Musim kahwin kenduri kendara dah bermula bila bermulanya cuti panjang persekolahan penghujung tahun 2014 ni.... bakers pun tak senang duduk menyiapkan tempahan-tempahan kek macam-macam kek le ... kek hantaran bertunang ler, kek kahwin bertingkek - tingkek ler, kek utk doorgift ler, kek harijadi pun ada ...pendek kata macam-macam jenis occasion la ... ^__*
saya pun tak terkecuali menyiapkan kek2 hantaran cuma kali ini saya tak dapat ambil banyak tempahan kerana masa amat2 terbatas - mak saya baru menjalani pembedahan buang rahim baru-baru ni ... dan kami adik-beradik keluar masuk hospital menjaga mak - masak makanan untuk mak ... penat ... dan akhirnya kecundang saya bila kena demam selsema, batuk dan runny nose ... dengan hujannya yang tak tentu masa ..kekadang pagi, tengahari pun kekadang turun lebat apatah lagi hujan belah petang bawa ke malam ....
tempahan kek hantaran ni datangnya dari Puan Maimunah dari SPA, Ipoh Pk ... kek hantaran bertunang bentuk hati bertema warna biru untuk anak saudara beliau dan sebiji lagi kek fondant sepenuhnya bertema warna merah jambu lembut untuk kek hantaran anak beliau sendiri pada minggu yang berikutnya ...
terima kasih banyak-banyak Puan Maimunah...
Kek : Kek Kukus Buah
Saiz : 7 inci
Body : Fully Fondant
Deco : Readymade Gumpaste Flower and Homemade Fondant Flower
Price : Starts from RM150.00
Kek : Kek Butter Vanilla
Saiz : 8 inci, Bentuk LOVE
Body : Buttercream
Deco : Homemade Fondant 5-Petals Flower
Price : Starts from RM90.00
Untuk tempahan akan datang - Whatsapp/Text @012-5745187 - Aza, TQ
No comments:
Post a Comment