Followers

Saturday, December 1, 2012

Moist Chocolate Cake for Birthday Farid dan cerita disebaliknya

Assalamualaikum ...


... sebenarnya pada 16 November 2012 lalu Bapa mertua saya telah kembali ke rahmatullah pada umur 84 tahun dan tertera di sijil kematian arwah meninggal sakit tua ... ya, arwah abah memang kelihatan tidak bermaya selepas dimasukkan ke hospital sebelum ini akibat kesukaran bernafas .. since then he refused to eat much - and his body has shrunk that leave only bones and skins for us to see with sadness:-(

... namun pemergian abah setenang sehening di subuh penghulu segala hari JUMAAT ( sebaik lepas azan subuh ) dan mak bersama suami ( kebetulan sudah dua malam menemani mak dan abahnya bermalam di rumah mereka ) ada bersama dengan arwah ketika itu. Sebelum saat kematian itu, emak dapati badan serta muka arwah abah basah = rupanya dibasahi dgn peluh ... alhamdulillah = SEMOGA ROH ARWAH ABAH DI TEMPATKAN DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG SOLEH ...aminnnnnnnnn

... pada tarikh yang sama juga adalah harijadi Muhd Farid Hakimi yang ke 10th, maka tak ada malah tak sempat saya nak buatkan kek untuk meraikannya ( walaupun beberapa hari sebelumnya mmg niat untuk meraikan seperti tahun-tahun sebelumnya )

... wbg pun, atas niat untuk menggembirakan hati opahnya ( MIL ) barang sekejap ( kerana mak rebah 2-3 kali pada hari pemergian abah :-( terlalu bersedih dan terkejut ) saya buatkan juga sebiji kek yang simple dan mudah utk Farid raikan bersama-sama sepupu2 sebelah Babahnya pula ( pada hari keesokannya )

- Kenangan Terindah -









...tarikh harijadi Farid selepas ini akan terpahat 2 cerita suka dan duka pada keluarga kami selama-lamanya..

Al - Fatihah
Hj Shamsuddin Bin Tan Deman
16.11.2012 @ 84 tahun


No comments:

Post a Comment

Cupcake Hantaran Fondant

Cupcake Hantaran Fondant