Assalamualaikum ...
...perancangan Allah swt itu yang paling baik - semasa arwah Bapak buat follow-up kat IPPT Bertam Penang dengan Doktor Yusry - Klinik Endokrin, saya pun tumpang sekaki sebab nak cek ada bengkak kat leher yang semakain ketara - selama ini arwak Mak yg selalu tegur yang tengkuk saya dah kembang dan saya selalu jawab... "..
dah gemok - tengkuk kembang le"
...dari pemeriksaan awal doktor, dia bagitau sah-sah Bengkak Kelenjar Tiroid,
since then saya berulang alik IPOH - PARIT BUNTAR - BERTAM (kalau tak silap dari bulan Ogos 2015) untuk pemeriksaan lanjut hingga membawa ke pembedahan
Total Thyroidectomy hujung bulan December 2015. Arwah Bapak masih ada lagi sepanjang saya ulang-alik Ipoh-Parit Buntar-Bertam dan vice-versa tu... dan kami ada berbincang macamana nanti bila pembedahan saya yang dijadualkan pada awalnya bulan November 2015 dilakukan ... sapa nak menjaga Bapak.. sbb selama ini saya yang berulang alik setiap pagi ke rumah BapakMak di Kg Tersusun Tasek aka Bercham utk melihat keperluan Bapak ( seblum tu Mak dan Bapak) -makan minum dan ubat2annya ... namum dengan kehendak Allah menjelang hari pembedahan Bulan November tu - saya jatuh sakit demam yang agak teruk - dengan batuk selsemanya - demam panas .. so sudah tentu pembedahan terpaksa ditangguhkan dan tarikh baru yang Doktor free utk pembedahan saya hanya pertengahan bulan December 2015 - lagi saya bimbang ...
again, sapa nak jaga Bapak bila bukak sekolah nanti ...Adik saya yang cikgu (tinggal bersama Bapak dan Mak) akan bertugas semula, tinggallah bapak sorang2 kat rumah balik ...
...dalam kebimbangan saya tu -
December 07, 2015 Allah menjemput Bapak pulang kepangkuanNYA semula - biar DIA saja yang menjaga Bapak (sepertinya)... huaaaaahuaaaa... hancur luluh lemah longlai diri ini - Bapak pergi tinggalkan saya buat selama-lamanya ....
Episod saya bermula :-
December 28, 2015/Isnin - melapor diri masuk wad
December 29, 2015/Selasa - pembedahan berlansung jam 9am - sedar2 dah pukul 12pm++ terus warded
ICU untuk pemantauan
December 31, 2015/Khamis - masuk bilik Wad
January 01, 2016/Jumaat - saya mintak nak balik rumah - discharged sebab persekolahan sessi tahun 2016
nak bermula - nak tengok2 anak-anak
seterusnya...follow up utk keputusan pembedahan dari hasil bengkak kelenjar tiroid yang dah dibuang - ALHAMDULILLAH saya bebas kanser tiroid - cuma isi-isi cecair atau istilah perubatan
Multiple Nodule Goiter sahaja ...
|
.... bersama sahabat baik dari sekolah menengah lagi ...
Haniza Azlan ( Dtn) |
...sejak itu bermulalah episod hidup saya menjadi seorang HYPOtiroid yang terpaksa bergantung pada ubat Thyroxine (sebagai pengganti kepada kilang hormon iaitu kelenjar tiroid yang dah dibuang) sepanjang hayat...