Followers

Wednesday, June 8, 2016

...kena kuatkan semangat

Assalamualaikum ...

Ya...kena kuatkan semangat untuk kembali berblogging setelah berbulan-bulan tidak update apa-apa di sini. Last entry sangat mencuit hati lara - pasti terhenti di situ dan pasti airmata akan mengalir laju merindui mereka ... sangat2 merindui dan adakalanya dunia seakan lumpuh seketika ... RAMADHAN 1437H datang lagi - hadirnya mengimbau saat-saat sedih pilu episod kehilangan pertama yang tak terucap dengan kata-kata - 17 Ramadhan pasti datang .. datangnya membawa tangisan lagi ... mengenang lagi ... jangan dipersalahkan diri ini dan bukan tidak redha pemergiannya tapi pergi Bonda membawa rindu yang tak bertepi ... Demi Allah - rindu sangat2 ...

Akan dikutip kekuatan untuk terus berkongsi apa yang telah dilupakan sejak sekian lama ... tentunya gambar2 tempahan dari rakan-rakan dan pelanggan-pelanggan yang budiman yang sentiasa menyokong SSC selama ini ... namun sebenarnya - perkongsian hanya berlaku di FB dan IG tetapi tidak di'update'kan di sini sahaja... mohon maaf ya kalian.

Entry seterusnya akan dimuatkan gambar-gambar tempahan kalian ... dan ada juga perkongsian yang berlaku pada diri ini setelah kepermegian Ayahanda ... tungguuu  cerita selanjutnya.


Terima kasih kerana sudi singgah di sini walaupun tuannya menyepi seketika ... ^__^



1 comment:

Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant