moist Cake



Tuesday, February 17, 2015

Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat - Perginya tiada galang ganti....

Assalamualaikum ...


...12 Feb 2015 yang lalu, waktu agak lewat malam sambil duduk berehat di sofa 'recliner' di bilik 9A, IKN, PUTRAJAYA dan membelek-belek Fb seperti biasa - terpandang satu update di wall seseorang yang memberitahu bahwa Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat telah kembali ke rahmatullah pada pukul 9.40malam ... lantas tangan ini terus-terusan skrol ke bawah untuk mencari lebih berita tentang kesahihan berita sedih tersebut ... dan dalam masa yang sama terus on television ... dan terpampang la 'breaking news' tentang kematian TGNA.

... Allahuakbar ... sahih berita tersebut - betapa sebak dan hiba tetiba menusuk jiwa ... bertakung air mata sambil menyeka air mata dari terusan mengalir ... menakup mulut agar esakan tak kedengaran dek bonda yang sedang berehat di katil sakitnya ...

... tangan ni juga pantas menyatakan kesedihan teramat di atas pemergian mantan Menteri Besar Kelantan Darul Naim ini di wall FB saya ... saya mahu kenang saat-saat ini hingga akhir waktu ...


                                

As Azarina
Allahuakhbar...sedih sayunya hati ini... Dia dah kembali kepada Sang Penciptanya di malam Jumaat yg penuh baraqah ini..berbahagialah di sana..berehat panjanglah wahai Tuan Guru...mudah2an dan Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham TG NIK ABD AZIZ B. NIK MAT..ameenn

 ... Allah swt lebih menyayangi TGNA - perginya almarhum ditangisi seluruh rakyat jelata yang menyayangi Murobbi yang sangat tawaduk ini ... perginya bagai tidak bisa diterima - kehilangannya ditangisi seluruh umur manusia, dari si anak kecil yang baru mengenali 'Atok'nya hingga ke orang dewasa tua dan muda, termasuk non-muslim yang menyanjungi keperibadian almarhum sepersis keperibadian Rasulullah saw ...

... untuk mengenal tinggi rendah keperibadian dan akhlak seseorang yang berhati mulia serta tawaduk - lihatlah saat pengakhiran hidupnya - di situ Allah swt memperlihatkan akan kebesaranNYA dan keredhoanNya terhadap hambaNya yang tawaduk serta zuhud dengan dunia ...

... lihatlah .....! lautan manusia mengiringi jenazah almarhum ke tempat persemadiannya ...
                                                                                                                                                                   
........ ALLAHUAKHBAR ........



.......... AL FATIHAH ..........


... komentar saya di wall Wardina Safiyyah -

You commented on Wardina Safiyyah OfficialPage's post.
As Azarina Saya org luar...tapi itulah gunanya kebijaksanaan akal.fikiran.dlm menilai seseorang...mana mungkin seorang yang hafal al quran..membina masjid sendiri..mengajar agama..hidup zuhud..dsbnya dilihat seorang yang...saya sendiri tak sanggup menulisnya di sini...ayuhlah...berubahlah...utk kebaikan ummah...saya sendiri amat2 sedih dgn kehilangan Tuan Guru..menulis ni pun dah sebak, bergenang air mata...seperti terdengar saja nama.Rasulullah saw hati bagai sayuuu dan rindu sangat pada Baginda..(maafkan saya)




Sunday, February 8, 2015

Resepi Spaghetti Bolognese Cheese

Assalamualaikum ...

...dah melepasi pukul 1.00 pagi tika ini, mata dah mengantuk tapi semangat nak update blog tengah panas, macam rasa nak bercerita panjang tapi ... malas pulak nak menaip - sooo ... tutup la bab nak bercerita ya ...

...apa kata kita layan bab resepi makan2 je la, dah masuk hari Ahad dah pun ni - cuti hujung minggu ni pakat2 la rajin sikit ke dapur - masak simple2 pun jadi lah asalkan tak kuar makan di luar ... kut dapat save budget sikit kannn.... 

...kita berspaghetti je hari ni k ... anyway ... dah lama saya masak menu spaghetti ni dan dari sari ke sari saya nak share di blog dari tahun lepas lagi, kesudahnya ... baru la ni gatei nak kongsi sbb rasa sangat dah terabai blog saya ni, tak banyak entri... huhuhu...

.... let's check out the pic and the recipe 



... seenak nama diberi - Spaghetti Bolognese Cheeze

Bahan-bahannya :- Untuk makan 4 orang

Bahan utama untuk membuat sosnya : Isi ayam secukupnya yang dicincang atau dikisar halus
1 paket spaghetti (San Remo) - direbus bersama 1 sudu besar garam dan sedikit minyak masak
1 botol sos spaghetti (Kimball - perisa cendawan)
2 labu bawang Holland - dipotong dadu kecil-kecil
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 - 1 cawan parutan keju cheddar atau parmesan
garam secukupnya
1 sudu teh gula
minyak sayuran/minyak zaitun secukupnya untuk menumis

2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1/2 cawan air rebusan ayam atau air panas sahaja pun boleh

*dried herbs - optional
1 sudu kecil rosemary kering
1 sudu kecil basil kering
1 sudu kecil oregano kering

*sayuran : semua dipotong dadu kecil-kecil - optional juga, mana2 yang ada
1 biji tomato
1 batang celery
1/2 batang carrot sederhana

*sedikit cilantro atau daun saderi utk hiasan

Cara memasak:-

- rebus spaghetti bersama sedikit garam dan sedikit minyak masak hingga masak dan lembut kemudian toskan airnya. Hidangkan di dalam mangkuk.

- untuk membuat sos yang enak, tumis bawang holland dan bawang putih hingga naik bau ( jgn garing ya)
- kemudian masukkan isi ayam yang telah dikisar - tumis lagi hingga sebati dan naik lagi baunya.
- Masukkan semua herba kering dan juga sayuran yang telah dipotong dadu ... kemudian
- masukkan pula sos spaghetti kimball pilihan hati bersama sos tomato dan sos cili - kacau sebati lagi -
- masukkan sedikit demi sedikit air rebusan ayam atau air panas untuk mendapatkan kepekatan sos yang dikehendaki ... ada orang suka berkuah banyak macam anak2 saya ... saya lebihkan sikit air
- juga masukkan garam secukupnya dan juga sedikit gula untuk mengimbangi rasa masam2 sos tersebut
- akhir sekali masukkan 1/2 cawan parutan keju cheddar atau parmesan - kacau hingga mesra dan bolehlah ditutupkan api ...

- hidangkan bersama sedikit parutan keju dan daun saderi di atas spaghetti tersebut.














SELAMAT MENCUBA .... jangan tak mencuba pulak sebab senang bangatttt dong resep-nya.




Wednesday, February 4, 2015

Pisang Goreng Cheese Cokelat

Assalamualaikum ...


... masih awal lagi berbicara minum petang kan ... tapi just nak menaikkan semangat ber'tea' petang ni, jommm kita cek apa yang sedap dan inovatif yang ada di pasaran sekarang.

...zaman atok, opah, mak bapak kita makan pisang goreng..
cicah gula jerrr...
... Goreng Pisang atau Pisang Goreng...? kita dah terbiasa dengan goreng pisang untuk kata nama sedangkan kalau yang betul sebutannya adalah Pisang Goreng ... ^__^ ...














... Pisang Goreng sinonim dengan Minum Petang - all time favourite tea time menu orang jawa kata ... dan sekarang ni dah trending lama dulu Pisang Goreng berCheese & Chocolate - sedap gak..!

JOm ... tengok inovasi Pisang Goreng Abad 21 ni - kut boleh buat idea minum petang karang .. kannn



Pisang Goreng Butterscotch

...SEKARANG - dah canggih manggih .. inovatif lah katakan .... boleh makan cicah dengan Butterscotch pun terangkat ( my favourite ...! ) apalagi makan dengan Cheese & Chocolate bagai....

Pisang Goreng Choc & Cheese

.... so - apalagi, petang nanti beli pisang goreng dan luaskan idea cara memakannya ...kannn ..*__^




Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant