Followers

Monday, May 3, 2010

Rezeki

alhamdulillah.... ini namanya rezeki...
malam tadi selepas ke Parkson Grand Ipoh mengambil 'gift' berupa wangian terbaru Calvin Klein/ckfree {100ml/253.00} (suami mendapat hadiah 'gift voucher' dalam satu peraduan kelolaan Parkson Grand), kami sekeluarga ke TESCO Pengkalan pulak kerana aku nak beli barang dan bahan kelengkapan untuk memasak kek-kek nanti. kebetulan on the way nak balik, suami terjumpa kawan dia yang ada buka kedai di dalam Tesco yang menjual biskut-biskut dan kek-kek. berceritalah dorang agaknya ... maka suami perkenalkan aku pada isteri kwannya itu yang bernama ITA...cerita punya cerita, mereka memang sedang mencari sesiapa yang boleh supply biskut mikut nih....so, jadi rezeki i lah bila diminta supply 3 jenis biskut untuk jualan di kedai mereka...maka bermula episode aku menjadi pembekal biskut 'minor' - insyaAllah, harap2 ianya berkembang ....
malam tadi gak - baru baca mesej dari adik - si cikgu Anis, minta 2 biji marble cheese cake yang loyang bulat ukuran 6 inci diameter - shallow tin (that's my standard big of marble cheese cake - besar2 sangat takut nanti orang tak larat habis - maklum leer cheeseeeee.... setengah orang cepat muak memakannya but not ME - i memang hantu cheese...hehehe)

No comments:

Post a Comment

Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant