... resepi ni memang saya olah sendiri - modify sendiri dari buku resepi ( turun temurun mak saya ) saya ... dah beberapa resepi saya cuba dan telek membuat biskut cokelat cips ni tapi takda yang memuaskan hati saya .. sama ada kembangnya semangkuk bila masak - ada yang tak rangup - ada yang keras ....
... akhirnya saya olah 'try & error to get the right consistency' dan terhasillah biskut cokelat cip yang tak jemu2 saya hadap .. satu ... satu masuk mulut tanpa disedari dah licin dari balang ... huaaaaa ....
resepi saya ni ... rangup bila digigit dan mencair di dalam mulut ^__^
250gm butter ( pada suhu bilik tapi jgn dibiar lembut - kalau masih keras tapi 'manageable' seeloknya )
1/2 cawan gula kastor/gula perang
1 biji telur
8oz tepung ROS (APF)
3oz tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar cocoa powder
1/2 sudu besar hazelnut trifle ( pilihan )
100-150gm cokelat cip
50-100gm badam cincang ( almond nibs atau boleh juga hazelnuts )
1/2 sudu besar emplex
caranya :-
1. di dalam bekas, pukul butter dan gula hingga kembang dan gebu.
2. masukkan telur dan pukul lagi kemudian masukkan esen vanila dan hazelnut trifle/paste.
3. di dalam bekas lain terdahulu, ayak tepung ros+tepung jagung+serbuk koko+baking powder, masukkan juga emplex.
4. masukkan campuran tepung ke dalam adunan butter dan gula tadi sedikit demi sedikit cara gaul/kaup- balikkan ( jangan terlalu menggaul ), kemudian masukkan juga cokelat cip dan badam cincang ... kaup balikkan mesra.
5. adunan ini memang lembut dan melekit - kalau perlu, disejukkan sebentar di dalam peti ais.
6. tidak perlu membentuk sangat adunan ini - ambillah amount yang diperlukan dan susun di dalam loyang pembakar biskut. ** perlu juga diingatkan bahawa adunan biskut ini akan mengembang juga jadi terpulang pada anda utk membentuk saiz yang dikehendaki.
7. bakar pada suhu biasa oven anda utk membakar biskut ... setiap oven tahap suhunya adalah berbeza.
Selamat mencuba ....
... crunchy and yet melt in your mouth ...
terima kasih! saya nak try buat untuk raya.. nak tanya, emplex tu apa ye? sukatan 'oz' tu apa pulak? maaf bertanya.. hehehe :)
ReplyDeleteminta ampun FairuzAqilah - akak baru bukak blog lepas cuti lama berblog ... emplex tu perangup biskut ada jual di kedai2 jual barang2 baking. 'oz' tu sukatan dan dalam bahsa malayia dipanggil 'auns' .... tq
ReplyDeleteKiraan 'auns' bersamaan berapa sukatan cawan sis.. tq
ReplyDelete