Followers

Tuesday, June 24, 2014

Biskut Raya 2014

Assalamualaikum ...


Pemberitahuan :-

Tempahan untuk Biskut Raya 2014 oleh Simply Sweet & Cheezy @Syaza 'lil Kitchen masih lagi diterima dan dibuka sehingga 07.07.2014 ... so, hurry up grab the opportunity to order from us ... they are 'inshaaAllah' made to satisfy your craving over butter cookies during up coming festive season .. TQ


Semua berharga RM23.00 sebekas + 50biji
untuk tempahan via text/whatsapp @012-5745187
(**do not email ya)
Lokasi : IPOH PERAK








Pecan Butterscotch Cake

Assalamualaikum ...


...yup, they never had enough of this cake ... they just loved it - alhamdulillah .. Pecan Butterscotch Cake for Happy Retirement / Selamat Bersara celebration @KTM Batu Gajah ... TQ Master Abdul Wahid Abu Shahid for the order ....
















...#1 most repeated cake ...!



Walnut Butterscotch Cake

Assalamualaikum ...


..... since stock pecan dah habis so saya gantikan dengan walnut untuk butterscotch cake ni ... it's birthday cake ordered by my sister's students to celebrate at the school .. and they also ordered chocolate cake for the same purpose ... Thank All ....





.....



Saturday, June 14, 2014

Resepi Roti Sarang Lebah - Bee Hive Bread

Assalamualaikum ...


.... roti sarang lebah ni saya buat last week masa adik saya dari Kuantan pulang cuti sekolah di Ipoh ...  rasanya yang mempelopori roti sarang lebah arab ni adalah Sis Lydia Honey yang duk kat Arab nun .. ada jugak saya google/fb dia ...sapa rasa rajin nak tengok dan buat sendiri, ini saya dah copy paste resepinya bulat2 dari facebook Lydia ... kalau saya just tag fb dia - jenuh lak korang nak scroll down mencari resepinya ....

hasil dari dapur Rin ...ya


CREDIT TO : LYDIA HONEY - BIG TQ SISTA..

Bee hives mini buns with butterscotch sauce, pumpkin seeds & almond flakes. Dough resepi dari chef manal..tapi lydia add pumpkin seeds, almond flakes and butterscotch sauce 

DOH✏️
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-

**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati. 
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.😎
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak. 
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi.
Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
Time bako dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.








NOTE:- 
1) doh memang lembik.. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.

BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter


Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.
NOTE:- 
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .
 — with Ticer Kiella. (4 photos)


 ........ memang sedap


Friday, June 13, 2014

Resepi Cucur Ikan Bilis Tofu Telur

Assalamualaikum ...

..heee ... panjangnya tajuk resepi..! sebelum tu, Salam Jumaat - penghulu segala hari dan juga salam Nisfu Syaaban - Ramadhan Al Mubarak sudah semakin menghampiri, mudah mudahan kita semua dipanjangkan umur utk bertemu dengannya agar dapat kita melipatgandakan segala amal ibadat kepada YA RABB di bulan yang  mulia ini ... inshaaAllah aminnnn ...

citer cucur ikan bilis ayam tofu telur ni - amatlah 'something'nya .... sebabnya dalam minggu ni sudah 4 - 5 kali saya buat ... ntah lahhhh rasa sedapppp sangat ... dengan kerangupan kulit luarnya dan kelembutan isi dalamnya ... eemm emmm..!

dan sudah tentu juadah ini amat sesuai dihidangkan utk sarapan pagi atau minum petang ...



jomlah check out its simple recipe

Cucur Ikan Bilis Tofu Telur

-1 cawan tepung naik sendiri
-1/2 cawan tepung serbaguna/gandum
-1 tiub tofu telur
-1 biji cili merah  dihiris halus
-7 ulas bawang kecil dihiris halus
-ikan bilis/udang kecil/isi ayam ( ikut pilihan anda ) secukupnya
-taugeh & kucai (atau jagung) secukupnya (pilihan )
-sedikit daun sup dan daun bawang
-garam dan kunyit secukupnya
-3 sudu besar air
-minyak masak secukupnya utk menggoreng

cara masaknya :-

- masukkan kedua2 tepung di dalam mangkuk kemudian masukkan cili, hirisan bawang kecil, ikan bilis serta tofu telur dan gaul aka ramas sebati hingga menjadi adunan yang melekit ( jangan terlalu ramas ya ).


- masukkan pula taugeh dan sayur kucai, daun sup dan daun bawang, garam kunyit - gaul mesra lagi dan akhir sekali masukkan air.


- resepi menggunakan tofu telur tidak memerlukan banyak air kerana tofu telur tersebut sudah cukup membuatkan adunan lembut dan basah dan apabila digoreng - cucur kita akan kekal rangup tetapi lembut di dalam.


- bila semua dah sebati boleh  mula menggoreng - senang kan..!



so, jangan lupa resepi ini - amat sesuai untuk kita hidangkan utk juadah berbuka di bulan Ramadhan kelak..!

- boleh juga klik di sini utk resepi cucur yang lain.


SELAMAT MENCUBA ... *__^




Sunday, June 8, 2014

Kek Kahwin Tema Oren

Assalamualaikum ...


.... SELAMAT PENGANTIN BARU ... maklum musim cuti sekolah pertengahan tahun ni agak panjang - ramai lah yang ke jinjang pelamin, baker juga tak menang tangan kan.... memenuhi tempahan yang masuk  tak putus2 ...kut ...:-)

... tempahan ini diterima dari Cik Wawa ( Klinik 1M Station 18 ) untuk majlis perkahwinan abangnya yang berlansung baru-baru ini ... terima kasih banyak di atas tempahan sulung ini ... harap2 berpuas hati la ya ...




Orange Vanilla Chiffon Cake
2 layer cake with Orange & Vanilla buttercream spread
weight 2.2kg ++, 12" square pan
Price starts : RM100.00 ( with the deco design )







Butter Marble Cheese Cake

Assalamualaikum ...


...... tempahan dari Kak Hanim untuk suami tercinta yang menyambut usia ke 50 tahun ...! Thanks Kak Hanim ... Selamat HariLahir En. Asri ...



Butter Marble Cheese Cake
8" pan
Simple deco with buttercream




... kak Hanim hantar sms bagitau kek sedaaaapp sangat..! alhamdulillah ... tQ *__^


Friday, June 6, 2014

Kek Hantaran Bertunang Merah Jambu

Assalamualaikum ...


...terima kasih Atie di atas tempahan kek hantaran ini ... katanya untuk anak jiran sebelah yang sudah bagai bersaudara hidup berjiran - gitulah adat kita orang Melayu ... jiran membawa berkat ...







Butter Cake
7" round pan
Buttercream frosting with Ready-buy gumpaste flower for deco



tempahan bersekali dengan kotak hantaran berhias 


Anggaran harga untuk kek hantaran sebegini bermula dengan RM90.00 termasuk harga kotak hantaran. ( Tanpa kotak hantaran RM70.00 sahaja )



Wednesday, June 4, 2014

Kek Mini Hantaran

Assalamualaikum ...


...sambungan dari entry yang lepas .... di samping kek hantaran fondant, kakak Rara juga menempah 5 biji KEK MINI ( projek pioneer ) untuk dijadikan hantaran ... alhamdulillah mereka sangat-sangat-sangat menyukai kek2 mini tersebut ...timakasih banyak2 ya ....




Kek Mini Hantaran
Butter Cake, Fully Fondant Deco
Harga : bermula RM20.00 sebiji (mengikut design)
Bilangan kek : min 5 biji

    
     


Sebarang tempahan atau pertanyaan sila hubungi via sms/whatsapp di no : 012-5745187 
( lokasi : Ipoh )





















Tuesday, June 3, 2014

Kek Hantaran Tema Kuning Putih Fondant

Assalamualaikum ...


...tempahan diterima dari Rara mewakili kakaknya,Wani ( kalau tak silap namanya - kalau silap minta maaf ya ).



Butter Cake with fully Fondant Deco
size : 6"
berat keseluruhan : 1.5kg++
harga : bermula dari RM120.00 ( mengikut design yg dikehendaki )


It's Daisy not Sunflower ....



The 'Pengantin' & family - suka sangatttttttttt2..!



... bersama dengan kek hantaran ini, mereka juga menempah 5 biji Kek Mini utk dijadikan hantaran juga ... citer seterusnya di dalam entry seterusnya.... stay tuned


thanks Rara ... big thank you ... kakak rara *__^




Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant